Skip to main content

Status: Closed — this petition is no longer accepting signatures.

PATISYEN PERMOHONAN UNTUK MENGEKALKAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING, PN. MUSLIANA BINTI TALIB DI SMK SIK

PATISYEN PERMOHONAN UNTUK MENGEKALKAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING, PN. MUSLIANA BINTI TALIB DI SMK SIK

Closed — 15 supporters Verified

Final supporters

Y
YASMIN B.
N
Noorzizalawati D.
A
Ahmad n.
R
Rohani r.
M
Masriah c.
S
Safra n.
M
MOHAMAD A.
Z
Zamri S.
M
Muhamad F.
N
Norhasimah M.
+5 more
MT
Started by MUSLIANA TALIB 2 years, 1 month ago

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Patisyen ini dibuat untuk memohon pihak Pejabat Pendidikan Daerah Sik untuk mengekalkan Pn. Musliana binti Talib, Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk kekal bertugas di SMK Sik. Hal ini berikutan, beliau telah mendapat arahan bertukar ke SMK Batu Lapan berkuatkuasa pada 3 Jun 2024 daripada PPD Sik.

3. Perihal berikutan arahan pertukaran sekolah terhadap Pn. Musliana binti Talib amatlah tidak wajar atas beberapa sebab tertentu:

  • Beliau merupakan guru bimbingan dan kaunseling yang telah menguasai dan mengenali budaya kerja di SMK Sik yang merupakan Sekolah Kluster Kecemerlangan yang sudah pasti tidak sama dengan sekolah harian biasa yang lain. Banyak kejayaan yang telah dicapai sepanjang Pn. Musliana menjadi GBK di SMK Sik termasuklah Pengiktirafan Laman Minda Sihat Peringkat Kebangsaan dan Bilik Kaunseling 5 Bintang oleh JPN Kedah yang telah mengharumkan nama sekolah sekaligus PPD Sik sendiri. SMK Sik sangat memerlukan perkhidmatan seorang GBK yang berpengalaman untuk memastikan setiap program yang telah dirancang berjalan dengan lancar. SMK Sik telah kehilangan seorang GBK berpengalaman pada 1 Mac 2024 kerana telah berpencen. Jika Pn. Musliana juga dipindahkan ke sekolah lain akan menyukarkan GBK baharu yang menggantikan GBK yang berpencen kerana masih belum mengenali budaya kerja di SMK Sik.
  • Selain itu, Pn. Musliana juga merupakan Jurulatih Utama Pembimbing Rakan Sebaya Negeri Kedah telah membawa banyak kejayaan dan kemenjadian Pembimbing Rakan Sebaya SMK Sik. Sejak Tahun 2019 sehingga 2024 setiap tahun beliau telah berjaya membawa wakil PRS SMK Sik ke peringkat Kebangsaan dan mendapat pengiktirafan PRS Bestari Peringkat Kebangsaan yang sangat membanggakan dan memberi nilai tambah kepada murid-murid SMK Sik. Beliau juga sedang giat membangunkan PRS SMK Sik dengan menjalankan pelbagai projek untuk meningkatkan keyakinan diri PRS SMK Sik dan melibatkan PRS-PRS SMK Sik dengan program di peringkat sekolah, daerah dan juga di peringkat negeri. Ketiadaan beliau sudah pasti akan mengganggu emosi PRS-PRS SMK Sik dan kesemua yang telah dirancang untuk membangunkan jati diri PRS SMK Sik akan tergendala di tengah jalan.
  • Perpindahan Pn. Musliana di pertengahan tahun sangatlah tidak sesuai kerana semua program yang dirancang yang melibatkan beliau akan terganggu prosesnya. Selain itu, perpindahan mengejut ini sangat sukar diterima oleh pelajar-pelajar dan semua guru kerana Pn. Musliana mempunyai hubungan yang rapat dengan semua warga sekolah terutama murid-murid. Sesi kaunseling yang sedang dijalankan bersama murid krisis dapatan Saringan Minda Sihat akan tergantung dan tidak dapat ditamatkan dengan sempurna. Calon SPM 2024 yang sedang dibantu dari segi emosi dan program-program kecemerlangan akademik juga akan terganggu. Lepasan SPM dan STPM 2023 juga sedang mendapat perkhidmatan halatuju kerjaya daripada beliau. Kesemua faktor-faktor yang melibatkan emosi murid sangat sukar diuruskan dengan ketiadaan beliau.
  • Arahan perpindahan yang dikeluarkan oleh pihak PPD Sik amat mengecewakan seluruh warga SMK Sik. Moral, motivasi dan semangat murid-murid dan guru-guru amatlah rendah dan kurang stabil disebabkan perubahan dan rancangan secara mengejut pihak PPD Sik ini.
  • Seluruh warga ibu bapa dan murid-murid SMK Sik amatlah mengharapkan arahan pertukaran sekolah terhadap Pn. Musliana binti Talib dibatalkan. Kami berharap, pihak PPD Sik mendengar rintihan dan rayuan kami dan memberi kerjasama untuk meluluskan permohonan ini.

Sekian,terima kasih.

14 Comments

S
SOM PHOP DIN CHYE
2 years ago Featured

Beliau amat komited dalam membimbing anak2 PRS di SMK Sik dan saya yakin beliau boleh menghasilkan lebih ramai PRS yang cemerlang pada masa akan datang

S
Siti farah bt mohamad ayob
2 years ago Featured

Cikgu yg banyak mengharumkan nama sekolah.. Cikgu cemerlang.. Sekolah men sik masih memerlukan beliau

Y
YASMIN BINTI YUSOFF
2 years ago

Semoga Pn Musliana Talib akan terus kekal berkhidmat di SMK Sik...Aamiin...

N
Noorzizalawati Dahari
2 years ago

Kekalkan pn musliana di smk sik

A
Ahmad nazri bin Yusof
2 years ago

Khidmatnya masih diperlukan di smksik

R
Rohani rmli
2 years ago

Mohon kekalkan cikgu musliana di SMK sik sbb kami SMK sik Masih memerlukan beliau sebagai guru pembimbing

M
Masriah che mat
2 years ago

Setinggi harapan - kekalkan cikgu musliana di SMS

S
Safra nadirah
2 years ago

Sy Mohon kekalkan guru kaunselor kami

Share Petition

Don't stop at signing, share the petition link with friends to multiply our impact

Copy link or share directly

Instagram
QR Code