Petisyen ini bertujuan untuk membantah cadangan pemindahan wad psikiatri dari HSAH ke HSP. Ini adalah berikutan keselesaan, kemudahan fasiliti, perawatan serta sosiologi pesakit lebih kondusif dan selesa. Perancangan tersebut perlu mengambilkira langkah-langkah
penyelesaian daripada pelbagai halangan merangkumi halangan fizikal,
informasi/komunikasi, halangan sistemik/organisasi dan halangan sikap, yang merupakan
halangan terbesar bagi pesakit menikmati kehidupan dalam ertikata sebenar. Persekitaran yang berasaskan kasih sayang (love), hormat-menghormati (respect) dan kegembiraan (happiness) perlulah dikekalkan. Marilah kita sama-sama memberikan bantuan dan sokongan sewajarnya kepada mereka yang
memerlukan. Marilah kita sama-sama merebut peluang ini untuk mempertahankan hak mereka dan keluarga mereka...
kesian pesakit kena pindah jauh. tolong la fikir kebajikan kami yg susah ni