Skip to main content
RAMIANS BANTAH ADAPTASI LONGGAR KARYA RAM

RAMIANS BANTAH ADAPTASI LONGGAR KARYA RAM

409 signatures 91 to reach 500
R
Rina S. signed
R
raja y. signed
N
Niezam Y. signed
N
Nana signed
M
mizsaimie signed
C
Capt M. signed
A
Ayu signed
R
ruhazam signed
S
siti a. signed
D
ddsakura signed
RM
Started by Ramlee Awang Murshid FC 8 years, 7 months ago

Selepas Mandatori dan Pei Pan, mahukah kita melihat sebuah lagi karya Ramlee Awang Murshid dirombak sesuka hati oleh pihak penerbit? Mampukah kita hanya melihat mahakarya RAM, Sunan, hancur di tangan penerbit yang rakuskan keuntungan?

Kita peminat tegar, kita punya suara! Masa untuk mereka mendengar keluhan RAMians!

7 sebab utama:

1. Kita adalah penonton sasaran apabila karya itu diadaptasi ke layar kaca.

2. RAMians adalah peminat setia RAMLEE AWANG MURSHID. Kita sanggup berhujan, berpanas dan menunggu lama untuk sebuah novel dan kita sanggup berhabis duit menonton sebuah filem atas nama Ramlee Awang Murshid.

3. Kita tidak mahu ditipu dan diperbudak-budakkan dengan nama Ramlee Awang Murshid tetapi karya yang dipersembahkan jauh berbeza daripada Novel RAM. Sekadar menjual nama RAM tapi hasilnya hanya sekadar melepas batuk di tangga!

4. Kita tidak mahu alasan seni diberikan sedangkan ada banyak contoh karya diadaptasi menepati buku.

5. Kita tidak mahu akan memberi pandangan yang buruk untuk pembaca yang baru mahu mengenali RAM kerana jalan cerita yang banyak memaki hamun dan membawa isu isu sensitif seperti politik dan agama seolah-olah itulah cara penulisan RAM, sedangkan semua peminat tegar kenal akan penulisan Tuan RAM yang amat menjaga bahasa dan sensitiviti.

6. Kita adalah peminat yang mengiktiraf Ramlee Awang Murshid menjadi penulis thriller no.1 Malaysia.

7. Jika cerita tidak diadaptasi dengn baik biarlah ia kekal menjadi sebuah novel

Jangan hancurkan imaginasi kami.

Jangan rosakkan karya RAM!!!

NYATAKAN SOKONGAN ANDA DENGAN TANDATANGAN PETISYEN SECARA ONLINE. ANDA BOLEH SIGN MELALUI FACEBOOK AKAUN ANDA.

MARI BERSAMA-SAMA KAMI! BERTINDAK SEKARANG!


Nota:

Petisyen ini akan diserahkan kepada penerbit novel karya Ramlee Awang Murshid sebagai tanda bantahan kita kepada Adaptasi Terlalu Longgar dilakukan baru-baru ini.

Updates

January 24, 2018

just saw we passed 100 signatures and i honestly cant believe how fast this is growing. so glad to see so many ramians who actually care about protecting the integrity of these books.

Reached 250 supporters

January 24, 2018

January 24, 2018

the momentum we have right now is honestly wild. it really feels like the people in charge are finally starting to notice how much these stories mean to us.

Reached 100 supporters

January 24, 2018

231 Comments

M
Muhamad Hadi Ahmad
8 years ago Featured

memang teringin nak tengok karya abg RAM kat wayang dgn kat tv, cuma biarlah 90% ikut jalan cerita novel. yg 10% tu bab teknikal la, sebab memang agak susah nak capai 100% bila diterjemah kepada drama atau filem. Semoga Dia permudahkan segala urusan abg RAM dan kita semua.

M
Muhamad hafizal husin
8 years ago Featured

Jgn rosak kn mood dan jiwa pembaca. . Para pembaca lbih mengenali keindahan dunia penulisan tuan RAM. . Kebanyakan para penonton x menghayati dan mengetahui bgaimana crita tersebut dlm dunia pembacaan. . Yg menarik minat mereka adalh barisan para pelakon yg diminati. . Tegas sekali jgn cemar dan rosakkn nukilan tuan RAM

D
dahlia binti ramli
8 years ago Featured

Belajarlah untuk menghormati karya orang lain seperti mana kamu ingin dihormati. Karya RAM memang tidak ada ganti. Laksamana sunan terutamanya. Kalau rasa tak boleh nak hormati usaha dan lelah orang lain, silalah menulis karya sendiri.

M
Muhammad Farhan bin Mohd Tahir
8 years ago Featured

Saya amatlah membantah drama yang walaupun diinspirasikan daripada novel, tapi, penulis novel sendiri tidah diberitahu, tidak terlibat secara langsung dalam pembikinan drama itu. Mereka seperti, ingin menggunakan nama penulis, menipu peminat penulis tersebut, untuk tujuan meraih populariti, amatlah tidak boleh.

R
Raja noor ezureen
8 years ago Featured

Semua novel RAM tidak boleh diadaptasikan dengan cara yang membuta tuli..watak dan jalan cerita setiap novel ada karakter dan juga nilai yang tersendiri. Ia memerlukan penghayatan yang mendalam apabila melakonkan watak tersebut.

S
seha® 63
8 years ago Featured

Karya-karya Tuan RAM tak perlu diadapasikan menjadi filem atau pun drama kerana akan memusnahkan apa yang pembaca bayangkan..cukup la karya-karya Tuan RAM dilayar-perakkan diminda pembaca✌️

N
Nor Farihah
8 years ago

Imaginasi, biar kekal sebagai imaginasi. Jika dibawa keluar ke layar perak, akan jadi sebaliknya boleh membawa kekecewaan kerana imaginasi takkan sama dengan realiti.

F
Fadzli LR
8 years ago

Tiada yang layak untuk melakonkan watak laksamana Sunan... biarkan watak tersebut dalam imaginasi kami sebagai pembaca sahaja...

Help this petition grow

Share it with friends to help reach 500 signatures.

Share Petition

Don't stop at signing, share the petition link with friends to multiply our impact

Copy link or share directly

Instagram
QR Code