PETITION BANTAHAN PROJEK PEPEMBINAAN HOTEL DAN RUMAH KEDAI BERSEBELAHAN MASJID SULTAN MAHMUD KUALA BERANG.
Ayuh zahirkan sokongan anda, SELAMATKAN MASJID KITA!
Mengapa anda perlu sokong?
- Projek ini mencabuli kawasan yang telah diwartakan untuk pembesaran masjid kepada pembinaan kawasan rumah kedai. (Berdasarkan Warta Kerajaan Negeri Terengganu pada 20 Julai 2006.)
- Loji kumbahan untuk projek pembinaan berkenaan memasuki kawasan tanah waqf masjid.(Boleh lihat pelan perancangan projek)
- Status kontraktor binaan diragui (Misi Vision SDN BHD) -No pendaftaran syarikat tidak dipamerkan pada papan tanda binaan.
- Tiada no. kelulusan pelan -Tidak ditunjukkan ada papan tanda binaan
Pembinaan Hotel di Kawasan tanah wakaf masjid mencabuli hak Masjid. Tanah kosong hanya boleh dimajukan untuk Kawasan meletak kereta Dan tujuan pembesaran masjid sahaja.Tujuan pembinaan masjid hanya untuk kepentingan individual sahaja.