Ramlee Awang Murshid FC 0

RAMIANS BANTAH ADAPTASI LONGGAR KARYA RAM

412 people have signed this petition. Add your name now!
Ramlee Awang Murshid FC 0 Comments
412 people have signed. Add your voice!
42%
Maxine K. signed just now
Adam B. signed just now

Selepas Mandatori dan Pei Pan, mahukah kita melihat sebuah lagi karya Ramlee Awang Murshid dirombak sesuka hati oleh pihak penerbit? Mampukah kita hanya melihat mahakarya RAM, Sunan, hancur di tangan penerbit yang rakuskan keuntungan?

Kita peminat tegar, kita punya suara! Masa untuk mereka mendengar keluhan RAMians!

7 sebab utama:

1. Kita adalah penonton sasaran apabila karya itu diadaptasi ke layar kaca.

2. RAMians adalah peminat setia RAMLEE AWANG MURSHID. Kita sanggup berhujan, berpanas dan menunggu lama untuk sebuah novel dan kita sanggup berhabis duit menonton sebuah filem atas nama Ramlee Awang Murshid.

3. Kita tidak mahu ditipu dan diperbudak-budakkan dengan nama Ramlee Awang Murshid tetapi karya yang dipersembahkan jauh berbeza daripada Novel RAM. Sekadar menjual nama RAM tapi hasilnya hanya sekadar melepas batuk di tangga!

4. Kita tidak mahu alasan seni diberikan sedangkan ada banyak contoh karya diadaptasi menepati buku.

5. Kita tidak mahu akan memberi pandangan yang buruk untuk pembaca yang baru mahu mengenali RAM kerana jalan cerita yang banyak memaki hamun dan membawa isu isu sensitif seperti politik dan agama seolah-olah itulah cara penulisan RAM, sedangkan semua peminat tegar kenal akan penulisan Tuan RAM yang amat menjaga bahasa dan sensitiviti.

6. Kita adalah peminat yang mengiktiraf Ramlee Awang Murshid menjadi penulis thriller no.1 Malaysia.

7. Jika cerita tidak diadaptasi dengn baik biarlah ia kekal menjadi sebuah novel

Jangan hancurkan imaginasi kami.

Jangan rosakkan karya RAM!!!

NYATAKAN SOKONGAN ANDA DENGAN TANDATANGAN PETISYEN SECARA ONLINE. ANDA BOLEH SIGN MELALUI FACEBOOK AKAUN ANDA.

MARI BERSAMA-SAMA KAMI! BERTINDAK SEKARANG!


Nota:

Petisyen ini akan diserahkan kepada penerbit novel karya Ramlee Awang Murshid sebagai tanda bantahan kita kepada Adaptasi Terlalu Longgar dilakukan baru-baru ini.

Share for Success

Comment

412

Signatures