aishah hanif 0

Sokongan Operasi Dego Ride Dan Dego Send

31 people have signed this petition. Add your name now!
aishah hanif 0 Comments
31 people have signed. Add your voice!
1%
Maxine K. signed just now
Adam B. signed just now

DEGO adalah sebuah syarikat teknologi dengan misi sosial untuk memberi kuasa, meningkatkan kemahiran dan memperbaiki kehidupan tenaga buruh rasmi di Malaysia, manakala Dego RIDE adalah sebuah perkhidmatan kongsi pengangkutan iaitu motosikal,yang cepat, selamat, dan membolehkan penumpang ke destinasi secara pantas dan jauh lebih murah dengan harga bermula dari RM2.50. Perkhidmatan ini adalah penyelesaian kepada masalah kesesakan lalu lintas yang kian meruncing kini.

Selain Dego Ride, terdapat juga Dego SEND iaitu servis "parcel delivery" di mana pelanggan akan mendapat barangan hantaran mereka dalam tempoh hari yang sama. Servis ini amat terkenal dikalangan usahawan dan pembeli Online. Atau sebarang urusan yang memerlukan servis Despatch dan Rider. https://send.dego.my/my/

Dengan menawarkan dua jenis servis ini, Dego menyediakan platform di mana penunggang motorsikal dapat menikmati pendapatan tambahan dalam era di mana rakyat mengadu kos sara hidup yang tinggi,

Sehingga kini, Dego telah pun membantu dan mewujudkan lebih daripada 6000+ peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia terutama golongan B40.

Bulan lalu, Kementerian Pengangkutan mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengambil tindakan terhadap Dego Ride. Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, kerajaan tidak pernah mengeluarkan apa-apa lesen untuk membolehkan motosikal untuk membawa penumpang, seperti yang ditawarkan oleh syarikat. Kementerian itu berkata keputusan untuk mengharamkan perkhidmatan itu berdasarkan isu keselamatan penumpang dan yang perkhidmatannya telah melanggar Akta Pengangkutan Jalan. Kementerian itu berkata penunggang motosikal menyumbang 62 peratus daripada kemalangan maut tahun lepas.

Tetapi sebahagian besar dari 62% itu,kemalangan berlaku di kawasan pendalaman dan ianya adalah penunggang motosikal yang tidak mempunyai lesen yang sah. Berbeza dengan modus operandi Dego yang lebih fokus kepada kawasan bandar dan juga semua penunggang Dego wajib mempunyai lesen yang sah dan melalui sistem latihan yang kami sediakan.

Kami dari Dego amat menghargai kebimbangan Kerajaan dalam hal ini dan kami sedang berusaha bersama kerajaan dalam membentuk sebuah solusi untuk kebaikan kesemua pihak terutamanya buat pelanggan dan penunggang kami.

Oleh itu, kami mohon dari anda, sokongan bersama dalam usaha mengatasi isu ini dengan mengisi petisyen ini! Sokongan anda amat dihargai dalam membantu keseluruh rakyat Malaysia yang mendapat manfaat dari platform kami!

Untuk maklumat lanjut sila ke : http://dego.my/

Platform untuk mendaftar sebagai Dego Rider boleh didapati di http://dego.my/partner-register/

Share for Success

Comment

31

Signatures