Skip to main content

The film has been removed from public screening. My heart is full knowing that the dignity of our children with hearing impairments is finally being respected. Thank you for walking beside us until they took this off the screen.

December 4, 2016

Say NO to Pekak

Say NO to Pekak

🏆 Won — 677 supporters Verified

Final supporters

N
Nur S.
R
Ruha J.
M
Muzafar
S
Siti N.
S
Solehah
S
Someone
N
noor r.
N
Nik N.
S
Someone
N
nolidashaazlin
+667 more
MA
Started by Maryam Abdullah 10 years ago

FOR IMMEDIATE RELEASE

BANTAHAN PENAYANGAN FILEM PEKAK BAGI TONTONAN UMUM DI MALAYSIA

Merujuk kepada filem Pekak yang ditayang bermula 1 September 2016 baru-baru ini, kami dari Persatuan Ibubapa Anak Masalah Pendengaran Malaysia (Hear Me) ingin menyatakan bantahan terhadap tayangan filem yang diarahkan oleh Mohd Khairul Azri Md Noor. Filem yang dibintangi oleh Zahiril Adzim, Sharifah Amani, Iedil Putra, Sharifah Sakinah, Amerul Affendi, Joe Flizzow dan Zaidi Omar ini telah menimbulkan rasa tidak puashati di kalangan pelbagai pihak termasuk ahli persatuan kami yang rata-rata mempunyai anak yang menghidapi masalah pendengaran.

Sejujurnya menurut pendapat kami, filem ini adalah sangat tidak sesuai untuk ditayangkan. Selain di penuhi dengan adegan-adegan yang tidak bermoral seperti dadah, mencuri, pergaulan bebas, keganasan dan rokok, filem Pekak ini seakan-akan memperlekehkan kedudukan dan maruah Orang Kelainan Upaya (OKU) Pendengaran. Realiti sebenar majoriti kehidupan OKU pendengaran adalah jauh berbeza daripada apa yang ditayangkan di dalam filem ini.

Untuk pengetahuan pihak umum, persatuan Hear Me mengumpulkan ibubapa yang mempunyai anak bermasalah pendengaran dan majoriti daripada anak-anak kami samada memakai alat bantuan pendengaran (Hearing Aids) atau implan koklea (seperti watak yang dimainkan oleh pelakon Zahiril). Malangnya, informasi berkenaan dengan implan koklea dan juga jalan cerita yang digunakan dalam filem ini adalah kurang tepat dengan fakta dan realiti serta tidak membantu dalam meningkatkan pengetahuan serta kesedaran pihak penonton tentang isu masalah pendengaran dan secara khususnya implan koklea. Dengan mengaitkan implan koklea dengan kegiatan haram seperti dadah dan seks terbuka, ini sedikit sebanyak akan merosakkan pandangan masyarakat terhadap mereka yang memakai implan koklea dan bakal mengganggu emosi anak-anak implan koklea yang akan membesar dengan tanggapan masyarakat yang serong terhadap mereka.

Kami ingin menggesa pihak penerbit dan pengarah filem Pekak untuk memohon maaf secara terbuka kerana telah memalukan dan menjatuhkan maruah golongan OKU Pendengaran, terutamanya bagi mereka yang memakai implan koklea. Kehidupan sebagai seorang OKU Pendengaran sudahpun sedia penuh dengan cabaran dan dugaan menghadapi masyarakat Malaysia yang masih lagi kurang pendedahan terhadap keadaan dan situasi mereka. Tidak perlulah pihak penerbitan filem membantu untuk menambahkan lagi masalah kepada mereka.

Kepada pihak Lembaga Penapisan Filem, kami berhadap agar filem Pekak ini diharamkan daripada tayangan umum di Malaysia seperti mana negara jiran Brunei telah laksanakan. Biarlah masyarakat Malaysia menonton filem-filem bermesejkan unsur-unsur positif yang boleh meningkatkan produktiviti dan melahirkan budaya yang lebih harmoni.

Kami juga ingin menyeru kepada semua pihak untuk menunjukkan budaya belas kasihan dan empati terhadap golongan OKU Pendengaran yang cuba untuk memperbaiki kehidupan mereka dan memperjuangkan hak mereka. Berilah sokongan dan bantuan kepada ibubapa yang berusaha bekerja mencari rezeki yang halal dalam mengumpul dana untuk memberikan anugerah koklea implan kepada anak masing-masing.

Sekian.

Norziba Fazlina Abdul Ghani, Presiden

Persatuan Ibubapa Anak Masalah Pendengaran Malaysia (Hear Me)

PPM-019-10-23062015

PIC: Maryam Sakinah Abang Abdullah, Bendahari Persatuan 0132335364

Disokong oleh:

Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (Ikram Health)

Wanita IKRAM Malaysia

Persatuan Orang Pekak Negeri Sembilan (NESDA)

Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (PRISMA)

Updates

September 16, 2016

Seeing 250 signatures on this petition makes me feel incredibly validated in our fight to protect our children. It hurts to see our community misrepresented like this but knowing so many of you agree gives me the strength to push forward.

Reached 250 supporters

September 15, 2016

Reached 100 supporters

September 15, 2016

September 13, 2016

Seeing these names grow is a reminder that I am not fighting alone for our children. We are almost at one hundred signatures so please send this link to a few more people right now. Let us show them that this misrepresentation of our community cannot be ignored.

329 Comments

R
Rodziah Binti Ismail
10 years ago Featured

Saya selaku mantan EXCO Kebajikan Selangor juga menyokong petition ini dan menyeru semua pihak tidak boleh memperkecilkan mana2 golongan. Filem Malaysia wajar memberikan mesej yang positif kpd masyarakat bagi membentuk masyarakat yg sejahtera, respect dan empathy. Rodziah Ismail ADUN Batu Tiga, Shah Alam.

F
fahmy
10 years ago Featured

filem yg x membina bangsa dan memelihara agama sewajarnya tidak dibenarkan utk ditayangkan buat tatapan rakyat Malaysia. benar2 mempersenda golongan pekak bahkan tidak mencerminkan tajuk cerita yg sbnrnya. mohon pihak kerajaan bertindak menarik balas kbnrn tygn.

J
Jeyasan75
10 years ago Featured

Saya bapa kepada anak kurang upaya pendengaran yang menggunakan CI. Tolong jangan beri tanggapan yang negatif pada masyarakat mengenai golongan kurang upaya pendengaran. Mereka perlukan sokongan masyarakat untuk hidup berdikari. SAY NO TO PEKAK !

K
khairunnisa roslan
10 years ago Featured

Seharusnya filem yg ditayangkan perlu menyampaikan nilai-nilai murni yg tidak bertentangan dengan norma budaya timur. Ambil contoh filem Redha yg memaparkan realiti kehidupan kanak-kanak autisme.

A
Anonymous
10 years ago Featured

Buat lah filem yg simple tapi menyentuh hati tentang OKU yg nak survive hidup di dunia ni bukannya yang menjatuhkan imej. Byk kisah2 yg boleh diangkat utk jadi inspirasi kpd org lain/masyarakat. Terima kasih.

K
Khaulah Ahmad Faridz
10 years ago Featured

Sudah tiba masanya kita terbitkan filem yang memberi suntikan semangat buat warga Malaysia yang semakin tenat dengan pelbagai isu sosial. Ubah untuk Malaysia yang lebih sejahtera.

R
Ruha Jabir
9 years ago

Semoga Allah memelihara generasi masa depan kita.

M
Muzafar
9 years ago

Say no to PEKAK