Petisyen ini dibuat untuk memohon pihak Pejabat Pendidikan Daerah Samarahan untuk mengekalkan jawatan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jemukan, Samarahan kepada Encik Salleh bin Sabang. Hal ini berikutan, beliau telah mendapat Arahan Bertukar Sekolah secara mengejut yang berkuatkuasa pada 20 Mac 2023 daripada pihak PPD.
Perihal berikutan arahan pertukaran sekolah terhadap Encik Salleh bin Sabang amatlah tidak wajar atas beberapa sebab tetentu.
Ketika beliau diarahkan untuk bertugas sebagai Guru Besar di SK Jemukan keadaan pencapaian akademik dan kokurikulum di SK Jemukan pada ketika itu berada di tahap yang amat kurang memuaskan. Moral dan motivasi para pelajar amatlah kurang memuaskan. Namun demikian, kedatangan beliau untuk menerajui SK Jemukan semenjak November 2020 telah mendatangkan pelbagai kemajuan buat sekolah. Antaranya, banyak pembaharuan yang dilakukan, peningkatan semangat dan motivasi dalam kalangan guru-guru dan para pelajar serta pelbagai lagi susun atur yang diolah beliau untuk maslahat masyarkat SK Jemukan.
Hasil yang paling jelas dan memberangsangkan ialah terbinanya dewan SK Jemukan dimana ianya merupakan fasiliti yang paling penting untuk semua aktiviti yang melibatkan semua warga sekolah dan komuniti.
Selain itu, beliau dalam fasa merancang pelaksanaan program TS25 yang bermula pada sesi 2023/24. Memandangkan sekolah baharu sahaja dilantik mengikuti program TS25 untuk kohort 7.
Warga sekolah baharu bertatih dalam program ini dan amat memerlukan bimbingan dari beliau selaku nakhoda dalam program ini. Tindakan pihak PPD samarahan memindahkan beliau secara mengejut semestinya meletakkan sekolah dan sistem pentadbiran berada dalam risiko yang kronik.
Perpindahan beliau akan menyukarkan lagi kedaan kerana terdapat tiga orang guru baharu panitia agama Islam di bawah seliaan beliau yang merupakan mentor kepada guru-guru baharu ini. Hal ini kerana beliau merupakan satu-satunya guru berpengalaman dan pakar rujuk untuk kami terutama hal ehwal berkaitan agama Islam di SK Jemukan.
Selain itu, beliau berjaya memupuk semangat kerjasama yang tinggi antara Persatuan Ibu bapa dan guru PIBG dan pihak pengurusan sekolah. Beliau juga turut tidak putus-putus memberi nasihat dan memberi tindakan sewajarnya dalam meningkatkan budaya disiplin pelajar dan menangkis segala amalan yang tidak bermoral dalam kalangan pelajar seperti buli, merokok dan ponteng. Sehubungan dengan itu, pihak guru-guru amatlah bermotivasi dan bersungguh sungguh dalam memajukan prestasi sekolah atas penerajuan Ustaz Salleh bin Sabang
Walaubagaimanapun, arahan yang dikeluarkan oleh Pihak PPD amatlah mengecewakan seluruh warga SK Jemukan. Moral, motivasi dan semangat guru-guru dan pelajar amatlah rendah dan kurang stabil oleh disebabkan perubahan dan rancangan yang cuba diaturkan oleh pihak PPD secara menegejut ini.
Demi masa hadapan SK Jemukan yang lebih cerah sebagai sebuah Sekolah Tranformasi 25 dan tidak menambah risiko yang lebih berat.Seluruh warga ibubapa pelajar SK Jemukan amat mengharapkan arahan pertukaran sekolah terhadap Ustaz Salleh bin Sabang dibatalkan. Kami berharap pihak PPD Samarahan mendengar rintihan dan rayuan kami dan memberi kerjasama untuk meluluskan permohonan ini.
Saya seorang bapa kepada salah seorang pelajar yg belajar di SK JEMUKAN berharap pihak yg berwajib dpt mengekalkan GURU BESAR yg sedia ada.
A
Anonymous
3 years ago
Featured
Saya selaku pibg tidak bersetuju sekiranya Guru Besar dipindahkan ke sekolah yang lain. Harap beliau akan terus kekal berkhidmat di SK Jemukan demi kecemerlangan para pelajar dan guru.
F
fadiah bt basil
3 years ago
Featured
guru bsar yg bnyk mbri smgat kpada anak2 didik dan guru,bnyk perubhan yg positif brlaku di sk jemukan..kalu blh kte nak kekal kan guru bsar ustaz salleh bin sabng sbg guru bsar d s.k jemukan
N
Nur Azmina Abdullah
3 years ago
Featured
Kami di pihak sekolah amat amat memerlukan Guru Besar( Salleh Bin Sabang) kerana beliau merupakan guru besar yang betul betul mengambil tahu berkaitan pentadbiran sekolah..
R
Rosita jok
3 years ago
Featured
Saya menyokong 100% untuk mengekalkan GB Salleh di SK Jemukan...1 perkara yg saya titikberatkan...ialah kesinambungan agenda2 visi sekolah YANG BELIAU telah rancang. Yang kedua...kedudukan beliau sebagai mantan ustaz...dimana sk Jemukan tiada ustaz yg akan membimbing atau mengempalai bacan doa dalam apa2 majlis ilmu.
L
LIZA BUJANG
3 years ago
Featured
Pertukaran gb Salleh amat tidak adil untuk kami sk jemukan ..apalagi dalam menentu halatuju sekolah ke ts25. Diharap pihak ppd menarik balik arahan dan mengekalkan beliau di sk jemukan.