Zakri Zakariya 0

Bantahan Pembangunan - Jalan Utama Bukit Permata (v2)

140 signers. Add your name now!
Zakri Zakariya 0 Comments
140 signers. Almost there! Add your voice!
95%
Maxine K. signed just now
Adam B. signed just now

Petisyen ini adalah bertujuan untuk mengemukakan bantahan kepada pihak berwajib seperti Majlis Perbandaran Selayang bagi membatalkan sebarang pembangunan baharu disepanjang jalan utama ke Taman Bukit Permata dan Taman Pinggiran Permata.

Pada awalan ini lokasi yang terlibat adalah disebelah kanan sejurus selepas restoran 'BP Santai' menghala keluar dari Taman Bukit Permata (GPS: 3.254419, 101.701556), dimana terdapat kesan-kesan meratakan tanah telah pun berlaku. Diantara alasan-alasan utama bantahan ini adalah kerana pihak penduduk Taman Bukit Permata dan Taman Pinggiran Permata dengan berpendirian teguh agar suasana alam semulajadi disepanjang jalan tersebut dapat dikekalkan disamping memelihara habitat haiwan yang hanya berbaki sedikit sahaja oleh kerana pembangunan yang telah berlaku. Pihak penduduk juga tidak mahu berlakunya kesibukan ditepi-tepi jalan dengan urusan manusia dimana boleh menjejaskan keselamatan pengguna-pengguna jalan utama ke Taman Bukit Permata dan Taman Pinggiran Permata. Cukuplah dengan kemudahan kedai yang sedia ada dikawasan berdekatan.

Dengan itu, marilah kita bersama-sama menandatangani petisyen ini bagi menunjukkan sokongan terhadap bantahan seperti maksud di atas. Terima kasih kerana bersatu hati menuju matlamat demi masa depan kediaman kita. Sila isikan Nama, Emel, No.ic, No. tel., Alamat(WAJIB) dan Komen/cadangan(kalau ada) dan klik butang hijau 'SIGN PETITION'.

Share for Success

Comment

140

Signatures