Skip to main content

Status: Closed — this petition is no longer accepting signatures.

Bantahan Pembangunan yang Tidak Wajar di Jalan Utama Bukit Permata

Bantahan Pembangunan yang Tidak Wajar di Jalan Utama Bukit Permata

Closed — 183 supporters Verified

Final supporters

F
Faruok
M
Mohd H.
S
Someone
S
Sofian M.
I
Izana
N
Nasriq
M
mohd n.
M
Mardiah
A
Azham J.
J
Jaafar H.
+173 more
ZZ
Started by Zakri Zakariya 7 years, 7 months ago

Petisyen ini adalah bertujuan untuk mengemukakan bantahan kepada pihak berwajib seperti Majlis Perbandaran Selayang bagi membatalkan sebarang pembangunan baharu disepanjang jalan utama ke Taman Bukit Permata dan Taman Pinggiran Permata.

Pada awalan ini lokasi yang terlibat adalah disebelah kanan sejurus selepas restoran 'BP Santai' menghala keluar dari Taman Bukit Permata (GPS: 3.254419, 101.701556), dimana terdapat kesan-kesan meratakan tanah telah pun berlaku. Diantara alasan-alasan utama bantahan ini adalah kerana pihak penduduk Taman Bukit Permata dan Taman Pinggiran Permata dengan berpendirian teguh agar suasana alam semulajadi disepanjang jalan tersebut dapat dikekalkan disamping memelihara habitat haiwan yang hanya berbaki sedikit sahaja oleh kerana pembangunan yang telah berlaku. Pihak penduduk juga tidak mahu berlakunya kesibukan ditepi-tepi jalan dengan urusan manusia dimana boleh menjejaskan keselamatan pengguna-pengguna jalan utama ke Taman Bukit Permata dan Taman Pinggiran Permata. Cukuplah dengan kemudahan kedai yang sedia ada dikawasan berdekatan.

Dengan itu, marilah kita bersama-sama menandatangani petisyen ini bagi menunjukkan sokongan terhadap bantahan seperti maksud di atas. Terima kasih kerana bersatu hati menuju matlamat demi masa depan kediaman kita. Sila isikan nama, emel, komen(kalau ada) dan klik butang hijau SIGN PETITION disebelah kanan.

Updates

Reached 100 supporters

February 17, 2019

107 Comments

A
Azma
7 years ago Featured

Saya bantah sebarang pembangunan yang baru untuk tujuan komersil. Cukuplah dengan kedai yang dah ada, semakin mencacatkan pemandangan, mengotorkan kawasan sekitar, bahu jalan jadi rosak, disamping kemusnahan ecosystem.

N
Nor Nakshah
7 years ago Featured

Tidak berseruju dengan pembinaan tempat makan. Kekalkan pokok dan suasana kehijauan di Bukit Permata. Cukup dengan dua buah kedai makan dan sebuah kedai runcit serta carwash yang sedia ada sekarang.

A
Anonymous
7 years ago Featured

Not suitable to developed any development there without proper planning. The area also served as buffer in btween bkt permata and sri gombak. The narrow road make it worst.

M
Major Nick
7 years ago Featured

Destroying the beauty of our taman. Erosion will cause our only entry and exit road to collapse Destroying our green Lung.

Z
Zac
7 years ago Featured

Illegal development should be stop immediately. There is no proper signage and nobody knows what they intend to develop.

M
Moh
7 years ago Featured

Saya membantah pembangunan di tepi jalan utama taman bkt permata. Kedudukan kawasan yg diterokai itu dilereng bukit bakal mengundang tanah runtuh atau hakisan tanah.

M
Mohd Harith Soffian
7 years ago

Saya bantah korek tanah lagi.

S
Sofian Mohd Ariff
7 years ago

Kekalkan persekitaran hijau