As Salam ibubapa pelajar-pelajar Setiabudi Mengengah (SBM)
Kami mewakili ibubapa sekelian dalam Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah Setiabudi Menengah (PIBG SBM) ingin mendapat tandatangan para ibubapa / penjaga yang TIDAK BERSETUJU dengan kenaikan yuran persekolahan SBM.
Kami akan membawa petisyen ini bersama beberapa cadangan untuk meringankan bebanan para ibubapa/penjaga dan pada masa yang sama membantu pihak ILESB menjana pendapatan untuk sekolah-sekolah di bawah naungan mereka.
Petisyen online ini aktif dari 27 Ogos hingga 29 Ogos 2016 untuk membolehkan kesegeraan urusan PIBG dengan pihak ILESB.
Sokongan ibubapa amat kami hargai. Semoga Allah permudahkan usaha ini.
Saya tidak bersetuju dengan kenaikan yuran SBM kerana kualiti dan mutu pendidikan tidak setaraf dengan sekolah swasta yang lain. Saya mencadangkan supaya pihak PIBG meletakan satu tanda aras pada kualiti pendidikan SBM sebelum kenaikan yuran diluluskan.