Skip to main content

The message was received and Suzuki Malaysia is finally bringing the smaller displacement models back to our roads. I am drained from this long haul but seeing the commitment pay off makes the effort worth it. Keep your eyes open for the official release details as they roll out.

December 18, 2016

Kami menyokong pasaran jentera beroda dua Suzuki 250cc dan 150cc kebawah di Malaysia

Kami menyokong pasaran jentera beroda dua Suzuki 250cc dan 150cc kebawah di Malaysia

🏆 Won — 803 supporters Verified

Final supporters

S
Sharyzan
F
Fuad
A
Asyraf
Z
Zaipul A.
Z
Zint K.
A
Ahmad Z.
S
Someone
N
Nasri H.
M
Mohd R.
A
Ahmad s.
+793 more
OM
Started by Old Miller 9 years, 10 months ago

Petisyen ini dibuat bagi menyatakan sokongan terhadap pasaran jentera beroda dua Suzuki berkapasiti 250cc dan 150cc kebawah. Para pengguna jentera suzuki semenjak dahulu, yang telah merasai dan mempunyai kenangan manis terhadap keupayaan dan kualiti jentera suzuki, pastinya akan merindui kehadiran jentera suzuki 250cc dan 150cc kebawah di pasaran Malaysia.

Seperti yang telah kita sedia maklum, Suzuki Malaysia telah memberikan fokusnya kepada pasaran motorsikal berkuasa tinggi. Halatuju tersebut telah memberikan impaknya dimana pasaran motorsikal berkeupayaan 250cc dan 150cc kebawah telah menyepi. Oleh itu, kita menyatakan hasrat kepada Suzuki Assembler Malaysia supaya:-

1. Memeriahkan kembali pasaran jentera beroda dua Suzuki dengan kehadiran 250cc dan 150cc kebawah (Suzuki satria Fu Fi, GSX-R 150, GSX-S 150 dan GSX-250RR)

2. Dicadangkan supaya model tersebut didatangkan bersama eksesori pilihan dari Suzuki (Contoh : Model GSX150R standard, diberi pilihan kepada pengguna untuk menaiktaraf jentera mereka, dengan didatangkan bersama eksesori ekzos Yoshimura atau jenama lain dengan kos tambahan yang setimpal)

3. Selain menaiktaraf keupayaan jentera, dicadangkan juga eksesori kotak pelana tepi diberikan pilihan kepada pengguna dengan kos tambahan yang setimpal. Umum tahu bahawa terdapat ramai pengguna suzuki yang menggunakan jentera tersebut untuk perjalanan jarak jauh. Dan pilihan kotak pelana belakang dan tepi pasti mendapat sambutan

3. Alat ganti dan servis masih dikekalkan di Suzuki Service Center. Kami menyokong supaya Servis Center Shah Alam dikekalkan.

Updates

Reached 500 supporters

November 11, 2016

November 9, 2016

The numbers are climbing but progress is grueling and I am feeling the weight of this effort. We need to reach the five hundred mark if we want anyone in the boardroom to actually acknowledge our demand. Please put this in front of someone else who understands why these bikes belong back on our roads.

November 9, 2016

We hit one hundred signatures today and it has been a long road to get even this far. My energy is drained but seeing this number reminds me why I started pushing for these bikes to return to our streets.

Reached 100 supporters

November 7, 2016

November 5, 2016

The grind is heavy and the progress feels slow lately. We are nearing the first hundred signatures and I need everyone to help push this over the line so they cannot ignore us.

586 Comments

F
Faris Bin Mohd Zakhuan
9 years ago Featured

Saya sebagai pengguna suzuki sejak 1998 dari ayah saya sampai lah ke saya, saya tak nak kategori suzuki kapchai 150cc ke bawah diberhentikan di malaysia. Kami sayang brand suzuki. Tak semua mampu pakai bigbike. Harap suzuki malaysia boleh pertimbangkan pandangan kami.

M
Mohd Faizal bin Hitam
7 years ago Featured

Di ASEAN, jentera Suzuki di bawah 250cc sangat laris, tetapi tidak di Malaysia. Marketing strategy Suzuki Malaysia sangat menghampakan. Banyakkan pilihan, beri khidmat servis center yang lebih efektif dan mesra pengguna. Kualiti Suzuki diakui di seluruh dunia.

M
Muhammad Hakimi
9 years ago Featured

I'm really agree to bring suzuki model 250cc-150cc and below.. that's just because i already use 3 suzuki model untill now.. the model is suzuki fx 110, txr 150 and belang r150..so please bring more model suzuki and upgrade the design with the chosen of your customer.. tq

M
Mohd Khairun Nizam Bin Mohamad N
9 years ago Featured

Sy semenjak di bangku sekolah sehingga skrg masih menggunakan motosikal Suzuki. Dr RC100, RGV120 dan skrg Belang. Jenama yg lasak dan mantap dr segala aspek. Diharap pihak Suzuki meneruskan promosi, jualan dan servis motosikal berkapasiti kecil seperti ini di masa akan dtg.

S
Syabil Aziz
9 years ago Featured

Satu langkah yg kurang bijak jikalau suzuki hanya memasukkan model yang berkapisiti besar sahaja. Kami mat moto tegar suzuki ingin suzuki meneruskan penjualan model-model kapcai di Malaysia. #teamsuzuki

S
salmi mohd ghazali
9 years ago Featured

sedih weh.. geng suzuki terpinggir. dgn spare part ssh dapat, mahal pulak tu. pilihan model yg power pun x banyak mcm di indonesia, filipina, vietnam dan thailand. so, please.. berilah quota utk suzuki membiak di Malaysia. t/kasih

S
Sharyzan
3 years ago

Sila pasarkan suzuki seluruh Malaysia terumatanya spare part.Terima kasih. #Suzuki4Ever

F
Fuad
6 years ago

Need genuine sparepart always easy to buy........only suzuki normally sell original genuine part