Ilamaran Ramamoorthy 0

G-SKIM: Gerakan Selamatkan Kampung India Mengkibol

52 people have signed this petition. Add your name now!
Ilamaran Ramamoorthy 0 Comments
52 people have signed. Add your voice!
52%
Maxine K. signed just now
Adam B. signed just now

02.04.2012

Kepada:
YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
Putrajaya

YAB Dato' Sri,

G-SKIM: Gerakan Selamatkan Kampung India Mengkibol

Gerakan ini ditubuhkan pada 17.03.2012 bertujuan untuk berjuang bagi mengekalkan Kampung India di Batu 2, Jalan Mengkibol, Kluang yang kini menghadapi masalah disebabkan Projek Landasan Keretapi Berkembar Elektrik.

Sebanyak 55 keluarga India telah menetap di kampung ini lebih daripada 70 tahun. Sekarang sudah sampai ke Generasi Ke-4. Kesemua 55 buah rumah kediaman terletak lebih daripada 100 kaki daripada landasan keretapi, dan pada awalnya telah dimaklumkan tidak akan terlibat dalam projek landasan berkembar. Tetapi kini mereka dipaksa & didesak untuk meninggalkan rumah & kuil mereka sebelum ada satu penyelesaian muktamad.

Perjuangan ini adalah untuk mengekalkan sebuah kampung yang bersejarah di Kluang. Sokongan daripada semua pihak yang prihatin amatlah diharapkan. Mari bersama kami berjuang untuk masa depan penduduk kampung!

Perjuangan kami adalah meminta pihak kerajaan untuk :-

1) Mengekalkan semua rumah di Kampung India, Batu 2, Jalan Mengkibol, Kluang yang berada di luar 1 rantai (20 meter / 66 kaki)

2) Mengekalkan semua kuil di Kampung India, Batu 2, Jalan Mengkibol, Kluang yang berada di luar 1 rantai (20 meter / 66 kaki)

3) Bagi rumah-rumah yang berada dalam jajaran 1 rantai, hanya keluar dari rumah selepas menerima surat/dokumen secara hitam-putih berkenaan permohonan tanah/rumah/permintaan wang tunai yang diluluskan.

4) Bagi kuil-kuil berdaftar yang berada dalam jajaran 1 rantai, hanya keluar dari kuil/memindahkan kuil selepas menerima surat/dokumen secara hitam-putih berkenaan kelulusan permohonan tanah serta peruntukan wang yang secukupnya untuk memindahkan kuil & membinanya di tapak yang baru.

Penduduk kampung telah diarahkan keluar dari tempat mereka sebelum 23 APRIL 2012, jika tidak secara paksa rumah kediaman dan kuil di sana akan dirobohkan. 

Sehubungan dengan itu, perhatian dan pertimbangan YAB Dato' Sri dalam perkara ini amat diharapkan dan dihargai.

Sekian, terima kasih.

"RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"

Dengan penuh harapan,
Semua Penyelaras G-SKIM &
Penduduk Kampung India, Batu 2, Jalan Mengkibol, Kluang

Links

Share for Success

Comment

52

Signatures