BANTAHAN PEMANSUHAN BEBERAPA HENTIAN DI LALUAN C
1) Kami mahasiswa Universiti Malaya menyatakan kekesalan kami terhadap pemansuhan Hentian Kondo Rakyat dan Hentian Pantai Hill Park.
2) Kami juga KECEWA kerana tiada perbincangan bersama mahasiswa luar kampus dibuat ketika keputusan ini dibuat.
3) Tindakan memansuhkan hentian ini secara tiba-tiba membebankan mahasiswa luar kampus terutamanya mereka yang tinggal berhampiran dengan hentian tersebut.
4) Majoriti mahasiswa luar kampus tidak memiliki kenderaan sendiri dan bergantung kepada perkhidmatan bas untuk memasuki kampus. Tambahan pula, mahasiswa kini sedang menghadapi peperiksaan akhir semester.
5) Justeru, kami menggesa agar diadakan pertimbangan semula dan pemansuhan ini DIBATALKAN serta merta. Kami juga mendesak agar suara kami diambil kira dalam sebarang keputusan yang hendak diputuskan kelak.
Comment