Skip to main content
Bantahan FloraVille (20 Jun 2015)

Bantahan FloraVille (20 Jun 2015)

49 signatures 1 to reach 50
D
Dr M. signed
D
DEVANAI signed
S
Someone signed
N
Nadia B. signed
A
AZAHAR signed
S
Salmah B. signed
F
Fadhilah Y. signed
K
Kishan S. signed
M
Mohd F. signed
L
Lim K. signed
AT
Started by abd rahman tamuri 11 years, 1 month ago

1) PETITION 1

BANTAHAN KENAIKAN YURAN PENYELENGGARAAN (MAINTENANCE FEE) DAN PERLAKSANAAN KADAR RATA UNTUK SEMUA PENDUDUK FLORA VILLE OLEH RESIDENTS MANAGEMENT COMMITTEE (FRMC)

Petition kepada:

En Yacob Atan,

Pengerusi,

Flora Ville Resident Management Committee (FRMC)

Flora Ville, Taman Pulai Flora, 81300 Skudai, Johor

Tuan,

Perkara: BANTAHAN KENAIKAN MAINTENANCE FEE DAN PERLAKSANAAN KADAR RATA UNTUK SEMUA PENDUDUK FLORA VILLE OLEH RESIDENTS MANAGEMENT COMMITTEE (FRMC)

Kami, mewakili pemilik-pemilik rumah dan penduduk di Flora Ville, ingin menyatakan bantahan kami terhadap FRMC berhubung perkara di atas.

2. Surat Tuan (Rujukan: S.C/S.F/PT.2-2015) bertarikh 16 Jun 2015 adalah dirujuk. Pihak FRMC telah menetapkan bahawa yuran penyelenggaraan untuk semua penduduk Flora Ville adalah sebanyak RM115 dan RM5 untuk sinking fund. Asas bantahan ini adalah seperti berikut:-

a) Kenaikan tersebut tidak dibincangkan dengan penduduk secara telus dan rasmi. Satu perbincangan tidak rasmi yang dihadiri oleh penduduk Presint 1 dan 2 telah diadakan di taman permainan FV, dikelolakan oleh Dr Sirajul Fitri. Walaubagaimanapun, TIADA WAKIL dari tunggak utama FRMC yang turut serta. Hasil perbincangan tersebut mengatakan bahawa majoriti penduduk tidak setuju dengan kadar rata yang baru.

b) Keputusan kenaikan dan penetapan kadar baru bagi yuran penyelenggaraan ini telah dibuat secara tergesa-gesa dan tidak mendapat pandangan pihak yang berwajib seperti pihak MPJBT dan Juru Ukur bertauliah serta Juru Perunding Bebas.

c)Pihak FRMC sepatutnya perlu menumpukan usaha untuk mendapatkan semua bayaran tertunggak dari pemilik rumah dan dari pemaju atas rumah yang belum dijual. Terlalu banyak hutang terpaksa ditanggung akibat tunggakan tersebut, yang mana telah menyebabkan FRMC tidak dapat menjalankan tugas dengan baik sehingga penduduk menanggung kerugian. Sebagai contoh, (a) pihak FRMC telah memotong peruntukan untuk safety and security dengan mengambil pengawal tempatan, dan (b) kontraktor pembersihan hanya ditugaskan untuk membersihkan common area sahaja.

d)Keputusan FRMC menaikkan yuran penyelenggaraan adalah tidak sah, hanya 3 (tiga) orang sahaja ahli FRMC yang terlibat dalam mesyuarat berkenaan tanpa kehadiran 4 (empat) lagi AJK yang telah meletak jawatan dan dipecat.

e)Kenaikan dan penetapan kadar baru yuran penyelenggaraan ini telah mengganggu-gugat keharmonian dan kebajikan penduduk Flora Ville.

3. Justeru itu, kami dengan ini menegaskan bahawa kami MEMBANTAH KENAIKAN YURAN PENYELENGGARAAN DAN PERLAKSANAAN KADAR RATA dan telah hilang kepercayaan terhadap FRMC. Oleh yang demikian, kami memohon untuk diadakan mesyuarat agung luar biasa untuk membolehkan kami melantik dan memberikan mandat kepada FRMC yang baru.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Seperti tandatangan dibawah

(Sabtu, 20 Jun 2015)




2) PETITION 2


HILANG KEPERCAYAAN TERHADAP FLORA VILLE RESIDENTS MANAGEMENT COMMITTEE (FRMC)

Petition kepada:

En Yacob Atan,

Pengerusi,

Flora Ville Resident Management Committee (FRMC)

Flora Ville, Taman Pulai Flora, 81300 Skudai, Johor

Tuan,

Perkara: HILANG KEPERCAYAAN TERHADAP FLORA VILLE RESIDENTS MANAGEMENT COMMITTEE (FRMC)

Kami, mewakili pemilik-pemilik rumah dan penduduk di Flora Ville, ingin menyatakan bahawa kami telah hilang kepercayaan terhadap FRMC di atas apa yang telah berlaku sejak FRMC mengambil alih pengurusan Flora Ville pada 1 Januari 2015.

2. Untuk makluman tuan, kami telah hilang kepercayaan terhadap FRMC atas alasan-alasan berikut:-

a) Lebih separuh (½) ahli FRMC telah meletakkan jawatan dan dipecat bermula 1 Januari sehingga 18 Jun 2015. Ini membuktikan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam FRMC sehingga lebih separuh AJK yang dilantik oleh penduduk meletakkan jawatan atau dipecat. Ini juga membuktikan FRMC tidak mendapat kerjasama dari AJK yang dilantik oleh penduduk. Penduduk telah melantik semua AJK, termasuk Pengerusi secara sah melalui mesyuarat penduduk yang telah dijalankan oleh pemaju dan FRMC sendiri.

b) Secara rasminya, buat masa sekarang, FRMC hanya terdiri daripada tiga (3) orang sahaja iaitu Pengerusi, dan 2 AJK (En Liew dan Dr Sarajul Fitri). Kami tidak yakin bahawa FRMC mampu untuk menjalankan tugas dengan baik dan sempurna dengan keahlian yang tinggal.

c) Kegagalan FRMC memberikan kerjasama dengan majoriti penduduk Flora Ville untuk berbincang berkenaan kadar baru yuran penduduk. Pihak FRMC telah menetapkan yuran sebanyak RM 115 dan RM 5 untuk sinking fund tanpa perbincangan dan pengetahuan pihak penduduk. Ini menunjukkan bahawa pihak FRMC tidak mahu mendengar dan tidak mahu menjaga keharmonian dan kebajikan penduduk Flora Ville.

3. Justeru itu, kami dengan ini menegaskan bahawa, kami telah hilang kepercayaan terhadap FRMC dan memohon untuk diadakan mesyuarat agung luar biasa untuk membolehkan kami melantik dan memberikan mandat kepada FRMC yang baru.

4. Diharap petition kami ini berada dalam perhatian tuan Pengerusi dan kami menunggu tindakan segera dari FRMC untuk memanggil Mesyuarat Agung Luar Biasa.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Seperti tandatangan dibawah

(Sabtu, 20 Jun 2015)

Updates

June 19, 2015

im still waiting for someone from the committee to actually sit down and talk to us about these fees. your comments show that way too many people are feeling ignored and thats exactly why we started this.

June 19, 2015

i honestly didnt think we would get this much traction so fast. hearing from all you neighbors in the comments really shows we are on the same page about this fee hike.

44 Comments

C
Chandru Maniyam
11 years ago Featured

Membantah kenaikkan yuran penyelenggaraan dan perlaksanaan kadar rata untuk semua dan hilang kepercayaan terhadap FRMC

A
Abd Razak Bin Abd Hamid
11 years ago Featured

Nama: Abd Razak Abd Hamid Alamat: No 15, Jalan Flora 3/4 No KP: 790622-01-6357

S
Safiah binti Md Rijab
11 years ago Featured

Jailani bin Hj Ahmad No 64, Jln flora 3/8, Tmn Pulai Flora, Flora Ville, 81300 Skudai, Johor 540816-01-5393

S
Safiah binti Md Rijab
11 years ago Featured

Safiah binti Md Rijab No 64, Jln Flora 3/8, Tmn Pulai Flora, Flora Ville, 81300 Skudai,Johor 551027-01-5546

M
Mohd nazri Muhamad
11 years ago Featured

Mohd Nazri bin Muhamad No 8 , Jalan Flora 3/9 Taman Pulai Flora ( Floraville )

N
Nurulakmar Abu Husain
11 years ago Featured

Nurulakmar Abu Husain No 15, Jalan Flora 3/4, Flora Ville, Taman Pulai Flora, 81300 Skudai

D
Dr Muhd Nazrul Hisham Zainal Alam
11 years ago

Saya membantah segala tindakan FRMC.

N
Nadia Binti Adrus
11 years ago

65, jln flora 3/8

Help this petition grow

Share it with friends to help reach 50 signatures.

Share Petition

Don't stop at signing, share the petition link with friends to multiply our impact

Copy link or share directly

Instagram
QR Code