Skip to main content

The Ministry of Education has rescinded the transfer order and confirmed that En. Abd. Halim Bin Md. Yunus will remain as principal of SDAR. We are now coordinating with the school administration to ensure this transition remains stable as we move forward.

November 9, 2015

Petisyen Pemohonan untuk Mengekalkan Pengetua Cemerlang SDAR, En. Abd. Halim Bin Md. Yunus

Petisyen Pemohonan untuk Mengekalkan Pengetua Cemerlang SDAR, En. Abd. Halim Bin Md. Yunus

🏆 Won — 971 supporters Verified

Final supporters

S
Someone
M
Mukhtar K.
A
ali m.
H
HILMI B.
Z
ZARINA S.
M
Muhamad H.
M
Muhamad A.
A
Amirul A.
A
Ahmad T.
K
Kamarul H.
+961 more
AA
Started by Ahmad A 10 years, 10 months ago

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk.

Petisyen ini dibuat untuk memohon pihak Kementerian Pendidikan Malaysia KPM untuk mengekalkan jawatan Pengetua Cemerlang Sekolah Dato' Abdul Razak SDAR, Seremban kepada Encik Abd. Halim Bin Md. Yunus. Hal ini berikutan, beliau telah mendapat Arahan Bertukar Sekolah secara mengejut yang berkuatkuasa pada 1 September 2015 daripada pihak KPM.

Perihal berikutan arahan pertukaran sekolah terhadap Encik Abdul Halim amatlah tidak wajar atas beberapa sebab tetentu.

Ketika beliau diarahkan untuk bertugas sebagai Pengetua di SDAR pada tahun 2014, keadaan pencapaian akademik dan kokurikulum di SDAR pada ketika itu berada di tahap yang amat kurang memuaskan. Moral dan motivasi para pelajar amatlah kurang memuaskan. Namun demikian, kedatangan beliau untuk menerajui SDAR semenjak Januari 2014 telah mendatangkan pelbagai kemjuan buat sekolah. Antaranya, banyak pembaharuan yang dilakukan, peningkatan semangat dan motivasi dalam kalangan guru-guru dan para pelajar serta pelbagai lagi susun atur yang diolah beliau untuk maslahat masyarkat SDAR.

Hasil yang paling jelas dan memberangsangkan ialah Gred Purata Sekolah dalam Peperiksaan Percubaan Sijil Peperiksaan Malaysia SBP 2015 yang mendapat gred 3.9 iaitu pada kedudukan ke-39 SBP. Keputusan ini merupakan yang terbaik dalam lingkungan lima tahun sebelum ini serta lebih baik daripada tahun sebelum ini.

Selain itu, beliau berjaya memupuk semangat kerjasama yang tinggi antara Persatuan Ibu bapa dan guru PIBG dan pihak pengurusan sekolah. Beliau juga turut tidak putus-putus memberi nasihat dan memberi tindakan sewajarnya dalam meningkatkan budaya disiplin pelajar dan menangkis segala amalan yang tidak bermoral dalam kalangan pelajar seperti buli, merokok dan ponteng. Sehubungan dengan itu, pihak guru-guru amatlah bermotivasi dan bersungguh sungguh dalam memajukan prestasi sekolah atas penerajuan En. Abdul Halim.

Walaubagaimanapun, arahan yang dikeluarkan oleh Pihak KPM amatlah mengecewakan seluruh warga SDAR. Moral, motivasi dan semangat guru-guru dan pelajar amatlah rendah dan kurang stabil oleh disebabkan perubahan dan rancangan yang cuba diaturkan oleh pihak KPM secara menegejut ini.

Berbekalkan kurang 30 hari untuk Ujian Bertulis PT3 dan kurang 50 hari untuk SPM, tindakan mengeluarkan kepala yang mengatur strategi sekolah amatlah tidak signifikan, tidak wajar, tidak relevan dan menyentap hati nurani pelajar, guru-guru, ibu bapa pelajar dan amnya seluruh warga SDAR.

Demi masa hadapan SDAR yang lebih cerah sebagai sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi dan tidak menambah risiko serta membahayakan, mencemarkan nama baik SDAR sebgai sekolah SBP Premier di Malaysia, seluruh warga ibubapa pelajar SDAR amat mengharapkan arahan pertukaran sekolah terhadap En. Abdul Halim Bin Md Yunus dibatalkan. Kami berharap pihak KPM mendengar rintihan dan rayuan kami dan memberi kerjasama untuk meluluskan permohonan ini.

Sekian, Terima Kasih

#HMHalimUntukSDAR

Updates

Reached 500 supporters

September 18, 2015

Reached 100 supporters

September 18, 2015

September 16, 2015

We are approaching the 100 signature milestone which will serve as the baseline for our formal submission to the Ministry of Education. Please direct your contacts to the petition link immediately so we can finalize the documentation packet for our scheduled meeting.

573 Comments

M
Mohamad Zulhilmi
10 years ago Featured

Mengubah pelajar yg berjiwa muda bukan mudah. Encik Halim tak pernah berhenti untuk mengubah pelajar nya. Beliau sentiasa memberikan kata-kata semangat setiap kali perhimpunan. Beri lah peluang agar Cikgu Halim boleh terus berkhidmat di SDAR

N
Norzihad Bin Ismail
10 years ago Featured

sdar.. Sekolah yg terbaik dan cekap Pelajar pelajar nya samaade yg ade sekarang atau pun yg dah jadi Sdara.. So kekalkan cikgu Halim .. Jangan politikan hal disiplin sdarian..tak ade disiplin buanglah pelajar tu bukan buang cikgu yg sangat berusaha.. Berilmu Untuk Berjasa

I
Inafariza Ibrahim
10 years ago Featured

Please consider this petition wisely. Inikah risiko @ harga yg perlu di bayar dlm ketegasan mendidik anak sdar? Segala pengorbanan, perancangan dan pelaksanaan program yg byk dan telah nampak membuahkan hasil diketepikan begitu saja?.

N
Nik Hanif Kadir
10 years ago Featured

Harap dikekalkan Pengetua Halim. Masa yang amat kritikal diambang peperiksaan sekarang. Anak saya dan yang lain-lain amat tergugat dengan perkembangan ini di tengah-tengah persediaan yang bersemangat untuk PT3 yang kurang dari sebulan lagi. Terima kasih.

M
muhammad hasif b abd halim
10 years ago Featured

saya sebagai anak kepada cikgu halim amat terharu akan tindakan yang diambil oleh pihak SDARA. saya juga berharap agar tindakan yang tidak sewajarnya ini oleh KPM dapat dibatalkan semula dan mengekalkan en abd halim b md yunus sebagaia HM Sekolah Dato Abd Razak

N
Nasnoor Juzaily Bin Mohd Nasiruddin
10 years ago Featured

Please retain Tuan Haji Halim as our HM. To make a change he needs time, previous structured module in education is totally obsolete. Current HM needs more times and supports, to revamp the current module. As a Sdarian I will give him my full support to retain him as the HM.

R
raqi rosla
10 years ago

stay

A
Anonymous
10 years ago

Stay

Share Petition

Don't stop at signing, share the petition link with friends to multiply our impact

Copy link or share directly

Instagram
QR Code