Skip to main content
TARIKH PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM 2025

TARIKH PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM 2025

197 signatures 53 to reach 250
D
Dav signed
H
Hazim signed
S
Syamil signed
S
sazilah Z. signed
M
Muhammad D. signed
D
Damia N. signed
A
Armaniza A. signed
A
Ali U. signed
S
Someone signed
S
Someone signed
MA
Started by Mustaffa Abdullah 6 months, 2 weeks ago

Yang Berhormat
Fadhlina binti Sidek
Menteri Pendidikan Malaysia
[email protected]

Berdasarkan jangkaan, keputusan peperiksaan SPM 2025 berkemungkinan besar akan diumumkan pada hari Khamis 12 Mac 2026 (bersamaan dengan 22 Ramadan 1447) iaitu kira-kira 8 hari menjelang sambutan Hari Raya Aidil Fitri, 1 Syawal 1447 (21 Mac 2026). Manakala takwim yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan ke IPTA (UPU) Kementerian Pendidikan Tinggi, tarikh tutup permohonan melalui UPU adalah pada hari Isnin, 23 Mac 2026 - 3 hari selepas Hari Raya Aidil-Fitri (hari raya ketiga).

Tarikh-tarikh di atas agak mengganggu emosi sebahagian besar pelajar dan ibu bapa pelajar dengan sambutan Hari Raya Aidil-Fitri, yang mana boleh menjejaskan kemeriahan sambutan Hari Raya Aidil-Fitri.

Untuk itu kami memohon dan merayu agar tarikh keputusan peperiksaan SPM 2025 ditangguhkan, di lewatkan sehingga selepas sambutan Hari Raya Aidil-Fitri agar dapat memberikan kelegaan, kegembiraan dan kemeriahan semasa menyambut Hari Raya Aidil-Fitri.

Tiada keresahan, bagi kebanyakkan pelajar dan juga ibu bapa pelajar; serta tidak kurang juga keselesaan kepada guru dan pihak sekolah membuat persediaan yang sepatutnya - untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan juga hari pengumuman keputusan peperiksaan SPM 2025

Updates

Reached 100 supporters

February 28, 2026

91 Comments

D
Diana binti Abdullah
6 months ago Featured

bulan puasa menelan banyak belanja untuk hadir ke sekolah untuk meraikan keputusan spm bagi pelajar berasrama. sebaiknya dibuat selepas raya dan memudahkan pelajar fokus kepada pemilihan insititusi

S
SITI AISHAH BINTI KHAIRUDDIN
6 months ago Featured

Mohon ubah tarikh kepada tarikh yang lebih relevan. Kasihan kepada ibubapa & pelajar yang pulang beraya jauh dari kediaman seperti kami. Kami tinggal di Kuala Lumpur, balik beraya di Kuching Sarawak. Tahun lepas tidak dapat balik ke Kuching kerana sepanjang tahun lepas beri tumpuan untuk peperiksaan SPM 2025 anak kami. Terìma kasih.

N
Noor aini
6 months ago Featured

Mohon utk keluarkan result SPM selepas raya.untk memudahkan lagi urusan permohonan UPU, biasiswa dah pelbagai hal lagi.kerana jika keputusan SPM dikeluarkan sblum raya, masa akan banyak diambil kerana cuti raya.tempoh diberi kan singkat.

K
Khairun Nisa
6 months ago Featured

Saya tidak bersetuju jika results spm keluar sebelum raya sebb saya tidak suka jika ada saudara mara yang mula banding membandingkan.

W
W Sha Syaiyidatinah
6 months ago Featured

Mohon anjakkan keputusan SPM 2025 ke satu tarikh lain selepas Hari Raya Aidilfitri kerana memudahkan urusan bagi ibubapa membawa anak ke sekolah yang jauh untuk mengambil keputusan, banyak perbelanjaan yang diperlukan termasuk persiapan hari raya. Mohon dipertimbangkan. Terima kasih

I
ISMAIL
6 months ago Featured

Melibatkan kos yang banyak kerana sekolah SBP yg jauh dari tempat tinggal. Tiket dekat raya mahal

D
Dav
6 months ago

Taknak

H
Hazim
6 months ago

Agar tidak mengganggu suasana hari puasa

Help this petition grow

Share it with friends to help reach 250 signatures.

Your share link

Share directly