Skip to main content
Kembalikan Royalti Petroleum Terengganu

Kembalikan Royalti Petroleum Terengganu

96 signatures 4 to reach 100
S
Someone signed
R
Redzuan S. signed
M
mohamad a. signed
P
Putera I. signed
M
muhammmad z. signed
S
Someone signed
T
TUAN S. signed
R
Ruslan R. signed
H
hanif m. signed
M
mohd a. signed
Started by Anonymous 18 years, 2 months ago
Petroleum merupakan hasil utama negeri Terengganu. Melalui perjanjian Royalti Petroleum pada 22 Mac 1975. Royalti Petroleum menjadi sumber utama kerajaan negeri untuk mengurus dan mentadbir negeri. Pada tahun 2006 belanja mengurus kerajaan negeri adalah sebanyak RM 1.4 billion. Melalui perjanjian tersebut, anugerah Royalti sebanyak 5 % telah diberi kepada kerajaan negeri. Namun bermuala pada 5 September 2000 Royalti Petroleum telah ditukar menjadi Duit Ihsan dan kemudiannya ditukan menjadi Dana Khas. Adalah dijangkakan, jumlah Royalti yang mungkin diperolehi sekiranya Royalti Petroleum sebanyak 5 % di pulangkan kepada Kerajaan Negeri, sebanyak RM 2.5 billion ringgit akan diperolehi setahun. Tunggakan melebihi RM 20 billion dijangka akan diperolehi oleh Kerajaan Negeri sekiranya Royalti dikembalikan kepada Kerajaan Negeri. Dengan tunggakan melebihi RM 20 billion, sekiranya diurus tadbir dengan baik, MAMPAT optimis rakyat negeri Terengganu akan mendapat manfaat yang penuh dan akan terbela. Penubuhan Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu atau ringkasnya MAMPAT, gabungan NGO-NGO di Terengganu adalah bertujuan untuk menerajui isu-isu berkaitan hak rakyat Terengganu. Memandangkan isu terbesar yang dihadapi oleh Rakyat Terengganu adalah bagaimana untuk mendapatkan kembali ROYALTI. MAMPAT dengan ini ingin mengistiharkan bahawa MAMPAT akan mengetuai suatu gerakan memohon dan menuntut agar dikembalikan semuala Hak & Maruah Rakyat Negeri Terengganu iaitu ROYALTI. MAMPAT berpendapat isu ini adalah isu Rakyat. MAMPAT yakin seluruh rakyat Terengganu akan memberi sokongan yang padu kepada MAMPAT untuk menuntut kembali hak ROYALTI kepada kerajaan negeri. Mengikut maklumat yang kami perolehi, rakyat Sabah dan Sarawak sehingga kini masih menikmati hasil ROYALTI sebanyak 5 % dan dijangkakan, kedua-dua rakyat negeri tersebut akan mendapat tambahan sebanyak 5 % lagi dan ini menjadikan mereka akan mendapat nikmat ROYALTI sebanyak 10 %. MAMPAT menjangkakan sekiranya Terengganu berjaya mendapat kembali Royalti dengan kadaran sebanyak 10 %, maka Terengganu akan mendapat sumber kewangan hampir RM 5 billion setahun. Dengan bilangan penduduk negeri Terengganu sebanyak 1.087 juta orang, MAMPAT optimis sekiranya duit Royalti tersebut dikendalikan dengan baik, maka kedudukan Terengganu sebagai negeri termiskin di Semenanjung pasti akan berubah. Yang penting, rakyat Terengganu akan mendapat manfaat. Oleh itu MAMPAT merasakan perlu untuk diadakan satu konvensyen bagi mendapatkan gambaran yang tepat mengenai kedudukan sebenar Royalti kepada Rakyat Terengganu dan akan membawa isu ini kepada Perdana Menteri agar dipertimbangkan hasrat rakyat Terengganu untuk mengembalikan Hak dan Maruah kami.

Updates

Reached 100 supporters

January 2, 2014

6 Comments

R
Razak Quinn
18 years ago Featured

KEMBALIKAN HAK KAMI!! Duit tu hak rakyat Terengganu bukan duit peribadi sesiapa.

F
Faridah Conway
18 years ago Featured

Banyak sangat projek terbengkalai sebab tak cukup dana. Kesan dia rakyat yang tanggung.

Z
Zul Harris
18 years ago Featured

Duit royalti ni boleh bantu ramai orang miskin kat kampung. Kembalikan sekarang.

A
Azman Holt
18 years ago Featured

Hak rakyat Terengganu harus dikembalikan segera. Jangan nafikan hak kami lagi.

S
Siti Wright
18 years ago Featured

Dah lama sangat tunggu duit ni. Rakyat makin susah tapi hasil negeri diambil. Tolong la buat kerja betul

H
Hassan Santana
18 years ago Featured

Setuju. 5 peratus tu hak negeri dari dulu lagi. Kenapa susah sangat nak bagi balik?

Help this petition grow

Share it with friends to help reach 100 signatures.

Sign Petition

We never post to your account. Social sign-in is used only to verify your signature.

or sign with Email

Add a comment?

Your signature will be added via . Tell others why you're signing — it's optional.

By signing, you accept iPetitions Terms of Service and Privacy Policy.

Share Petition

Don't stop at signing, share the petition link with friends to multiply our impact

Copy link or share directly

Instagram
QR Code