Skip to main content
BANTAH HARGA PETROL DIESEL MALAYSIA

BANTAH HARGA PETROL DIESEL MALAYSIA

745 signatures 5 to reach 750
H
Hazlina r. signed
K
KHAIRUL F. signed
A
Ahmad A. signed
M
Muhammad H. signed
N
Nur F. signed
N
Nabilah b. signed
A
Ahmad A. signed
M
Mohd H. signed
M
MOHD A. signed
M
Mohd R. signed
DA
Started by Danial Al Rashid 8 years, 8 months ago

DESAKAN UNTUK KERAJAAN MALAYSIA MENURUNKAN HARGA MINYAK

1. Menyedari bahawa hari ini kami selaku warganegara Malaysia yang sah begitu tertekan dengan kos sara hidup dan harga barangan yang begitu tinggi di dalam negara.

2. Menyedari bahawa kos sara hidup dan harga barangan yang melonjak naik secara mendadak hari ini sekitar 26% kenaikan harga makanan harian yang merupakan keperluan utama kehidupan kami adalah disumbangkan secara langsung dengan kenaikan harga minyak petrol dan diesel yang mana kenaikan harga minyak mempunyai kesan domino ekonomi kepada kenaikan harga barang dan kos lain kehidupan.

3. Menyedari bahawa penetapan harga minyak secara mingguan tidak ditetapkan mengikut struktur yang telus dan berkesan dengan kekerapan kenaikan 80% melebihi penurunan.

4. Menyedari bahawa ekonomi negara hari ini sedang berada dalam keadaan genting dan mencabar dengan kadar inflasi melebihi 4% dan kejatuhan nilai Ringgit yang mana kesan daripada kemerosotan ekonomi akan mengancam perbelanjaan seharian poket kami.

5. Menyedari bahawa Malaysia sebagai negara pengeluar minyak dengan 30% pendapatan negara diperolehi daripada hasil minyak dan kutipan GST daripada poket kami sekitar RM42 bilion setahun merupakan suatu hasil mahsul berpunca daripada hak kami selaku warganegara sah.

6. Menyedari bahawa harga minyak seharusnya ditetapkan pada harga sekitar RM1.90 seliter (RON95) jika subsidi minyak yang hanya sekitar RM3 bilion setahun tidak dipotong Kerajaan dan nilai Alpha yang telus digunakan memandangkan harga minyak mentah dunia hanya sekitar USD50 setong.

MAKA, KAMI RAKYAT MALAYSIA YANG SAH BERTANDATANGAN DI BAWAH DENGAN RELA HATI DAN TULUS IKHLAS MENYOKONG 5 TUNTUTAN DI BAWAH AGAR KERAJAAN MENGAMBIL LANGKAH-LANGKAH BERIKUT:

1) Menurunkan Harga Minyak

2) Menstabilkan Harga Minyak Secara Telus

3)Menghentikan Penetapan Harga Minyak Secara Mingguan

4) Mendedahkan Nilai Alpha Sebenar

5) Mengembalikan Subsidi Minyak

Sekretariat

Gerakan Turun Harga Minyak

(GERTAK Malaysia)

Updates

Reached 500 supporters

November 22, 2017

Reached 100 supporters

November 21, 2017

6 Comments

K
Kumar Patterson
8 years ago Featured

RM1.90 harga yang adil untuk semua. sekarang susah sangat nak cari makan dengan harga barang makin menggila

S
Siti Young
8 years ago Featured

KESIAN KAMI RAKYAT MARHAEN. SEMUA BENDA NAK NAIK HARGA. MINYAK TURUN LAH SIKIT

A
Azman Williamson
8 years ago Featured

Harga barang naik tapi gaji tak naik pun. macam mana rakyat nak hidup ni? tolong lah kaji balik harga minyak tu.

Z
Zulkifli Harvey
8 years ago Featured

setuju 100%. minyak naik kesan dia sampai ke harga nasi lemak. memang tak masuk akal.

N
Nurul Parker
8 years ago Featured

Please la dengar suara rakyat. kami perlukan bantuan bukan makin dibebani macam ni.

B
Badrul Gordon
8 years ago Featured

betul tu. kitorang ni dah la kena gst minyak pulak naik. memang tercekik la jawabnya.

Help this petition grow

Share it with friends to help reach 750 signatures.

Sign Petition

We never post to your account. Social sign-in is used only to verify your signature.

or sign with Email

Add a comment?

Your signature will be added via . Tell others why you're signing — it's optional.

By signing, you accept iPetitions Terms of Service and Privacy Policy.

Share Petition

Don't stop at signing, share the petition link with friends to multiply our impact

Copy link or share directly

Instagram
QR Code