Skip to main content

They finally agreed to return the royalty payments and I honestly keep staring at the notice like it might disappear if I blink too hard. It has been such a long road of meetings and endless frustration but we actually did it and now we just need to keep our …

August 3, 2008

Kempen Kembalikan Royalti Petroleum Terengganu

Kempen Kembalikan Royalti Petroleum Terengganu

🏆 Won — 196 supporters Verified

Final supporters

?
?
?
?
?
?
?
?
S
Someone
S
Someone
?
?
?
?
?
?
?
?
+186 more
Started by Anonymous 18 years, 4 months ago
Petroleum merupakan hasil utama negeri Terengganu. Melalui perjanjian Royalti Petroleum pada 22 Mac 1975. Royalti Petroleum menjadi sumber utama kerajaan negeri untuk mengurus dan mentadbir negeri. Pada tahun 2006 belanja mengurus kerajaan negeri adalah sebanyak RM 1.4 billion. Melalui perjanjian tersebut, anugerah Royalti sebanyak 5 % telah diberi kepada kerajaan negeri. Namun bermuala pada 5 September 2000 Royalti Petroleum telah ditukar menjadi Duit Ihsan dan kemudiannya ditukan menjadi Dana Khas. Adalah dijangkakan, jumlah Royalti yang mungkin diperolehi sekiranya Royalti Petroleum sebanyak 5 % di pulangkan kepada Kerajaan Negeri, sebanyak RM 2.5 billion ringgit akan diperolehi setahun. Tunggakan melebihi RM 20 billion dijangka akan diperolehi oleh Kerajaan Negeri sekiranya Royalti dikembalikan kepada Kerajaan Negeri. Dengan tunggakan melebihi RM 20 billion, sekiranya diurus tadbir dengan baik, MAMPAT optimis rakyat negeri Terengganu akan mendapat manfaat yang penuh dan akan terbela. Penubuhan Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu atau ringkasnya MAMPAT, gabungan NGO-NGO di Terengganu adalah bertujuan untuk menerajui isu-isu berkaitan hak rakyat Terengganu. Memandangkan isu terbesar yang dihadapi oleh Rakyat Terengganu adalah bagaimana untuk mendapatkan kembali ROYALTI. MAMPAT dengan ini ingin mengistiharkan bahawa MAMPAT akan mengetuai suatu gerakan memohon dan menuntut agar dikembalikan semuala Hak & Maruah Rakyat Negeri Terengganu iaitu ROYALTI. MAMPAT berpendapat isu ini adalah isu Rakyat. MAMPAT yakin seluruh rakyat Terengganu akan memberi sokongan yang padu kepada MAMPAT untuk menuntut kembali hak ROYALTI kepada kerajaan negeri. Mengikut maklumat yang kami perolehi, rakyat Sabah dan Sarawak sehingga kini masih menikmati hasil ROYALTI sebanyak 5 % dan dijangkakan, kedua-dua rakyat negeri tersebut akan mendapat tambahan sebanyak 5 % lagi dan ini menjadikan mereka akan mendapat nikmat ROYALTI sebanyak 10 %. MAMPAT menjangkakan sekiranya Terengganu berjaya mendapat kembali Royalti dengan kadaran sebanyak 10 %, maka Terengganu akan mendapat sumber kewangan hampir RM 5 billion setahun. Dengan bilangan penduduk negeri Terengganu sebanyak 1.087 juta orang, MAMPAT optimis sekiranya duit Royalti tersebut dikendalikan dengan baik, maka kedudukan Terengganu sebagai negeri termiskin di Semenanjung pasti akan berubah. Yang penting, rakyat Terengganu akan mendapat manfaat. Oleh itu MAMPAT merasakan perlu untuk diadakan satu konvensyen bagi mendapatkan gambaran yang tepat mengenai kedudukan sebenar Royalti kepada Rakyat Terengganu dan akan membawa isu ini kepada Perdana Menteri agar dipertimbangkan hasrat rakyat Terengganu untuk mengembalikan Hak dan Maruah kami.

Updates

May 27, 2008

Seeing this much energy behind the movement makes me think back to when we first started talking about the royalty rights and I honestly did not expect it to gain this much traction so fast. It is just wild to see people finally coming together like this because the reality of our situation in Terengganu feels so heavy and pressing lately. We have to keep this pressure up since the momentum is actually starting to feel real for once.

Reached 100 supporters

May 27, 2008

6 Comments

A
Azman Turner
18 years ago Featured

Duit tu hak rakyat Terengganu. Kenapa nak tukar jadi duit ihsan pulak? Kembalikan royalti kami segera.

S
Siti Delgado
18 years ago Featured

Dah lama tunggu hal ni selesai. Harap lepas ni pembangunan negeri makin maju dan rakyat pun senang.

I
Irfan Stewart
18 years ago Featured

Setuju! Tolong la perjuangkan sampai dapat. Cukup cukup la main tarik tali pasal royalti ni.

R
Razak Carter
18 years ago Featured

RM 20 billion tu banyak gila. Kalau dapat balik boleh buat mcm2 untuk orang ganu. jgn la buat rakyat mcm ni.

F
Farah Medina
18 years ago Featured

Kembalikan apa yang sepatutnya. Maruah rakyat negeri ni kena jaga.

Z
Zul Meyer
18 years ago Featured

Sokong MAMPAT. Moga dipermudahkan urusan nak tuntut balik hak kita semua.