HAMBA ALLAH 0

Petisyen untuk Mengekalkan Jawatan

23 people have signed this petition. Add your name now!
HAMBA ALLAH 0 Comments
23 people have signed. Add your voice!
46%
Maxine K. signed just now
Adam B. signed just now

Petisyen untuk Mengekalkan Imam Tua Masjid Sultan Yahya Petra Machang – Wan Mohd Fikri

Petisyen ini dibuat untuk memohon pihak Majlis Agama Islam Kelantan, MAIK untuk mengekalkan jawatan Imam Tua Masjid Sultan Yahya Petra Machang, Wan Mohd Fikri. Hal ini berikutan, beliau telah dipanggil oleh Imam Besar secara mengejut berikutan surat yang diterima oleh pihak MAIK pada beberapa minggu lepas

Kami jemaah/masyarakat di Machang mengaspirasikan petisyen ini untuk membuat bantahan, tidak bersetuju atau menolak sekiranya jawatan Imam Tua – Wan Mohd Fikri tidak dikekalkan berdasarkan kepada justifikasi berikut:

  • Masih banyak perancangan/pembaharuan untuk Masjid yang tidak terlaksana lagi; berikutan beliau disini berkhidmat tidak melebihi 1 tahun
  • Penglibatan dan pencapaian beliau bersama Imam Muda telah banyak memberi impak positif kepada masjid (bantuan fakir miskin, bantuan bencana, dll)
  • Antara isu-isu yang timbul adalah seperti berikut:

Isu 1: Katering – Pihak AJK Masjid Sultan Yahya Petra Machang telahpun membuat kata putus di dalam mesyuarat, namun sebahagian katerer tidak mematuhi dan memenuhi piawaian (servis dan kualiti) yang telah diputuskan dalam mesyuarat.

Isu 2: Jumlah Wang Pemberian kepada Imam Tarawikh – Imam Tua, Imam Muda bersama dengan AJK dan sukarelawan Masjid Sultan Yahya Petra Machang telah putuskan jumlah tersebut dalam mesyuarat AJK Induk kali pertama dan ini telah diperkuatkan lagi dengan Mesyuarat Khas kali ke-2 yang mana pihak Masjid Sultan Yahya Petra Machang telah menjemput wakil MAIK untuk menghadiri mesyuarat tersebut.

Isu 3: Imam Tua & Imam Muda telah mengenakan bayaran bagi kelas pengajian di masjid – Ianya adalah satu tomahan yang tidak benar sekali kerana ia merupakan hanya saguhati yang diberi secara sukarela oleh jemaah yang menyertai pengajian tersebut.

Semua ini demi membangunkan lagi Masjid Sultan Yahya Petra Machang dan ianya adalah untuk masa hadapan MSYP yang lebih cerah bagi mengekalkan reputasi baik sebagai sebuah Masjid Daerah Terbaik. Seterusnya, dengan kepimpinan anak muda seperti Imam Tua dan Imam Muda sekarang dapat menarik lebih ramai generasi muda ke masjid sekali gus ianya dapat terus diimarahkan. Kami berharap pihak MAIK mendengar rintihan dan rayuan kami dan memberi kerjasama untuk mengekalkan jawatan Imam Tua Masjid Sultan Yahya Petra Machang – Wan Mohd Fikri.

Share for Success

Comment

23

Signatures