Penggunaan Fasiliti SKDBR untuk aktiviti tambahan bola sepak / karate pada hari sabtu telah berjalan selama bertahun - tahun. Baru -baru ini kami tidak lagi di benarkan menggunakan fasiliti SKDBR tanpa ada alasan yang kukuh
Di sebabkan hal ini, para pelajar tidak dapat berlatih akibat tiada tempat latihan yang sesuai. Jadi kami para ibu bapa , coach membuat petisyen bagi pihak sekolah untuk membenarkan semula penggunaan fasiliti sekolah ini
Melalui program ini telah banyak membentuk pelajar pelajar ya g hebat bermain bola sepak sehinggakan peringkat MSSD dengan coaching yang baik dari pihak profesional.
Di harap melalui usulan ini, pihak sekolah dapat membenarkan semula penggunaan fasiliti sekolah bagi aktiviti hari sabtu seperti yang di adakan sebelum ini
Kami harap pihak sekolah SKDBR dapat meluluskan permohonan usul kami untuk menggunakan padang sekolah pada setiap minggu. Seperti kita maklum,anak-anak jugak perlu diberi pendedahan tentang kepentingan sukan selain dari pembelajaran yang mana setiap sekolah jugak telah menerapkan aktiviti kokurikulum adalah perkara wajib untuk setiap pelajar. Justeru, kami berharap pihak sekolah dapat memberi peluang kepada anak-anak untuk menggunakan padang sekolah pada setiap hari Sabtu. Kami ibu bapa juga akan memastikan pelajar yang terlibat hanya akan terus ke padang sahaja tanpa merayau-rayau di kawasan sekita sekolah