Memohon pengisytiharan 2 Mei sebagai HARI OPERATOR JENTERA BERAT MALAYSIA
PERKREMA Malaysia 0

Memohon pengisytiharan 2 Mei sebagai HARI OPERATOR JENTERA BERAT MALAYSIA

180 people have signed this petition. Add your name now!
PERKREMA Malaysia 0 Comments
180 people have signed. Add your voice!
2%
Maxine K. signed just now
Adam B. signed just now

Petisyen ini adalah bertujuan memohon Kerajaan Malaysia untuk mengiktiraf dan mengisytihar 2 Mei sebagai HARI OPERATOR JENTERA BERAT MALAYSIA.



Pengiktirafan ini sangat penting dalam usaha membuka mata kepentingan kerjaya operator jentera berat yang menjadi nadi kepada pembangunan industri pembinaan negara. Melalui pengisytiharan ini juga, kami operator jentera berat tidak meminta supaya diberikan cuti tetapi memadailah dengan jasa dan keringat kami selama ini dihargai dan sumbangan kami kepada industri pembinaan negara dipandang serius dan profesional.



Ini juga merupakan langkah mempromosikan kerjaya pengendalian jentera berat khususnya dan kerjaya dalam industri pembinaan amnya kepada belia-belia Malaysia yang mana kerjaya 3D (Dirty, Dangerous & Difficult) ini bukan sahaja memberikan gaji yang lumayan bahkan ini merupakan salah satu cara untuk mengurangkan pengangguran dan secara tidak langsung membantu menjana pertumbuhan ekonomi negara yang kita cintai ini.



Semoga dengan pengiktirafan ini akan memberikan lebih momentum buat operator jentera berat Malaysia bagi membantu memacu pertumbuhan negara sejajar dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Amin.

Share for Success

Comment

180

Signatures