Skip to main content

The office of the Member of Parliament for Kubang Pasu has formally declared their support for the amendments to RUU 355. This confirms that our collective position is reflected in the official stance of our representative. We shall remain observant as the legislative process continues to move forward.

January 9, 2017

Menyokong MP Kubang Pasu untuk Menyokong RUU 355

Menyokong MP Kubang Pasu untuk Menyokong RUU 355

🏆 Won — 120 supporters Verified

Final supporters

S
Shamira B.
S
shahirah b.
N
Noor s.
M
mansor s.
M
MOHAMMAD M.
S
Someone
A
Ahmad S.
N
Nur A.
H
Hashimah b.
P
Puteri n.
+110 more
SF
Started by Siti Fatima 9 years, 11 months ago

MEMORANDUM

YB Dato' Wira Mohd Johari bin Baharum Ahli Parlimen Kubang Pasu,

PETISYEN SOKONGAN

Terhadap Usul Pindaan Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (RUU 355)

Kami penduduk dan pengundi di kawasan Parlimen Kubang Pasu seperti penandatangan di dalam petisyen yang dilampirkan menyokong penuh usul pindaan yang dibawa oleh YB Marang di Parlimen bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (RUU 355) sebagai inisiatif memperkasakan sistem mahkamah Islam di negara kita.

Ini selaras dengan titah saranan Yang DiPertuan Agong ketika ucapan pembukaan Parlimen sesi yang lalu yang mahu melihat mahkamah syariah diperkasakan. Di kala ini, taraf institusi itu adalah lebih rendah daripada Mahkamah Seksyen, sedangkan Islam diperakui dalam perlembagaan sebagai agama persekutuan. Justeru itu, taraf Mahkamah Syariah mestilah dipertingkatkan.

Kami juga menginsafi akan peningkatan gejala sosial yang semakin serius yang melibatkan keruntuhan akhlak di kalangan masyarakat Islam di negara ini. Kes-kes seperti penzinaan, anak luar nikah dan arak berlaku dalam kadar yang membimbangkan dan boleh meruntuhkan masyarakat. Peruntukan kuasa di bawah mahkamah syariah pada waktu ini terlalu lemah untuk membendung gejala-gejala ini. Sekiranya masyarakat Islam yang merangkumi lebih 60% populasi negara lemah dan runtuh, maka masa depan Malaysia tidak lagi terjamin.

Kejayaan usul pindaan di Parlimen ini memerlukan sokongan semua ahli parlimen Islam. Maka kami menyeru/ mendesak YB untuk memainkan peranan penting di dalam memberikan undian menyokong usul pindaan yang akan dibuat di parlimen sebagai usaha kaukus undi ahli-ahli parlimen Muslim.

Sebagai penduduk dan pengundi di kawasan parlimen YB, kami menjadi saksi terhadap undian YB di parlimen yang akan menjadi penentu kepada dorongan undian kami pada PRU ke 14 nanti.

Yang benar,

Penandatangan seperti dilampirkan.

Updates

October 11, 2016

The feedback I have received from residents in the constituency highlights a growing concern regarding the current capacity of our Syariah courts. I am currently preparing the documentation to present these signatures formally to the office of our Member of Parliament. Further updates will follow once the submission process concludes.

October 11, 2016

The momentum generated by this petition demonstrates a clear commitment to the strengthening of our Islamic institutions. It is encouraging to observe such a unified response from the constituents of Kubang Pasu. We are now preparing the next steps to ensure these concerns reach the appropriate representatives.

Reached 100 supporters

October 11, 2016

77 Comments

Z
Zaiton Chopra
9 years ago Featured

Demi masa depan anak cucu kita. Sokong RUU355 demi agma dan bangsa.

H
Hamzah Dunn
9 years ago Featured

Tolong la Dato bagi sokongan penuh. Kami pengundi Kubang Pasu nak tgk Mahkamah Syariah dpt kuasa lebih sikit. Jgn kecewakan kami.

A
Ahmad Fauzi Zainal Abidin
9 years ago Featured

Menyokong sepenuhnya pemerkasaan undang undang syariah dan kuasa mahkamah syariah di Malaysia.

A
Anonymous
9 years ago Featured

Saya dan keluarga menetap di Suasana Permai, Jitra dan kami menyokong RUU. Tiada undi dari kami kepada penentang pemerkasaan Mahkamah Syariah.

T
Tanah Jawi
9 years ago Featured

Saya Sokong Pindaan RUU355 Semoga Dato Wira Mohd Johari Baharom menyokong Usul pindaan yang dibawa oleh YB Marang... Semoga Allah merahmati Dato serta semua yang menyokong Pindaan RUU355..

S
Siti Fatima · petition starter
9 years ago Featured

#sokong ruu 355 untuk lebih perlindungan dr jenayah Hanya penjenayah x sokong ruu 355

S
shahirah binti mohd shukri
9 years ago

takbir

M
mansor sulong
9 years ago

saya sokong RUU 355 dengan sepenuh & seikhlas hati