Mat Umno Kuala Lumpur 0

Desakan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak Berundur Serta Meletak Jawatan Sebagai Jawatan Perdana Menteri Malaysia, Menteri Kewangan & Presiden UMNO

196 people have signed this petition. Add your name now!
Mat Umno Kuala Lumpur 0 Comments
196 people have signed. Add your voice!
20%
Maxine K. signed just now
Adam B. signed just now

Faktor Kenapa Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak Perlu Berundur Serta Meletak Jawatan:

1. Prestasi sokongan undi Perlimen kepada BN merosot. Di PRU 12, BN meraih 140 kerusi parlimen TETAPI di PRU 13, BN hanya Cuma dapat 133 kerusi parlimen.

2. Prestasi sokongan undi DUN kepada BN merosot. Di PRU 12, BN meraih 307 kerusi dewan undangan negeri TETAPI di PRU 13, BN hanya Cuma dapat 275 kerusi dewan undangan negeri.

3. Kegagalan untuk memberi penjelasan kenapa pesawat MH370 masih belum dijumpai sedangkan Datuk Hishamuddin pernah mengatakan bahawa 99% boleh dijumpai.

4. Kegagalan radar pertahanan untuk mengesan dan pantau "objek" yang tidak dikenali apabila masuk didalam ruang udara Malaysia. Ini merupakan sistem amaran awal keselamatan negara. Jika sistem sedemikian gagal mengesan pesawat yang keluar masuk Malaysia, bagaimana tahap keselamatan Malaysia dari anasir luaran?

5. Masalah banjir yang semakin serius gagal didselesaikan dan gagal menyediakan kertas kerja dan perancangan untuk membenteras masalah banjir yang bakal akan datang. Apa yang dijanjikan untuk mangsa banjir masih belum dilunaskan oleh kerajaan. Najib lebih kepada "lip servis" daripada penyelesai masalah.

6. Pengekuatkuasaan GST yang lemah dan tidak teratur. Soalan yang tidak dijawab ialah bagaimana Perdana Menteri dan juga sebagai Menteri kewangan boleh memberi jaminan bahawa hasil GST yang dikutip tidak akan diseleweng atau digunakan untuk pembagunan negara dan rakyat?

7. Kemana hasil penjimatan subsidi minyak sebanyak RM20 billion ini disalurkan oleh kerajaan? Harga minyak yang sangat tinggi berbanding harga minyak mentah dipasaran. Apakah kerajaan masih mahu menipu trakyat?

8. Gagal menjaga keamanan dan hak pengundi majority apabila membenarkan pihak minority mengadakan demonstrasi jalanan yang hanya memburukkan imej negara.

9. Gagal menjaga dan membenteras pembalakan haram di Malaysia. Malaysia kini adalah negara yang paling cepat memotong atau menebang kayu balak di Dunia.

10. Gagal membawa kembali Alvin Tan dan Ali Abd Jalil kembali ke Malaysia untuk perbicaraan yangmana mereka telah memalukan Malaysia, Islam dan Melayu.

11. Gagal menyatukan ahli didalam UMNO dan ahli didalam komponen BN.

12. Gagal mengembalikan Selangor kepada BN di PRU.

13. Gagal membuang ahli UMNO yang berkontraversi seperti Ketua Wanita UMNO, Datuk Sharizat yang mana terkenal kerana penyelewengan dana NFC.

14. Sebagi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, Datuk Seri Najib gagal menjawab atau memberi penerangan mengenai isu 1MDB.

15. Siapa Low Taek Jho aka "Jlow" dan peranan apa yang dimainkan berhubung urusniaga 1MDB?

16. Berapa persen komisen yang diterima oleh Jlow untuk membawa "pelabur" untuk melabur didalam 1MDB?

17. Kenapa bond pertama yang dikeluarkan oleh 1MDB sebanyak RM5 billion dilakukan secara rahsia? Siapa pemilik bond tersebut?

18. Kenapa bond tersebut tidak di tawarkan kepada Kumpulan Simpanan Pekerja?

19. Siapakah PetroSaudi? Apakah tujuan utama JV bersama PetroSaudi?

20. Apabila kerjasama JV bersama PetroSaudi dibatalkan, kenapa
1MDB boleh terima "debt: papers" RM 4.4 billion sebagai pembayaran modal 1MDB?

21. Adakah transaksi ini hanya sekadar untuk memberi pinjaman kepada PetroSaudi tanpa sebarang
"bunga"?

22. Kenapa 1MDB menaikkan pinjaman dari RM4.4 billion ke RM5.71 billion kepada PetroSaudi? Apakah la langkah strategic ini bakal membuahkan keuntungan?

23. Jika dana kepada PetroSaudi sudah
dikembalikan, kenapa perlu menyimpan dana tersebut diluar Malaysia?

24. Kenapa bertindak secara terburu-buru untuk membeli penjana kuasa elektrik bebas daripada T. Ananda Krishnan dan Genting lebih dari harga pasaran dan konsesi yang ada akan tamat pada Februari 2016? Apakah justifikasi tindakan strategic tersebut?

25. Kenapa perlu membawa rakan perniagaan asing (bukan Malaysia) untuk membangunkan projek Tun Razak Exchange dan pembangunan Sg Besi airport?

26. Siapa yang bertanggungjawab didalam pengurusan dan kelulusan 1MDB?

27. Kenapa perlu simpan duit yang bukan dari Cayman Islands dan tidak diguna untuk bayar faedah dua billion. Kenapa kerajaan membuat standing credit sebanyak 900 million. Jika duit ini disimpan di Singapura, kenapa
Swiss Bank di Singapura menolak dakwaan ini?

28. Kegagalan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk memulihkan pengurusan syarikat penerbangan MAS. dengan memburukkan lagi keadaan
kewangan MAS apabila membenarkan pemindahan saham syarikat diatantara MAS dan Air Asia.

29. Ada syarikat dan kepakaran tempatan yang mampu memulihkan MAS tanpa membuang pekerja tetapi tidak diendahkan, sebaliknya membenarkan Khazanah mengambil pekerja luar yang bergaji lebih tinggi dan menyimpan kroni Air Aisa seperti mantan CEO MAS iaitu Ahmad jauhari sebagai ahli lembaga pengarah.

30. Membernarkan CEO MAS baru, En Mueller untuk menjual harta syarikat penerbangan MAS unutk menunjukkan kepada rakyat bahawa MAS memperolehi keuntungan. Ini adalah satu tindakan penipuan dan tidak memberi kesan positif panjang kepada MAS. Tindakan sama pernah dilakukan oleh Idris Jalal.

31. Gagal melaksanakan projek "Jambatan Bengkok" kerana TAKUK dengan Singapura.

32. Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak adalah liabiliti tinggi untuk kerajaan dan rakyat Malaysia kerana mempunyai terlalu banyak "skandal" yang mana adalah titik lemah sebagai pemimpin. Kelemahan yang paling ketara ialah beliau gagal untuk memisahkan urusan keluarga dan negara.

33. Kegagalan sebagai suami dan ketua keluarganya sendiri ketara apabila Rosmah Mansur dilihat sebagai "power house" didalam keluarga PM.

34. PM perlu sedar bahawa rakyat bukan dilahirkan mewah seperti beliau dan kehidupan serta undi rakyat lah yang memberi PM amanah.

35. Kegagalan PM untuk memantau keharmonian diatara kaum juga menimbulkan tanda tanya.

36. kegagalan Najib untuk menjawab dakwaan Wall Street Journal tentang kemasukan wang berjumlah USD700 million kedalam akaun peribadi Najib di Ambank.

37. Kegagalan Najib untuk memantau prestasi Ringgit yang mana Ringgit berada di paras yang paling teruk dalam sejarah Malaysia. Dalam masa 16 tahun, Ringgit berada ditahap yang paling lemah.

38. Najib gagal berlaku tulus dalam isu 1MDB sedanglan dalam isu MARA, segala tindakan diambil dengan cepat bagi memastikan siasatan yang tulus dan adil. Semua ahli lembaga pengarah dan CEO MARA telah dihentikan bagi memberi laluan untuk siasatan terbuka.

39. Adakah 1MDB berani menghentikan operasi mereka atau menggantung mereka yang disyaki terlibat untuk memberi laluan kepada badan-badan siasatan untuk menjalankan tugas merek?

40. Najib sentiasa menyalahkan pihak lain seperti Tun Dr. Mahathir, Tony Pua dan NGO lain sebagai dalang untuk menjatuhkan beliau. Apakah jenis pemimpin yang tidak mahu bertanggunjawab keatas kesalahan mereka?

Sikap Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang hanya berdiam diri dan tidak mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang memburukkan serta memfitnah kerajaan Malaysia dilihat sebagai satu sifat kelemahan beliau.

Tindakan beliau yang hanya mahukan ahli UMNO menyokong beliau adalah tidak betul dan tidak berfaedah. Keyakinan pengundi dan rakyat terhadap kepimpinan beliau yang perlu dipulihkan.

Ternyata Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah gagal didalam menjalankan tugasnya yang sepatutnya mempertahan dan menjaga hak rakyat Malaysia. Jika benar Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak adalah "Perdana Menteri" untuk rakyat Malaysia dan sayangkan UMNO, maka adalah bijak untuk beliau berundur atau meletak jawatan demi kesejahteraan UMNO, BN dan negara Malaysia.

Dengan petisyen ini, Datuk Seri Najib Tun Abdul perlu mengambil iktibar dan sedar bahawa sokongan yang beliau terima daripada dalam UMNO atau BN adalah hanya palsu. Demi kebaikan negara,ugama dan rakyat, kami memohon Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berundur atau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Presiden UMNO dan Pengerusi BN.

Sekian, Terima Kasih.

Mat UMNO.

Share for Success

Comment

196

Signatures