Save Taman Desa 0

Penduduk Kuala Lumpur #BantahTarifParkirNaik!

11535 people have signed this petition. Add your name now!
Save Taman Desa 0 Comments
11535 people have signed. Add your voice!
58%
Maxine K. signed just now
Adam B. signed just now

Petisyen Membantah Kenaikan Tarif Parkir dan Penswastaan Parkir di Kuala Lumpur





YB Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor

Menteri Wilayah Persekutuan,

DBKL. Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur


YB Datuk Seri,


Bantahan Terhadap Kenaikan Tarif Parkir dan Penswastaan Parkir di Kuala Lumpur

Merujuk kepada perkara di atas, kami, penduduk Kuala Lumpur bersama dengan Ahli-Ahli Parlimen daripada KEADILAN, DAP dan Amanah ingin menyuarakan bantahan kami terhadap kenaikan tarif parkir dan penswastaan sistem parkir di Kuala Lumpur.

2. Walaupun YB Datuk Seri telah menurunkan kadar tariff parkir selepas bantahan daripada penduduk di Kuala Lumpur, tetapi pihak kami masih tetap dengan pendirian tidak bersetuju dengan kenaikan kadar tarif dan penswastaan parkir.

3. Berikut merupakan pendirian kami terhadap isu tersebut:

i) Objektif Kenaikan Kadar Parkir Adalah Tidak Jelas

Kenaikan kadar parkir adalah untuk mengurangkan kesesakan pusat bandar serta menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

Kajian daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menunjukkan penggunaan pengangkutan awam pada 2013 meningkat 1.2 peratus kepada 20.8 peratus berbanding 19.6 peratus pada 2012. Jumlah perjalanan pada waktu puncak sebelah pagi juga meningkat 9 peratus kepada 5.7 juta perjalanan, dengan 827,000 pengguna setiap hari.

Namun, pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan Lembah Klang masih tidak memuaskan sehingga menyebabkan mereka terpaksa memandu kereta untuk bekerja di Kuala Lumpur.

Keputusan DBKL tidak mengambil kira faktor trafik di Kuala Lumpur juga jelas bercanggah dengan objektif kerajaan untuk mengurangkan kereta untuk masuk ke pusat bandar.


ii) Tempoh Masa Pengutipan Parkir Terlalu Panjang

Waktu dan hari pengutipan parkir dalam sistem baru tersebut menunjukkan caj bayaran bermula pada 7.30 pagi sehingga 6 petang. Bahkan, pengguna kenderaan juga dicaj untuk bayaran parkir pada Hari Sabtu di mana DBKL dan perkhidmatan awam tidak bekerja. Pengutipan parkir untuk tempoh yang panjang ini dilihat sebagai eksploitasi terhadap rakyat dan penduduk Kuala Lumpur yang telahpun mempunyai bebanan inflasi.


iii) Sistem Mesin Bayaran Parkir yang Menyulitkan Pengguna

Mesin bayaran parkir dalam sistem baru ini hanya menerima syiling dan kad Touch n Go. Kami terima aduan di mana terdapat kad Touch n Go pengguna yang rosak ketika dalam proses bayaran.


iv) Penswastaan Parkir DBKL yang Merugikan Penduduk

Kami membantah penswastaan sistem parkir di Kuala Lumpur kepada Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) dan DBKL. Hanya 30% daripada jumlah kutipan parkir diberikan kepada DBKL. Selebihnya diberikan kepada YWP. YWP bukan agensi kerajaan tetapi NGO yang diketuai oleh YB Menteri dan juga pemimpin UMNO dan BN di Wilayah Persekutuan. YWP merupakan sebuah yayasan dan tidak mempunyai sistem audit serta boleh menjurus kepada persoalan salah urus tadbir keuntungan yang diperolehi serta rakyat akan membantah pendekatan kronisme yang dilakukan oleh pihak DBKL.


Justeru itu, kami, penduduk Kuala Lumpur bersama dengan Ahli-Ahli Parlimen daripada DAP, KEADILAN dan Amanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sekali lagi bertegas menyuarakan bantahan kami terhadap kenaikan parkir lebih-lebih lagi disaat rakyat Malaysia dibebankan dengan kos sara hidup yang tinggi dan kemungkinan negara dilanda inflasi.

Kami mendesak Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL menghentikan kenaikan tariff parkir dan penswastaan sistem parkir baru di Kuala Lumpur.

4. Pihak kami juga turut menerima respon daripada orang awam yang rata-rata tidak bersetuju dengan kenaikan tarif dan penswastaan sistem parkir di link berikut :

http://www.ipetitions.com/petition/bantahtarifpark...

Sekian, terima kasih.


Disokong oleh:

Penduduk Kuala Lumpur yang menandatangani petition ini.

Bersama:

YB Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Lembah Pantai, KEADILAN)
YB Tan Kok Wai (Ahli Parlimen Cheras, DAP)
YB Dr Hatta Ramli (Ahli Parlimen Kuala Krai, Amanah)
YB Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh, DAP)
YB Tan Kee Kwong (Ahli Parlimen Wangsa Maju, KEADILAN)
YB Fong Kui Lun (Ahli Parlimen Bukit Bintang, DAP)

YB Dr Tan Seng Giaw (Ahli Parlimen Kepong, DAP)
YB Chua Tian Chang (Ahli Parlimen Batu, KEADILAN)

YB Lim Lip Eng (Ahli Parlimen Segambut, DAP)

Share for Success

Comment

11535

Signatures