TM Harus Tawarkan Perkhidmatan UniFi untuk Cameron Highlands 要求TM金马伦提供UniFi服务
Kita sebagai penduduk tempatan Cameron Highlands kini menyeru Telekom Malaysia (TM) untuk menawarkan perkhidmatan UniFi kepada kita.
Ramai pengguna internet di Cameron Highlands hanya diberi satu pilihan daripada TM iaitu Streamyx. Sudah banyak tahun kita mengadu tentang ketidakadilan yang berlaku ini kerana kelajuan Streamyx adalah amat rendah manakala kos amat tinggi jika berbanding dengan perkhidmatan UniFi. Kelajuan internet yang tinggi dan berkualiti akan membantu meningkatkan produktiviti dan menambah baik komunikasi dalam setiap hari atau perniagaan di Cameron Highlands yang merupakan destinasi pelancongan yang amat popular di Malaysia.
Selaras dengan initiatif kerajaan dalam meningkatkan kelajuan dan kualiti internet di seluruh negara, kita sebagai pelanggan TM sekali lagi menyeru TM agar menawarkan perkhidmatan UniFi di Cameron Highlands.
Comment