Skip to main content

Tidak Bersetuju di atas Penambahan Penghuni dalam Bilik/Rumah Pelajar di Kolej Kediaman Taman Bendahara Dan Sri Kemumin

901 Comments

M
MUHAMMAD SYAMIL BIN OTHMAN
6 years ago

Don't agree

A
Akak
6 years ago

BOIKOT PENAMBAHAN BILANGAN 5 ORANG SEBILIK!

D
Darshini Ravintharan
6 years ago

Bilik akan menjadi sempit dan tidak selesa

S
Shanmugee Kunasaigaran
6 years ago

Saya sangat setuju sebab bilik saya (blog 4 A1 B16) ada 2 orangnya.

A
Anonymous
6 years ago

ade otak pikir da bayar mhl kut pastu nk dok mcm reban lgi ker .. xsetuju umk

S
Sita Dewi
6 years ago

Sebab ruang dalam bilik sempit

A
Anonymous
6 years ago

Kami manusia bukan Sardin...jangan jadikan kami macam Binatang yang nak sumbatkan ramai ramai dalam 1 bilik..4 orang pun dah cukup sempit ini pula nak tambah sorang lagi.. Apa guna yuran mahal tapi dapat bilik dengan rating -10 bintang... Kami ingin merasai pengalaman U mcm U lain bukan mcm sekolah menegah berasrama.. TOLONG JAGA KEBAJIKAN PELAJAR KAMU..

Z
ziq
6 years ago

bilik yg disediakan sgt tidak bersesuaian dgn bayaran yg dikenakan sedangkan univ lain byk yg menyediakan 1 bilik utk 2 org

N
Noredah Seradi
6 years ago

Tidak bersetuju sebab tidak selesa, sempit dan ruang akan sempit. Selain itu, isu keselamatan juga akan berlalu jika ada apa-apa berlaku seperti kebakaran.

N
Nabila Ashiqin
6 years ago

Saya tidak setuju dengan perubahan yang ingin dilakukan di bilik pelajar

A
Anonymous
6 years ago

Ruang asrama padat,perlu ruang solat dalam bilik asrama jika pelajar rushing untuk ke kelas dan tidak sempat untuk ke surau

M
Mohamad Nafizal Bin Zaini
6 years ago

Ruang dah tak muat...Beg Bagasi Pon Tidak Tahu Nak Letak Dekat Mana...inikan pula nak tambah katil lagi satu...tak tahu nak bayang macam mne...

Q
Qiena
6 years ago Featured

4 org sbilik pun sempit, ni nk tambah lagi sorang. brg2 nk ltk mana? ni tambah lagi satu masalah, masalah lain x settle2 lagi. xpe kitorang dh biasa jadi tikus makmal. kitorang dtg nk bljr dgn selesa. tolong la selesaikan masalah yg ada ni dgn segera.

A
ahmad
6 years ago

Tidak setuju !!!!!!!!!!!!

Y
Yasmin Zulaikha
6 years ago

Maaf saya sangat tidak bersetuju dengan keputusan tuan/puan untuk menambah lagi seorang ahli dalam bilik di blok 2 dan 7 . Kami semua tertekan dengan masalah yang sebelum ini seperti masalah ketiadaan air/air kuning , jadual perjalananan bas ke bachok yang tidak teratur , almari rosak , ruang bilik yang sempit , kos yuran penginapan yang mahal , suis sentiasa shocked , ditambah pula dengan masalah penambahan ahli daripada empat orang kepada lima orang ? . Huh sangat tidak relevan . Bagaimana pula dengan ruang untuk kami solat ? Adakah setiap hari , setiap kali waktu solat kami terpaksa berlari 100 - 200 meter macam main sukan tahunan kat sekolah untuk turun ke surau ? Bagaimana dengan kami yang duduk di aras 3 yang terpaksa naik turun tangga seperti naik turun bangku semasa di zaman sekolah terpaksa melakukan hal ini setiap masa ? Yang baru habis kelas ? Buatnya jadual dia terlampau pack macam jadual saya sampai otak rasa nak meletop macam gunung berapi dengan penatnya dah macam orang semput yang kena pakai inhaler setiap hari tu nak kejar waktu solat ? Kalau sehari dua In shaa Allah boleh . Kalau sampai habis sem 1 macam tu agaknya kaki dia dua dua tercabut . Udoh kena beli kaki palsu kome ooii . Eyy keluo bahasa perak temann . Ate teman marah bebeno ni . Eh takde la takde la bagi pandangan je apa yang terpalit dalam hati bila pihak atasan nak tambah sorang ahli dalam bilik kami . Kami tak rela

A
Anonymous
6 years ago

Sy sangat tidak bersetuju kerana pertambahan ahli akn mnybbkn rungan mnjd lbih sempit dan tidak selesa. Tambahan pula , dengan ruangan kami 4 orang sudah pun dipenuhi dgn barangan2 kami yg trpksa diletakkan diluar loker kerana loker yg kecil. Selain itu, penggunaan tandas juga terhad kerana byk tandas yg tak dapat brfungsi dgn baik dan penggunaan air juga terhad apabila ramai menggunakannya secara serentak.

A
Akmal
6 years ago

Tak bersetuju sebab 4 orang satu bilik pun dah rasa sempit.Dengan kipasnya yang perlahan dan tak selesa.Ini kan pula nak tambah lagi perabot.

L
Latha Ayyakannu
6 years ago

Saye tidak setuju dengan cadangan yang dinyatakan... Disebabkan pertambahan ahli dlm bilik memberi tidak keselesaan... 4 org pon dah sempit nak tambah lagi seorg bertambahlaa sempit.... Bertambah panas bilik kalau tambah seorg lagi... 4 org pon rasa susah nak belajar if tambah seorg lagii, Confrim xde mood nak belajar... Harap agar isu ini dipertimbangkan semula...

M
Mohamad Mursyid Bin Md Yusof
6 years ago

BANTAH !!!!!

A
Adib Azim
6 years ago

Mcm mana boleh masuk 5 org sedangkan satu bilik hanya boleh memuatkan untuk 4 org sahaja?macam2 kemungkinan boleh berlaku jika satu bilik memuatkan 5 orang..boleh saya tahu tujuan memuatkan satu bilik dari 4 kepada 5 orang?