Skip to main content

Tidak Bersetuju di atas Penambahan Penghuni dalam Bilik/Rumah Pelajar di Kolej Kediaman Taman Bendahara Dan Sri Kemumin

901 Comments

N
Nurelissa binti Elias
6 years ago

Saya tak bersetuju, kerana ruang yg ada pon sudah cukup sempat apatah lagi untuk tambah lagi 1 katil.

F
farhana
6 years ago

Tak setuju!

A
Anonymous
6 years ago

Hal ini tidak sesuai digunapakai kerana ini akan menyebabkan suasana yang tidak selesa kepada semua penghuni bilik tersebut . Seharusnya , alternatif lain perlu dicari selain daripada meletakkan lima orang dalam satu bilik. Think wisely.

N
NUR AISYAH BINTI OMAR
6 years ago

Saya sangat tidak bersetuju apabila kolej UMK ingin meletakkan bilangan pelajar seramai 5 orang dalam satu bilik. Ianya amat mengecewakan bagi saya kerana saya belajar disini memerlukan keselesaan yang cukup. Bilangan 5 orang itu terlalu ramai. Hal Ini menyebabkan ruang bilik menjadi sempit seperti ruang solat, ruang untuk lalu lalang, ruang untuk belajar. Tambah pula ruang untuk meletakkan barangan sekarang seperti pakaian, baldi, bagasi, printer, papan seterika, tempat menggantung baju sembahnyang sudah cukup-cukup padat. Apatah lagi ingin menambahkan seorang lagi. Saya tidak mahu nama baik universiti jatuh disebabkan hal ini sahaja. Saya ingin mintak maaf sekiranya ada menyinggung perasaan pihak kolej. Kerana saya tidak mahu orang ramai bergaduh disebabkan hal ini sahaja. Kita disini mahukan suasana yang ceria dan aman damai. Saya harap pihak universiti pertimbangkan hal ini.

S
Syam
6 years ago

Don't add to 5 bed per room

F
Farhana
6 years ago

Tidak bersetuju untuk 5 orang satu bilik kerana terlalu padat

S
Siti nor aishah binti othman
6 years ago

Tidak sepatutnya meletakkan 5 orang dalam satu bilikk. Tolong bertimbangkan dan bubarkan balikk perkara yang telah dilakukan itu.

N
Nuratikah
6 years ago

Saya sangat tidak bersetuju dengan cadangan untuk menambahkan ahli dalam bilik yg sedia ada kerana ruang yg ada sekarang pun sudah sempit .. Apatah lagi bila ditambahkan dengan ahli yg baru ... Ia akan membuatkan kami berasa tidak selesa ... Selain tidak berpadanan dengan jumlah yuran yg telah kami bayar ... kami memerlukan keselesaan di dalam bilik, ruang untuk belajar dan ruang untuk solat ... Sila berikan layanan yg setimpal dengan jumlah yuran yg telah kami bayar ... Kami bayar yuran kolej untuk keselesaan kami ... Rm400 bukan sikit bosskurr

A
aisyah
6 years ago

ruangan untuk solat dan belajar terlalu padat

L
Lim xiang sern
6 years ago

Sila batalkan 5 orang 1bilik ,kerana tempat yang terhad dan biliknya sangat panas

L
Luqman
6 years ago

Bilik dohla hok sempit doh. Pahtu nk tamboh pulok katil sutir agi. Memang jadi sardin a. Dohla panah ketik2.

K
Khalid
6 years ago

Nope

A
Amirul Shafiq Bin Abdul Razak
6 years ago

tidak bersetuju...keluasan bilik tidak mencukupi untuk 5 org pelajar satu bilik...dan akan menyebabkan susah nk study

I
INTAN
6 years ago

Sangat tak setuju bilik untuk 5 orang student

M
Mohammad yunus bin mohd noor azni
6 years ago

Ruangan sempit

N
Nor fatiehah
6 years ago

Kami tidak bersetuju dengan perubahan katil daripada 4 bertukar menjadi 5 katil. Ini menyebabkan ruang tersebut menjadi lebih sempit dan tidak selesa bagi kami.

A
Ariff
6 years ago

taknk lima orang tak muat nk letak barang

M
Muhammad faiz bin zulkfli
6 years ago

Saya tidak setuju dengan 1 bilik 5 orang kerana ruang akan sempit, panas dan tidak selesa. Cukuplah hanya 4 orang. Jangan pentingkan keuntungan sahaja. Fikirlah keselesaan kami semua.

S
syafiqah
6 years ago

Sedara saya selalu mengadu barang hilang dan bertukar dengan kawannya..ini kalau makin bertambah penghuni dalam bilik lagi sempit dah bnyak barang membuatkan mereka tidak selesa..terima kasih

N
Nur Ayuni bt mat nor
6 years ago

Kami taknak penambahan, dahlah tempat sempit nak tambah lagi ke kesempitan. Jangan buat kami kemurunganlah. Kami nak keselesaan.