Bantahan kepada yang mencabar undang syariah

teras pengupayaan melayu
teras pengupayaan melayu
57 Signatures Goal: 100

RESOLUSI PERHIMPUNAN UMAT BERSATU MEMORANDUM BANTAHAN TERHADAP KUMPULAN YANG MENCABAR PERLAKSANAAN UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH d/a Sekretariat TERAS Pengupayaan Melayu, F1014A, Kg.Pondok, Merbok, Kedah Tel : 019-4818687/ 016-473181/ 019-4618851 Menyedari bahawa Undang-undang syariah berdasarkan rujukan sumber dalil dan nas Quran , Al Sunnah dan Ijma Ulama dan ia adalah undang-undang yang dicernakan dari perintah Allah S.W.T. dan setiap umat Islam dan pemerintah Islam yang dimandatkan dengan kuasa oleh umat Islam, wajib melaksanakan undang-undang syariah dengan sesempurna mungkin, Beriman dan menyakini serta menginsafi bahawa undang-undang syariah adalah undang-undang Allah S.W.T yang terbaik dan paling adil dan paling layak dan berkesan untuk menyelesaikan serta menangani segala masalah sosio-ekonomi politik kehidupan umat Islam khususnya dan masyarakat awam keseluruhannya, Menegaskan bahawa undang-undang syariah semada dalam urusan muamalah mahupun jenayah adalah undang-undang yang sah dan berkewajipan di kuatkuasakan oleh agensi-agensi mengikut peruntukan yang jelas dinyatakan secara tersurat seperti yang diperundangkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Mengambil perhatian bahawa hukuman sebat sudah diperuntukkan dalam Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah Syariah) 1965 (pindaan 1984).Akta itu diwujudkan menurut kuasa diberikan mengikut Perlembagaan Persekutuan dalam Jadual Kesembilan Senarai II (Senarai Negeri). Memahami kes Kartika Sari Dewi Shukarno telah dijatuhkan hukuman sabit dengan kesalahan menurut peruntukan Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan dibaca bersama Seksyen 4 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Pindaan) 1987,dan Mahkamah Syariah tersebut berbidangkuasa menjatuhkan hukuman ke atas pesalah yang melakukan kesalahan meminum minuman yang memabukkan, iaitu dengan hukuman denda tidak melebihi RM 5000 atau penjara tidak lebih 3 tahun atau disebat tidak melebihi 6 sebatan. Menegaskan lagi bahawa umat Islam berhak untuk melaksanakan serta mengembangkan undang-undang syariah seperti yang tercakup dalam undang-undang Islam yang meliputi semua aspek kehidupan umat islam. Mengambilkira bahawa perlaksanaan undang-undang syariah di Malaysia maseh memerlukan pemerkasaan yang sewajarnya dengan mempertingkatkan bidangkuasa dan kecekapan agensi-agensi Islam seperti JAKIM, Majlis Agama Islam Negeri , Jabatan Islam Negeri , Majlis Fatwa Negeri dan Majlis Fatwa Kebangsaan , Jabatan Penjara , Jabatan Peguam Negara dan Mahkamah Syariah, Menyedari wujudnya kekeliruan dikalangan masyarakat awam mengenai undang-undang syariah, Mengambil perhatian serius ujudnya kumpulan tertentu yang berusaha menimbulkan kekeliruan serta memburuk-burukkan perlaksanaan undang-undang syariah dan cuba menghapuskan undang-undang syariah di Negara ini Maka , Kami dengan tegas menyatakan pendirian kami membantah dengan keras percubaan sebuah kumpulan yang menamakan diri mereka Joint Action Group For Gender Equality (dianggotai antaranya oleh Sisters in Islam, SUARAM, Selangor Community for Community Awareness ,HAKAM) yang cuba menolak dan menghalang perlaksanaan undang-undang jenayah syariah di negara ini melalui memorandum yang dihantar kepada Perdana Menteri pada 1 hb Oktober 2009. Membantah dengan keras bahawa kumpulan ini telah menyatakan dengan terang dan biadab bahawa hukuman sebat berdasarkan undang-undang syariah seperti yang dijatuhkan ke atas Kartika bersabit kesalahan minum arak sebagai kejam dan menjejaskan imej Negara yang dianggap Negara Islam moderat. Kami juga membantah keras mereka yang berusaha dengan mengguna saluran undang-undang meminta semakan kehakiman (judicial review) dilakukan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan terhadap kes Kartika Sari Dewi Shukarno supaya perlaksanan hukum jenayah syariah seperti yang diperuntukan dalam undang-undang syariah dihalang perlaksanaannya . Kami dengan tegas membantah kenyataan beberapa pemimpin negara yang mempersoalkan wibawa dan autoriti agensi perlaksanaan undang-undang Syariah yang dengan kenyataan mereka berpendirian bahawa hukuman sebat seperti yang diperuntukan dalam Enakmen Undang-undang Jenayah Syariah tidak perlu didilaksanakan. Kenyataan mereka menjejaskan imej dan undang-undang Islam di negara ini sekaligus berimplikasi menghina Mahkamah Syariah. Dengan ini kami mendesak supaya siasatan dan tindakan diambil terhadap kumpulan yang sengaja menimbulkan kemarahan umat Islam dan mencabar kuasa agensi Islam yang diperuntukan dalam undang-undang mengenai status undang-undang Islam di negara ini sekaligus mencabar kuasa Raja-raja yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal Islam. Kami menegaskan lagi bahawa undang-undang syariah di negara ini hendaklah diperkasakan dan semua agensi-agensi yang terlibat seperti JAKIM, Jabatan Agama negeri-negeri, Jabatan Penjara, Polis, Jabatan Peguam Negara, Mahkamah Syariah dan agensi-agensi yang lain hendaklah memberi kerjasama penuh untuk merealisasikan perlaksanaan undang-undang Islam dengan sempurna di negara ini. Kami membantah dan menolak dengan keras sebarang campurtangan pihak luar semada oleh media atau mana-mana kumpulan NGO atau politik dari luar mahupun dari dalam Negara atas nama hak asasi manusia atau gender yang cuba memberi tekanan ke atas Negara khususnya agensi penguatkuasa undang-undang syariah supaya undang-undang syariah tidak dilaksanakan di Negara ini.

Sponsor

Diperakui oleh Mohd Azmi Abdul Hamid Penyelaras Kempen Pertahan undang-undang Syariah Presiden TERAS Pengupayaan Melayu 1.Amidi Manan Timbalan Preisden ABIM 2.Ust Abdul Ghani Samsudin Pengerusi SHURA 3.Prof Madya Salleh Hj. Ahmad Timbalan YDP Persatuan Ulama Malaysia 4.Hj. Zainol Rijal Setiusaha Persatuan Peguam Syarie Malaysia 5. Fadhlina bt. Siddiq Naib Presiden ABIM 6.Masadah Sajadi Pengerusi Majlis Bertindak Wanita Islam 7.Dr. Khairuddin Datuk Malik Pengerusi JAMA�IY Perak 8.Prof. dr. Wan Salim Mohd Nor Pengerusi FORUM Negeri P.Pinang 9.Dr. Abdul Rahman Ahmad Timbalan Pengerusi WEHDAH Kedah 10. Mohd Idris Mohd Yussoff Presiden GAMIS

Links

www.temanteras.wordpress.com

Comment

57

Signatures

  • 5 years ago
    qvlrrjo
    5 years ago
  • 7 years ago
    Ruztamreen Jenal Netherlands
    7 years ago
  • 8 years ago
    maryam Malaysia
    8 years ago
  • 8 years ago
    hakim miswan Malaysia
    8 years ago
  • 8 years ago
    NorRizal Osman United Kingdom
    8 years ago
  • 8 years ago
    rp165 Malaysia
    8 years ago
  • 8 years ago
    Muazamir Jili United Kingdom
    8 years ago
  • 8 years ago
    Ali Bin Yahaya Malaysia
    8 years ago
  • 8 years ago
    Ahmad Safuan Hj Ujar Malaysia
    8 years ago
  • 8 years ago
    Dr. Nazam Dzolkarnaini United Kingdom
    8 years ago
  • 8 years ago
    RUZANIFAH KOSNIN Malaysia
    8 years ago
  • 8 years ago
    Mohamad Sazali bin Samjis Malaysia
    8 years ago
  • 8 years ago
    Eshamsul Sulaiman Malaysia
    8 years ago
  • 8 years ago
    Mohd. Noor Affendy Muhamad Malaysia
    8 years ago
  • 8 years ago
    Gazali Malaysia
    8 years ago
See More