Jay Jay Denis 0

Petisyen

Show your support by signing this petition now
Jay Jay Denis 0 Comments
0 people have signed. Add your voice!
0%

A.M.A.N


ANAK MALAYSIA ANTI NUKLEAR (AMAN) merupakan suatu gerakan rakyat akar umbi yang berpendapat bahawa tenaga nuklear tidak bersih, murah, selamat ataupun diperlukan bagi tujuan penjanaan kuasa elektrik di Malaysia. Dengan itu, AMAN menentang pembinaan loji tenaga nuklear di Malaysia.


7 DASAR BANTAHAN AMAN:-


1. Loji tenaga nuklear adalah sangat mahal dan merupakan langkah ekonomi yang tidak bijak. Ini mengambil kira kos dari pembinaan, operasi, serta aspek pengurusan sisa-sisa nuclear hinggalah penyahtauliahan (penutupan) sesebuah loji itu. Jika diambil kira isu sumber uranium yang bukan sahaja berbahaya tetapi juga mahal, ternyata langkah ini adalah satu kemunduran. Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) telah menyatakan bahawa sekurang-kurangnya RM350billion diperlukan bagi proses penutupan 40 buah loji nuklear dalam 25 tahun yang akan datang.


2. Dewasa ini, bencana alam sering berlaku disebabkan perubahan iklim, loji tenaga nuklear jelas sangat terdedah kepada risiko tinggi bencana alam, seperti yang dilihat ketika peristiwa Fukushima, Jepun. Tiada jaminan loji nuklear 100% selamat daripada kesilapan operasi ataupun sabotaj mahupun ancaman pengganas. Malaysia langsung tidak bersedia untuk kejadian sebegitu, yang akan menyebabkan negara ini tidak akan dapat didiami untuk beratus tahun. Kajian juga mendapati penduduk sekitar jejari 100km daripada loji Nuklear akan berisiko mendapat barah, leukimea dan kerosakan DNA yang boleh diwarisi.


3. Tenaga Nuklear tidak pernah bersih. Setiap langkah dalam kitaran tenaga nuklear – dari perlombongan uranium, penyucian, pemprosesan, pembinaan minyak, pembinaan loji, kitar semula minyak hinggalah penyahtauliahan dan penyimpanan sisa nuklear melibatkan penghasilan kesan gas hijau, pengeluaran radioaktif dan bahan toksin yang meracuni udara, air dan tanah. Sudah terang lagi bersuluh, ancaman paling hebat terhadap kesihatan manusia berpunca daripada radiasi sisa-sisa nuklear yang akan kekal sebegitu bagi tempoh beribu-ribu tahun serta tiada kaedah untuk pelupusan kekal dan selamat.


4. Malaysia tidak perlu mendirikan loji tenaga nuklear bagi tujuan penjanaan elektrik kerana penjanaan sekarang dan yang sudah dirancang serta daripada sumber-sumber lain mencukupi. Malah, usaha perlu ditumpukan untuk Tenaga boleh diperbaharui dan juga tenaga lestari yang boleh mengurangkan sehingga 30% penggunaan elektrik. Kos untuk pembangunan kecekapan tenaga juga sangat minimum, dengan faedah yang sangat tinggi.


5. Selain daripada negara China dan India, kadar pembinaan loji tenaga nuklear sedang menjunam, dengan satu sahaja loji tenaga nuklear yang sedang didirikan di Amerika Syarikat. Di negara Jerman pula, mereka telah menggubal undang-undang sedia ada supaya tenaga nuklear dihentikan menjelang tahun 2022 dan negara Perancis juga akan berbuat demikian. Sesuatu yang tidak logik negara membangun seperti Malaysia mahu menyertai dunia nuklear, apabila negara-negara Nuklear juga sedang menarik diri dari dunia Nuklear.


6. Jika Malaysia memilih menggunakan tenaga nuklear, Malaysia akan terpaksa bergantung kepada kuasa asing bagi teknologi serta bekalan sumber nuklear. Hal ini akan mengganggu keselamatan sumber tenaga Malaysia. Fokus perlu berubah kepada Tenaga boleh diperbaharui yang boleh menggunakan sumber dalaman dan tidak bergantung kepada kuasa asing.


7. Loji nuklear juga akan menghasilkan plutonium yang boleh disalahgunakan, lalu membuka ruang untuk percambahan senjata nuklear. Hal ini secara langsung melanggar dasar Malaysia yang sudahpun menentang penggunaan senjata nuklear.


TUNTUTAN PETISYEN

Kami mendesak kerajaan supaya membatalkan rancangan EPP11: Menggunakan Tenaga Nuklear untuk Penjanaan Kuasa, yang terkandung dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP), tetapi menukar fokus kepada penjanaan kuasa melalui tenaga boleh diperbaharui (RE) serta inisiatif penjimatan dan kecekapan tenaga (EE) untuk mengurangkan penggunaan elektrik.

Share for Success

Comment

Signature

No signatures yet. Be the first one!