Alex Wong Selangor 796

PENGASINGAN PRESKRIPSI DAN DISPENSI UBAT-UBATAN. Kerajaan Malaysia tidak sewajarnya merampas hak rakyat dan pesakit untuk membuat pilihan

771 people have signed this petition. Add your name now!
Alex Wong Selangor 796 Comments
771 people have signed. Add your voice!
1%
wr Rohani signed recently
Ana Rina signed recently

Malaysia cuba untuk mencapai negara maju dalam masa 5 tahun lagi. Beberapa initiatif dilakukan untuk mencapai matlamat tersebut.

Salah satu initiatif yang bakal dilakukan adalah pemisahan pemberian ubat. Tidak lama lagi Malaysia akan mengamalkan sistem dimana klinik hanya boleh memberi selembar kertas yang tertulis senarai ubat ubatan yang perlu dibeli oleh pesakit di farmasi. Klinik swasta tidak lagi di benarkan menyimpan ubat-ubatan kecuali jenis suntikan. Semua ubat harus dibeli di farmasi.

Pada masa sekarang, seseorang pesakit akan mendapatkan rawatan secara lengkap (one stop) di klinik swasta. Pesakit akan membayar fi yang termasuk fi rundingcara dan ubatan serta prosidur dalam satu bil. Sistem ini telah diamalkan dari zaman British dan selama ia berfungsi. Sistem ini memberi kesan yang baik bagi penjagaan kesihatan yang menyeluruh. Bukan itu saja, kos yang di tanggung oleh pesakit juga sangat minimal. Rata-rata doktor tidak mengenakan caj rundingcara kerana caj akan bergantung kepada jenis ubat yang diberi.

Cadangan untuk memisahkan pemberian ubat ini telah diutarakan oleh kumpulan ahli farmasi yang merasakan bahawa mereka harus “mengambil balik” hak mereka sebagai bagi pemberi ubat. Walaupun pada hakikatnya ia kelihatan ideal, sistem ini akan pasti memberikan banyak komplikasi.

Bayangkan anda sakit tenat dan perlu berjumpa doktor. Anda ke klinik dan mendapatkan khidmat rundingcara untuk mengetahui punca penyakit. Doktor tersebut mengidentifikasi masalah anda dan beliau memberi priskripsi. Kemudian anda harus mencari farmasi untuk membeli ubat yang telah dicadangkan . Mungkin ia bukan masalah yang besar sekiranya ia berlaku disiang hari dengan cuaca yang baik. Itu pun kalau anda mempunyai teman yang boleh membantu. Tapi bayangkan sakit anda berlaku di waktu malam dan dalam suasana hujan yang mencurah. Apa lagi sekiranya ditempat anda tidak mempunyai farmasi yang terdekat.

Seperkara lagi yang perlu diambil perhatian adalah peningkatan kos yang ketara. Akta Perubatan telah memutuskan caj minima bagi konsultasi doktor adalah RM30.00. Ini bererti, setiap kali anda berjumpa dengan doktor, anda harus membayar minima sebanyak RM30.00. Sekiranya kes yang ditangani itu lebih kompleks, maka cajnya boleh mencapai RM150.00. Ini belum termasuk pemeriksaan yang menggunakan alat seperti Ultrabunyi, elektrokardiogram dan lain-lain ujian darah. Setelah membayar kos konsultasi, anda harus mencari farmasi dengan preskripsi bagi membeli ubat disana. Saya difahamkan bahawa mereka akan mengenakan caj RM5.00 untuk setiap preskripsi dari doctor. Lain lagi ubat-ubatan yang bakal dijual.

Terdapat bermacam-macam syarikat farmasutikal yang mengilangkan ubat yang dari jenis yang sama. Maka diperingkat dispensing, farmasi akan memberi ubat yang mereka stok kerana tidak mungkin mereka akan stok kesemua jenis jenama ubat. Sekiranya ubat yang di cadangkan itu tiada di farmasi tersebut, anda harus mencari farmasi lain yang menyimpannya. Ini sekali lagi akan menimbulkan masalah kepada pesakit.

Masih ramai masyarakat awam yang belum mengetahui akan hadirnya sistem ini. Sebenarnya konsep ini telah di ajukan ke parlimen untuk diluluskan dan sekiranya ia diluluskan maka klinik diseluruh Malaysian tidak lagi boleh menyimpan ubatan tersebut.

Saya juga difahami bahawa kerajaan akan mengidentifikasikan doktor bagi setiap pesakit. Pesakit tidak boleh memilih doktornya sendiri. Kerajaan akan membayar wang konsultasi kepada doktor tetapi untuk suatu jumlah lawatan yang tertentu sahaja setiap tahun. Sekiranya lawatan berlaku melebihi jumlah lawatan yang ditentukan, maka pesakit harus membayar dari poket sendiri. Dalam masa yang sama, pesakit harus membuat kontribusi tahunan yang melibatkan pemotongan gaji atau pembayaran kepada satu institusi insuran.

Artikel ini ditulis untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tentang apa yang bakal mereka lalui dalam masa yang terdekat. Sekiranya anda tidak mahu ini berlaku, anda harus bersuara. Beritahu pemerintah untuk menghentikan program ini. Selagi ia tidak menguntungkan orang awam, kita harus bertindak untuk menolak segala cadangan dan meminta supaya dia di kaji semula dan meletakkan rakyat sebagai subjek yang utama untuk mendapat manafaat.

Lihat lah bagaimana Negara-negara yang mengamalkan system ini. Indonesia umpamanya. Rakyat mereka yang sakit sehingga ada yang mati dirumah. Negara maju seperti Australia mempunyai masalah menyediakan dana yang tidak mencukupi untuk mengatasi masalah dana.

Kami tidak mengatakan bahawa system ini jelek. Tetapi kami dan ramai lagi berpendapat bahawa bukan masanya lagi untuk kita melakukan ini. Kita perlu menguatkan system kewangan negara dan orang awam harus mempunyai pendapatan yang tinggi dahulu sebelum sistem ini boleh dilaksanakan. Seorang teman saya yang menjadi pensyarah di sebuah Universiti awam telah beberapa kali menyuarakan ini kepada kerajaan dan beliau berpandangan sekiranya ini dilakukan, rakyat akan menjadi mangsanya.

Yang menyedihkan lagi setelah beliau menyertai beberapa mesyuarat untuk melaksanakan itu, beliau tidak lagi dipanggil bersama bebrapa orang kerana mungkin sikapnya yang cuba menghalang akta ini dilluluskan.


Share for Success
796

Comments

See More
771

Signatures