Suresh Kumar 0

Penduduk Cameron Mahu Berjumpa Dato Palanivel Untuk Berbincang Penyelesaian Masalah Banjir

114 people have signed this petition. Add your name now!
Suresh Kumar 0 Comments
114 people have signed. Add your voice!
12%
Maxine K. signed just now
Adam B. signed just now


Di Cameron,
Tragedi banjir berlaku lagi.
Kehilangan nyawa dan kerosakkan harta benda berlaku lagi.
Rakyat marah lagi.
Apakah kesudahan peistiwa-peristiwa ini?

Apakah tanggungjawab ahli politik yang memenangi kerusi Parlimen Cameron dan kerusi DUN Tanah Rata?
ADUN Tanah Rata, YB Leong Ngah Ngah tidak memiliki sebarang jawatan dalam pemerintahan Negeri Pahang mahupun di Persekutuan.
Namun MP Cameron, Dato Sri Palanivel merupakan seorang menteri di Kementerian Alam Sekitar, kementerian yang terlibat secara langsung dalam mengubal polisi-polisi alam sekitar di Malaysia.

Bukankah kedua-dua ahli politik ini harus berjumpa dengan rakyat untuk mendapatkan pandangan mereka berkenaan insiden banjir ini?

Sila tandatangan petisyen ini untuk meminta Dato Sri Palanivel dan YB Leong Ngah Ngah mengadakan perjumpaan terbuka dengan rakyat.
Kami rakyat Cameron akan memberikan kedua-dua ahli politik ini 3 Ahad untuk dipilih iaitu 16, 23 dan 30 November untuk berjumpa kami dan mengadakan sessi dialog.

Politik di Malaysia sudah matang.
Seorang ahli politik yang prihatin terhadap kawasannya akan sentiasa dapat menberikan masa untuk rakyat di kawasannya.

Sila tandatangan petisyen ini.
Sokong aktiviti sebegini untuk pembaharuan di Cameron dan di Malaysia.
Kesemua tandatangan ini akan diserahkan kepada kedua-dua ahli politik ini pada Jumaat depan iaitu 14/11/2014.

Sekian, terima kasih.

Suresh Kumar
Wakil kepada rakyat prihatin
019-569-6964

Share for Success

Comment

114

Signatures