Skip to main content

PEMBATALAN PELAKSANAAN SIJIL MQA MATRIKULASI

977 Comments

S
Siti noorhanis husna binti husni
8 years ago

Pembatalan MQA matrikulasi

K
Konspirasi
8 years ago

Adakah pelaksanaan MQA ini bertujuan membuat pensyarah stress dan menyuraikan diri sendiri ke sekolah atau jabatan lain? Hanya sekadar bertanya.

A
azme
8 years ago

bmkpm ikot kepala sendiri menyebabkan ramai pensyarah kena surai. panel mqa mengatakan lagi rmai pensyarah lagi bagus. pensyarah tidak ditetapkan waktu jam mengajar. tp bmkpm tetapkan 12 jam.

A
aisyah
8 years ago

bmkpm kata mqa menyebabkan ramai pensyarah kena surai ke sekolah. tetapi ada panel mqa bgtaw pensyarah lagi ramai lagi baik. masa jam pensyarah pun tidak ditetapkn. tapi pihak kolej tetapkan minima 12 jam menyebabkan unit wajib terpaksa dipindakn ke sekolah. skrg ni bmkpm ikot panel mqa atau kepala sendiri.

I
Ishak Bin Osman
8 years ago

Thanks

P
Petunjuk hidayah
8 years ago

Marilah kita bersama-sama berdoa agar orang atasan kita dibukakan hati untuk batalkan MQA. Semoga kita semua diberikan petunjuk, hidayah dan kekuatan untuk menempuhi dugaan ini. Jika pihak atasan masih berkeras dan berdegil mohon diberikan balasan setimpal agar mendapat kesedaran selepas itu. Amin.

H
Hajar
8 years ago

Perlaksanaan MQA menyebabkan tiada kesinambungan antara kuliah dan tutorial. Subjek SM015 : KULIAH - Baru Chapter 1, subtopic 1.5 Logarithm TUTORIAL - dah masuk Chapter 2, Subtopic 2.3 Absolute Value. Subtopic 2.1 dan 2.2 akan diajar dlm kuliah sahaja. Belajar yang susah dulu dlm tutorial baru belajar yang senang dlm kuliah.. macam tu ker MQA? Tu baru chapter 2.. chapter 1 dan lain2 pun sama juga. Kesian pelajar2 lepasan SPM ni.. terkapai2 sendirian. Subtopic yang diajar di kuliah memang pensyarah tutoran tak sentuh dah. Tak sempat dek masa. Kalau teruskan juga MQA ni, maka kita tunggulah result pspm nanti macam mana...

M
matric
8 years ago

kat mana logiknye kuliah hanya sejam. cuba la orang atasan mengajar kuliah hanya satu jam. tutorial 3 jam memang tak sempat habiskan silibus.

P
Pensyarah Tua
8 years ago

Batalkan MQA....Menjadi bebanan pd pelajar n pensyarah. MQA cakap terus buat. Masing2 terpinga2.

M
Mak Bee
8 years ago

Ya Allahh. Awat hangpa buat lagu ni kat kami. sengsara tau dakk MQA ni. Apa salah kami? Apa dosa kami pada hangpa yang dok di ataih nunn. Mengajaq sampai 18jam nak buat RIH lagi, penilaian lagi. dah la bahan2 mengajaq menilai semua tu kami kena buat sendiri.. nak tanya sat hangpa ni tak kesian kat kami ka? Cuba habaq mai sat..

H
Hang Cangkul Pon Cangkul Lah
8 years ago

MQA akan menyebabkan potensi pelajar mendapat keputusan Excellent ramai sebab penggubal MQA di BMKPM yg berotak Excellent ........ Excellent @ gred E ... nampak je mcm excellent....otak kat bontot..tak pernah mengajar tapi menyusahkan pensyarah n pelajar.

C
Cikgu Gred rendah
8 years ago

Mansuhkan lah mqa. Tak releven di matrikulasi. Stpm pun diiktiraf jpa Diorg tak perlu mqa pun. Mqa ni jd rumit sbb di buat oleh perfectionis tak tentu hala.

P
Penembak Tepat
8 years ago

1. Ada pegawai dari bmkpm dengan angkuhnya kata petisyen ini tak sah sebab xde ttangan hidup. Mungkin perlukan surat layang baru nak sedar diri? 2. Dr shah hantar mesej kononnya rungutan pensyarah kerana rih. Ini contoh manusia ignorant. isunya bukan rih. isunya mqa ni bertentangan dengan visi misi. faham ke tak? the whole thing about mqa in matriculation is purely rubbish.

A
abbas saad
8 years ago

lari dari objektif asal....

K
Kelanajagat
8 years ago

RIH perlu dipermudahkan, hanya perlu rekod pnp mingguan lebih baik

T
Teratai terbiar
8 years ago

X setuju MQA..pengkeranian sangat

A
Anonymous
8 years ago

Ia menbebankan pelajar dan pensyarah. Pensyarah akan menghabiskan masa yang banyak dlm menyempurnakan mcq dan akan menghadapi kesuntukan masa untuk pdp yang mana lebih penting untuk membantu pelajar melanjutkan pelajaran ke university.

P
pensyarah semut hitam
8 years ago

saya tidak nampk kerelevanan perlaksanaan sistem sekarang dalam menyediakan pelajar ke universiti.pensyarah digesa mengajar content yg banyak sekali dalam tutorial.jumlah jam kuliah pula dikurangkan.PAK21 semakin tidak dpt dilaksanakn dek kekangan masa dan pelajar sendiri memberi alasan mereka belum belajar lagi dan tidak tahu..this is not the way to prepare them masuk university.dan tidak pelik kita tidak dpt melahirkan pelajar yg berkualiti.sistem matrikulasi dahulu lebih mematuhi tujuan matrikulasi diwujudkan.terima kasih

P
Penat bin Letih
8 years ago

Letih nk berulang dr rumah 40 min, lori makin banyak, risau keadaan letih memandu bahaya, pernah brhnti reht, tido di RnR. Rasa nk pindah ke sekolah balik.

W
wakil rakyat
8 years ago

Sangat membebankan. Banyak sangat paperwork. Pelaksanaan tergesa-gesa seperti ada muslihat. Pensyarah tidak sempat memahami apa sebenarnya yang berlaku, kami confuse. kami letih kena buat banyak kerja pengkeranian. Kena mengajar dalam tutorial yang sumber terhad, RIH tu kalau tengok format dia boleh jadi murung setahun. Langsung tidak user friendly. We are so demotivated. Dahla fasiliti kolej tidak sempurna,ekon dewan kuliah rosak, ekon di ofis pun kejap ok kejap tak.. Saya rasa kena perbetulkan perkara asas itu dahulu. Kembalikan semangat matrikulasi yang dahulu !!!!!