Skip to main content

PEMBATALAN PELAKSANAAN SIJIL MQA MATRIKULASI

977 Comments

S
Sayang matrik
8 years ago

Kami semua sayang program matrikulasi. Janganlah disebabkan MQA, maruah matrik tercalar. Tolonglah kembali ke visi misi matrik. Mohon sebarkan kepada seluruh warga matrik seluruh malaysia untuk tunjukkan sokongan anda dengan menulis kepada Dr Maszlee dengan copy link https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeiVPRrmkl674aYSTbppRLbBb7hKTRpRa3hNAuAMq-eaqCPeQ/viewform Tak ramai warga matrik yg menulis kepada beliau. Mohon gunakan bahasa baik yg mencerminkan pensyarah matrik. Semoga luahan suara kita semua didengari oleh Menteri Pendidikan kita.

M
Mak Bee TM
8 years ago

Mari kita beramai-ramai hubungi Dr. Maszlee Malik melalui FB atau Google Form yg disediakan pihak beliau. Kita perlukan lebih banyak komplen agar isu ini dipandang SIRIUS di mata Menteri Pendidikan dan KPM kita.

K
Kami sayang matrikulasi
8 years ago

Ni bukan pembaikan tapi penyusahan byk pihak...

S
Sia-siakah
8 years ago

Adakah usaha kalian membuat petition ini sia-sia? Sampai bila nak capai target 2000 tu? Kalau capai pun ada ke orang nak dengar? Adakah kalian patut hubungi terus MENTERI PENDIDIKAN agar tindakan DRASTIK boleh diambil? Fikir-fikirkan lah.. Salam Malaysia Baru!

R
rojakmakbee
8 years ago

tuan, mohon perhatian : 1. Kami pensyarah matrikulasi rata2nya mengajar 15-18 jam seminggu. 2. Kami perlukan masa untuk merancang PdP yang berkualiti. 3. Kami juga ahli JK Unit dan Kolej dan memerlukan masa untuk melaksanakan tugas. 4. Sebelum ni, masa yang ada sekadar cukup -cukup sahaja untuk persediaan PdP dan tugas2 lain dalam organisasi. 5. Dengan MQA ni, beban kerja berat kepada pengkeranian seperti mengisi borang yang rumit dan tiada manfaat kepada PdP. 6. Jam mengajar pada Cuti umum juga nampaknya harus diganti. Ini merupakan satu perkara yang tidak logik. 7. Disamping beban kerja ke atas pensyarah, pelajar pula dibebankan dengan penyediaan fail yang kompleks dan tidak pasti kegunaannya. 8. Semua pensyarah matrikulasi akan membazir kertas dengan mencetak sekeping RIH untuk setiap jam mengajar. Bayangkan yang mengajar minimum 15 jam. Seminggu 15 keping, satu bulan 15 x 4 = 120. 10 bulan = 120 x 10, jumlah besar kertas yg digunakan setiap pensyarah = 1200 keping, bersamaan dengan 3-4 rim A4. 9. Fail bernilai 3-4 rim kertas A4 setiap sesi apa nilainya? Mohon pertimbangan pegawai berwajib untuk mendengar luahan hati kami. Mansuhkanlah MQA. Terima kasih.

B
bebankerjamengarut
8 years ago

kami majoriti pensyarah matrikulasi yang warastidak bersetuju dengan perlaksanaan MQA. Ini adalah kerana : 1. kerja dokumentasi yang banyak di pihak pensyarah dan pelajar yang tidak sesuai dengan objektif penubuhan matrikulasi. Matrikulasi bertujuan menyediakan pelajar untuk universiti, bukan alam pekerjaan. 2. kelas ganti walaupun terdapat cuti umum. MQA menetapkan jumlah jam setiap minggu haruslah selaras, tak kira hari tu hri bekerja mahupun cuti umum sehingga cuti umum pun perlu diganti jam tutorial/ kuliah. semua yang waras akan setuju ini tidak masuk akal. 3. kerja dokumentasi yang rumit. sebagaimana yang diketahui umum, dokumen yang perlu diisikan itu sungguh rumit dan setiap jam satu dokumen itu menambahkan beban kerja pensyarah sehingga boleh terjejas PdP. Kerja hakiki pensyarah seharusnya berat kepada PdP, bukannya dokumentasi. Setiap warga matrikulasi yang waras berasa burnout dengan perlaksanaan MQA. Apa faedahnya jika dokumentasi semua cantik tetapi PdP zero? Warga pensyarah yang burnout tidak akan menjana pelajar berkualiti. Fikir-fikirkan.

A
Anonymous
8 years ago

Rata-rata pensyarah tidak SUKA dan MAHUKAN MQA segelintir yang akan berpencen sahaja tidak kisah. yang nak hadap lagi berpuluh tahun, Bila nak bersuarakan pendapat diugut pulak. Sama je dengan kerajaaan sebelum ini. Sudah Sudah lah....kalau nak maju kena tanya dan minta pendapat ramai bukan pendapat 4 5 orang. Ramai pensyarah yang berpengalaman di Kolej, jadikan mereka panduan dan rujukan. Bukan Syok Sendiri. Program matrik ini makin hari makin kurang pelajar, bukan isu pelajar tak nak datang, isunya kita nak menyusahkan pelajar, Hilang nikmat seronok dalam mengejar ilmu sebab tekanan. dari pada beri tekanan kepada pensyarah dan pelajar, baik beri tekanan kepada program program setaraf matrik yang dianjurkan oleh universiti kerana dengan adanya mereka, menyebabkan pelajar tidak berminat dengan sistem matrik. Pensyarah pun dan rasa hilang satu elemen dari TUNGGAK 12, KESERONOKKAN BEKERJA.jangan nanti bukan setakat palajar saj yg kurang, malah pensyarah pun TUANG. Nak cemerlang bukan letak pada kertas kerja, tetapi pelaksaaan yang mudah tetapi berkualiti. Jangan nanti kita nak cemerlang tetapi hasil akhir kita semua kelaut sebab tekanan yang kita sendiri berikan. SO MQA ni kena kaji semula agar lebih mesra PnP, Mesra sekitaran....jangan nanti bila pengurusan dan bertukar tangan, terpaksa tinggalkan “NAJIS “ kepada program ini. MAAF, DENGARLAH LUAHAN KAMI, MARHAEN MATRIKULASI

T
Teacher
8 years ago Featured

MQA 1. Tersasar dari Misi dan Visi 2. Kita nk sediakan pelajar ke ipta bukan alam pekerjaan 3. Tak selari pembelajaran di dalam kuliah & tutor 4. Fail pelajar tidak perlu 5. RIH membebankan Hapuskan MQA selepas raya. Belum terlambat.

A
Anonymous
8 years ago

Pensyarah /pihak pengurusan yang telah bekerja lebih daripada 12 tahun di kolej yang sama perlu dibuat penempatan semula agar program matrikulasi ini lebih cemerlang.Hal ini kerana mereka kurang pengalaman untuk memantapkan sesi pdp.Ini adalah salah satu sebab untuk kegagalan mqa.

A
Aku Dah Makin Berang
8 years ago

Please la pensyarah2. Jangan bantah MQA disebabkan RIH. Itu hanya masalah kecil. Kita jangan cantas dahan, tapi yang kena matikan ialah akar masalah. RIH tu dahan aje. Cantas satu dahan, tumbuh dahan baru. Sekarang ni pihak kerajaan langit sana tak habis fikir macam mana nak balas dendam kat kita semua. So kita kena matikan punca kecelakaan ni iaitu MQA. Bukannya RIH!

H
Hafiz
8 years ago

Selarikan perjalanan kuliah & tutorial. Susah nak ajar kalau kuliah lambat dari tuto. Nak ajar subtopik 2.3, tapi 2.1 & 2.2 belum diajar dlm kuliah. Nak kena ajar satu persatu dlm tuto. Kembali ke zaman kuno, chalk & talk. Pelajar bosan kerana banyak sangat fail nak disediakan. Pelajar tidak seronok belajar. Pelajar murung. Pelajar viralkan kat media sosial. Akibatnya, semua lepasan SPM tak nak masuk matrikulasi. Siapa susah? Pihak atasan & kita jugak yg merana..

A
Abang long fadil
8 years ago

Tolong la hapuskan MQA dan kembalikan mod pengajaran lama. Kuliah 3 jam tutorial 2 jam. Masih belum terlambat utk tukar ke asal. Lepas raya boleh guna mod lama. Jgn jadikan pelajar mangsa sbb ego. Pelajar pst ada 1 peluang ja, kalau lingkup sebab ni dah rugi setahun. Xperlu tggu abis sidang atau semester 1 utk berubah. Jangan sampai keranda diusung baru bercucuran air mata.

S
Sitinur
8 years ago

Hate mqa so much! So disturbing. Sad.

A
Anonymous
8 years ago

Stop implementing new system for education which is not effective.

G
guna
8 years ago

mqa ini membuang masa dan tenaga. banyak benda lain yang lebih penting perlu ditumpukan

A
Alaa
8 years ago

It will be better if you can get rid all the nonsense documents that we have to fill in. We will appreciate if mqa more focus on lesson contents instead of documentation.

M
mukmingroup
8 years ago

perlu dipermudahkan dalam merekod RIH, terlampau detail, cukup sekadar merekod mingguan bukan setiap kelas, mcm seolah-olah pensyarah menjadi guru pelatih semula, perlu mambuat rancangan harian, di sekolah rancangan harian pun tidak sedemikian terlalu detail

A
Anonymous
8 years ago

Tidak perlu sijil matrikulasi kerana sistem matrikulasi menyediakan pelajar untuk universiti, bukan alam pekerjaan.

T
tembun
8 years ago

MQA bagus. tapi tidak relevan untuk matrikulasi.

J
Jerih
8 years ago

RIH tg amat menjerihkan. Beban sedia ada bertambah, mcm mana penumpuan terhadap pelajar?Pensyarah terbeban, pelajar terabai... semua jadi serabai.