Skip to main content

we just got the official word that the school is finally moving to the staggered dismissal schedule. honestly i am so relieved that they listened to us and im just really glad this is actually happening now.

September 11, 2020

Pelajar SK Taman Desaminium Berhak Pulang Awal

Pelajar SK Taman Desaminium Berhak Pulang Awal

🏆 Won — 842 supporters Verified

Final supporters

M
Masrina m.
S
SITI A.
D
Deraman M.
N
Nurul A.
S
Salmiah b.
K
Khairuddin A.
M
Mohd R.
D
Dalilah b.
M
Mohd Z.
F
Fauziah M.
+832 more
MA
Started by Mohd Aswardi 6 years, 1 month ago

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PETALING PERDANA


PETISYEN MEMBENARKAN SK TAMAN DESAMINIUM (BBA8284) MELAKSANAKAN JADUAL PULANG SECARA PENGGILIRAN

  1. Kami ibubapa kepada pelajar pelajar SK Taman Desaminium amat berharap pihak berwajib dapat mempertimbangkan supaya membenarkan pelaksanaan Jadual Pulang Pelajar secara penggiliran di SK Taman Desaminium. Kami ibubapa bersetuju dengan pelaksanaan jadual pulang pelajar secara penggiliran terutamanya diwaktu pandemik COVID-19 atas sebab sebab berikut:
    1. Pengurusan Penjarakkan Fizikal diatara ibubapa dan pelajar akan lebih efektif dan terkawal,
    2. menjimatkan masa menunggu ibubapa semasa menghantar dan mengambil anak anak mereka,
    3. menjimatkan penggunaan bahan api dan penjanaan karbon monoksida dari kenderaan ibubapa,
    4. mengurangkan carbon footprint bagi kawasan setempat,
    5. mengurangkan 70% kesesakan lalulintas di kawasan sekolah dan sekitarnya semasa menghantar dan mengambil pelajar.
    6. Waktu Penjajaran sekolah telah dipatuhi
    7. Jadual waktu minima juga telah dipatuhi
    8. Guru-guru dapat pulang awal dan ini dapat meningkatkan kualiti masa mereka bersama keluarga.
  2. Kami berharap dengan alasan alasan diatas dapat memberikan asas pertimbangan kepada phak tuan/ puan dalam membuat keputusan yang terbaik kepada kami semua.

Sekian, terima kasih.

Yang benar

Kami IBUBAPA SKTD


Updates

Reached 500 supporters

August 7, 2020

Reached 100 supporters

August 7, 2020

493 Comments

I
Irfah Amirin
6 years ago Featured

This is about health and safety issue. The crowd is like a hell during the beginning & end of school session. Kpm should investigate & understand the current situation that the school is facing now. If we cant to remove the problem, at least we can reduce it. Please reconsider and understand. Tq

N
Nursyamilah Pauzan
6 years ago Featured

Saya setuju dengan petition ini. Saya harap pihak atasan faham situasi yang berlaku apabila murid pulang secara serentak. Keadaan yang sesak menyebabkan SOP tidak dapat dipatuhi dan akan mengundang kesan yang lebih buruk pada masa akan datang.

R
Rizal
6 years ago Featured

Saya setuju..kesian cikgu kena jadi petugas untuk kawalselia jalan..dah tambah beban cikgu nak pastikan pelajar patut SOP penjarakkan lagi, nak mengajar lagi. Kepada sesiapa yang memang buta hati pentingkan diri sendiri sahaja..

I
Isfariza Ithanin
6 years ago Featured

Saya sgt setuju dgn jadual baru murid pulang awal..Waktu t.hari ada masa rehat utk ank sebelum ke kafa.Begitu juga waktu manghrib kami tidak terlalu rushing buat persedian sebelum htr ank tuisyen.Saya berharap pihak sekolah mempertimbangkan usul ini utk kebaikan bersama.

A
Alif
6 years ago Featured

sekolah rendah patut balik awal dari sekolah menengah.. kerana waktunya sama akan menyebabkan bertambah sesak dgn manusia.. sekarang musim covid19.. kami parent tak nak bersesak dgn manusia yg ramai..

F
Fatmazuhra binti Che Hamzah
6 years ago Featured

Pengaturan masa balik bg murid2 sktd amatlah baik..terutama bg mengelakkan kesesakan kenderaan ibubapa yg dtg mengambil ank pada satu masa sehinggakan ank2 terpaksa menapak berkilo kilo disbbkan ibubapa yg meletakkan kenderaan mereka sehingga ke sekolah menengah bersebelahan..

M
Masrina mahadi
6 years ago

Setuju

V
Vasan
6 years ago

Saya sokong 100%