Halim Rahman Selangor 0

Membantah Pengurusan Komuniti Berpengawal Sunway Alam Suria

Show your support by signing this petition now
Halim Rahman Selangor 0 Comments
1 person has signed. Add your voice!
1%
Maxine K. signed just now

PER : BANTAHAN HALANGAN BERPALANG MEMASUKI KAWASAN PERUMAHAN SUNWAY ALAM SURIA (SAS)

Untuk makluman pihak Tuan, majoriti penduduk SAS amat tidak selesa dengan cara dan tindak tanduk Badan Pengurusan Penduduk SAS. Oleh yang demikian, kami ingin memanjangkan rintihan dan bantahan kami kepada pihak Tuan untuk siasatan dan tindakan yang sewajarnya.

Isu-isu utama yang menjadi rungutan penduduk adalah sepertimana berikut :

1. Palang Keselamatan Automatik

- Tiada persetujuan atau pelan pemasangan palang keselamatan automatik yang dikemukakan kepada penduduk SAS sebelum perlaksanaan.

2. Perlantikan Badan Pengawal Keselamatan

- Tiada persetujuan dari penduduk untuk peruntukan kutipan bulanan. Penghuni terus diberikan notis untuk perlaksanaan dan hanya diberi kata dua untuk bersetuju dengan notis tersebut.

3. Tiada Mesyuarat Agung Tahunan dari tahun 2013. Tiada minit mesyuarat daripada tahun-tahun sebelumnya diberikan kepada penduduk sebagai panduan. Tiada pembentangan kewangan beraudit untuk akaun Badan Pengurusan Penduduk SAS.

Langkah-langkah yang ingin diambil:

1. Menuntut Mesyuarat Agung Luar Biasa secepat mungkin untuk menilai semula cara kerja jawatankuasa yang sedia ada dan memohon penjelasan terperinci untuk setiap perkara di atas.

2. Membuat rumusan mengenai kuasa atau hak jawatankuasa dan merangka prosidur supaya pengurusan operasi dan kewangan boleh dijalankan dengan lebih telus.

3. Memeriksa akaun bank, inbois bayaran, perlantikan kontraktor dan lain lain

Melalui petisyen ini penduduk memohon campurtangan COB untuk menguraikan kekusutan yang dihadapi oleh penduduk SAS. Dengan tandatangan yang telah dikumpul seperti di Lampiran A, maka penduduk SAS telah bersuara.

Sekian terima kasih.

Yang menjalankan amanah,

...........................................

Penduduk Sunway Alam Suria

Share for Success

Comment

1

Signature