karti MN 0

MANSUHKAN PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA

110 signers. Add your name now!
karti MN 0 Comments
110 signers. Almost there! Add your voice!
95%
Maxine K. signed just now
Adam B. signed just now

GABUNGAN ANAK MUDA DAN PELAJAR (GAMP), JARINGAN RAKYAT TERTINDAS (JERIT) www.jerit.org MANSUHKAN PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang telah dimulakan pada tahun 2004 sehingga hari ini telah mengorbankan seramai 16 orang nyawa. Bukan setakat kematian, kes-kes pergaduhan, rogol, kecederaan, gangguan seksual serta keadaan tempat tinggal yang tidak sesuai telah menimbulkan rasa kegusaran masyarakat khususnya ibu bapa terhadap PLKN. Orang ramai mula bimbang dan hilang keyakinan terhadap keberkesanan program ini dalam membentuk generasi yang berdisiplin sebagaimana yang diwar-warkan. GAMP berpendirian, PLKN patut dimansuhkan dengan sebab-sebab: 1. Tiada jaminan bagi nyawa dan keselamatan peserta, buktinya sehingga kini telah mengorbankan seramai 16 orang nyawa 2. Objektif PLKN adalah tidak realistk. Nilai-nilai patriotisme, berdisiplin, perpaduan kaum, semangat kesukarelawan di kalangan generasi muda tidak mungkin dicapai dalam program yang pendek masanya. 3. Perbelanjaan yang terlampau tinggi iaitu lebih daripada 2.0 bilion dijangka telah dibelanjakan untuk PLKN dalam tempoh 4 tahun yang lepas dan tambah lagi RM677 juta diperuntukan dalam badget 2008. Ini adalah satu pembaziran yang besar dengan keberkesanan program yang minimum. Oleh itu, GAMP telah membuat keputusan untuk menjalankan kempen tandatangan untuk mendesak kerajaan memansuhkan PLKN dengan serta merta. Tandatangan-tandatangan yang diambil akan diserahkan bersama memorandum pemansuhan PLKN di Kementerian Pertahanan Malaysia. Justeru itu, diharap warga Malaysia yang prihatin terhadap keselamatan remaja kita yang tidak terjamin di PLKN memberi sokongan dengan menandatangani lampiran yang disertakan. Sekian. Salam Perjuangan

Sponsor

GAMP ialah Gabungan Anak Muda dan Pelajar daripada Jaringan Rakyat Tertindas. Kami berjuang menentang penindasan terhadapan rakyat oleh pihak berkuasa(baca=kapitalis)dan jentera-jenteranya yakni kerajaan, polis, FRU, mahkamah dan sebagainya. Kami yakin tangan muda mampu membawa perubahan kepada rakyat.
Share for Success

Comment

110

Signatures