Petisyen ini diwujudkan agar Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memberikan tauliah mengajar kepada Dr Rozaimi Ramle (phd Hadith Universiti Jordan) yang sememangnya diakui berada di atas jalan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang tulen dan benar.
Tindakan MAIS yang melarang Dr Rozaimi Ramle daripada berkongsi ilmu Allah s.w.t ini merupakan 1 tindakan Salah Guna Kuasa, sekaligus membenarkan ajaran selain daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti SYIAH boleh berleluasa dengan bebas.
Jabatan Mufti Selangor seharusnya lebih matang dalam menilai ilmu dan sahsiah seseorang penceramah itu. Tidak wajar jika tauliah tidak diberikan kepada seseorang itu hanya kerana beliau tidak sefikrah dengan kita. Mohon wujudkan suasana ilmiah di Selangor. #SalamHarmoni