Kanyakumari Damodaran 0

Lobbying for lobby space

166 people have signed this petition. Add your name now!
Kanyakumari Damodaran 0 Comments
166 people have signed. Add your voice!
17%
Maxine K. signed just now
Adam B. signed just now

The Honourable Parliamentary Speaker

Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Dear Tan Sri,

This petition is to request your kind permission to allow us media practitioners to use up a small portion of the hallway outside Dewan Rakyat, also known as the lobby.

Tan Sri, we understand that the ban was imposed after you felt that we, the media may be forcing lawmakers to comment on issues and in turn, may possibly pose a security threat to them.

In addition to that, we believe the ban also resulted from us being scattered all over the lobby of this August house, and in turn, possibly tainting its appearance to the general public and international dignitaries who visit the premises from time to time.

Therefore, we would like to make a small proposal Tan Sri. We would like to request for a small portion of the lobby to be cordoned off for media practitioners, including photographers and videographers.

We have noticed this being practised at international conferences and we thought it may be a practical alternative for us as well.

We believe this alternative would:



  1. Ensure that lawmakers are not caught off guard while giving them the leeway to decide if they would like to comment on the issue.
  1. Keep the lobby more organised.
  1. Allow media members to carry out their task without being completely deprived access of lawmakers

We would also like to point out that more than the writers themselves, photographers and videographers covering parliament are also affected terribly as they are no longer able to photograph or video parliamentarians walking in and out of the Dewan, or even speaking to reporters.

Tan Sri, in addition to this, we would also like to request for your kind permission to allow some lawmakers to have small press conferences at this media area as well, as it is quite difficult for us to run from the lobby area to the media room.

Tan Sri, this is because most of our organisations allocate one reporter to cover the lobby and one to cover the ongoings inside the Dewan Rakyat. The reporter in charge of covering the lobby is required to get follow ups on stories that are happening outside of parliament. For eg, North Korea conflict, Kelantan bird flu outbreak and so on.

So if we solely depend on the parliamentarians walking into the media room to give press conferences, we would miss out on a lot Tan Sri, especially because many of them feel the media room is far from the Dewan.

Of course if the press conference is large, where more than one lawmaker is speaking and cause a mess at the lobby, then we would move downstairs to the media room.

We understand that this arrangement requested by us may require the Parliament staff to rearrange a few things and therefore would understand if it is not done immediately.

However, the sooner it is set up, the better Tan Sri, as we have been finding it extremely challenging to access lawmakers for our work.

On that note Tan Sri, we would also like to ask for the weekly press conferences you used to have with the media. We understand that you have a busy schedule Tan Sri, but most of us feel that the weekly meetings allowed us access to speak to you on everything that was ongoing in your Dewan Rakyat.

Tan Sri, below is a map of our suggested layout for the media area in the lobby.

As per the image , if we are limited to that one space where all photographers, videographers and journalists can gather, we can just call lawmakers over for comments, as it is on their way out. If they are not interested, then they will not need to comment.

We ask for you to kindly consider our plea Tan Sri, as it would greatly help us in carrying out our daily duties in parliament.

We would however respect whatever decision made by you Tan Sri.

Thank you.


=====================================



Yang di-Pertua Dewan Rakyat,
Tan Sri Pandikar Amin Mulia,

Petisyen ini bermaksud untuk memohon kebenaran Tan Sri bagi membenarkan kami, para pegamal media, menggunakan sebahagian kecil kawasan di bahagian hadapan luar Dewan Rakyat, juga dikenali sebagai kawasan ruang legar parlimen.

Kami sedia maklum bahawa para pengamal media telah dilarang daripada menggunakan kawasan ruang legar tersebut bagi tujuan melaksanakan tugas kami, berdasarkan kepada peraturan yang dibuat oleh Tan Sri ketika sidang Dewan Rakyat pada 21 Mac lalu.

Kami juga memahami bahawa tujuan larangan tersebut dibuat adalah setelah Tan Sri merasakan bahawa para pengamal media mungkin kelihatan memaksa dalam mendapatkan ulasan ahli-ahli parlimen berkaitan isu-isu semasa, selain terdapat juga kemungkinan yang kami boleh membawa ancaman keselamatan terhadap mereka.

Selain itu, kami percaya larangan tersebut dikuatkuasakan kerana kedudukan para pengamal media yang kelihatan berselerak di ruang legar parlimen, berkemungkinan mencemarkan imej dewan yang mulia tersebut di khalayak umum dan juga kenamaan-kenamaan antarabangsa yang melawat kawasan tersebut dari semasa ke semasa.

Di atas sebab-sebab yang dinyatakan, kami merasa terpanggil untuk membawa permintaan kami bagi tujuan pertimbangan Tan Sri. Kami ingin memohon supaya sebahagian kecil kawasan di ruang legar dikhaskan untuk kegunaan para pengamal media, termasuk juruvideo dan jurugambar.

Kami sedar amalan yang sama turut dipraktikkan di persidangan-persidangan utama seperti di persidangan ASEAN. Kami merasakan bahawa alternatif sebegini adalah sangat praktikal untuk para pengamal media yang bertugas di parlimen.

Kami percaya alternatif ini dapat:
1. memastikan ahli-ahli parlimen tidak ditemuramah dalam keadaan kurang bersedia disambil dapat memberikan mereka kelonggaran untuk memutuskan samada untuk memberikan komen dalam isu tertentu,
2. menjadikan ruang legar lebih terurus, dan
3. Membolehkan para pengamal media untuk menjalankan tugas tanpa dilucutkan akses secara mutlak untuk bertemu ahli-ahli parlimen.

Kami juga ingin memaklumkan kepada Tan Sri yang selain daripada para wartawan, juruvideo dan jurugambar juga terjejas teruk akibat daripada larangan tersebut kerana mereka tidak boleh lagi mendapatkan bahan visual ahli-ahli parlimen berjalan keluar dan masuk dari dewan. Malahan, komunikasi antara mereka dan para wartawan turut terjejas.

Selain daripada itu, kami juga ingin memohon kebenaran Tan Sri untuk membenarkan ahli-ahli parlimen untuk mengadakan sidang akhbar kecil di kawasan yang dikhaskan tersebut. Ini kerana kesulitan yang dialami oleh kami untuk bergegas dari kawasan ruang legar ke bilik media yang terletak di tingkat bawah.

Untuk makluman Tan Sri, kebanyakan organisasi media hanya menghantar dua orang wartawan ke parlimen, satu untuk membuat liputan dari lobi dan satu lagi untuk liputan keadaan di dalam Dewan Rakyat. Wartawan yang ditugaskan di lobi diperlukan untuk membuat laporan susulan berkaitan isu luar parlimen; contohnya isu wabak selesema burung di Kedah, kertas soalan peperiksaan berunsur perkauman, konflik Korea Utara dan sebagainya.

Tidak banyak tugasan yang dapat kami lakukan sekiranya kami hanya mampu mengharapkan ihsan ahli-ahli parlimen berjalan masuk ke bilik media untuk membuat sidang akhbar. Kebanyakan daripada ahli-ahli parlimen merasakan bahawa kedudukan bilik media adalah jauh dari Dewan Rakyat.

Namun sekiranya sidang akhbar tersebut besar - dimana disertai lebih daripada seorang ahli parlimen - kami akan bergerak ke bilik media bagi tujuan tersebut.

Kami sedar bahawa permohonan ini mungkin memerlukan kepada petugas parlimen membuat beberapa perubahan semula, maka kami memahami sekiranya ia tidak dibuat secepat mungkin.

Walaubagaimanapun, amatlah bermanfaat kepada kami sekiranya perubahan tersebut dilakukan dengan segera kerana situasi sedia ada sekarang memberikan kami cabaran untuk mendapatkan akses kepada ahli-ahli parlimen bagi tujuan menjalankan tugasan kami.

Selain itu, kami juga ingin bertanyakan mengenai sidang akhbar mingguan yang sering diadakan Tan Sri pada masa dahulu. Kami amat memahami jadual waktu Tan Sri yang padat, tapi ramai daripada kami merasakan pertemuan mingguan tersebut membolehkan kami berkomunikasi secara langsung dengan Tan Sri berkaitan perihal Dewan Rakyat.

Dibawah kami paparkan pelan cadangan untuk kawasan khas media di ruang legar.

Sebagaimana dipaparkan, sekiranya para pengamal media dihadkan di kawasan tersebut, kami dapat memanggil ahli-ahli parlimen untuk memberikan ulasan kerana kawasan tersebut berdekatan dengan laluan keluar mereka.

Sekiranya terdapat ahli-ahli parlimen yang tidak berminat untuk memberikan ulasan, mereka boleh untuk tidak berbuat demikian.

Kami memohon supaya Tan Sri dapat mempertimbangkan permohonan ini kerana ia akan sangat-sangat membantu kami dalam menjalankan tugas kami di parlimen.

Walaubagaimanapun, kami akan menghormati sebarang keputusan yang bakal dibuat oleh Tan Sri.

Sekian, terima kasih.

Share for Success

Comment

166

Signatures