Laksanakan PdP yang lebih fleksibel di FUU UKM
Vincent Chong 0

Laksanakan PdP yang lebih fleksibel di FUU UKM

25 people have signed this petition. Add your name now!
Vincent Chong 0 Comments
25 people have signed. Add your voice!
3%
Maxine K. signed just now
Adam B. signed just now

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah sebuah institusi pendidikan yang menjadi rumah kepada pelbagai pelajar dari latar belakang budaya dan agama yang berbeza. Dalam usaha untuk mencerminkan kepelbagaian ini dan memastikan semua pelajar mempunyai peluang belajar yang sama rata, adalah penting untuk melaksanakan sistem Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang lebih fleksibel di Fakulti Undang-Undang UKM (FUU UKM). Ini juga selaras dengan kaedah PdP yang telah dipersetujui oleh Fakulti, iaitu 60% secara bersemuka dan 40% secara atas talian. Tetapi, bermula pada sesi 2025/2026 semester 1, pelajar diberitahu bahawa 'Dekan tidak mahu FUU berkuliah secara atas talian'. Permohonan melaksanakan kuliah secara atas talian semasa Deepavali, keadaan khas seperti gangguan air di kampus, semuanya telah ditolak oleh Pejabat Dekan FUU.


Ketika musim perayaan dan dalam keadaan khas, pelajar sering kali berdepan dengan konflik jadual. Mengadakan kelas dalam talian semasa peristiwa-peristiwa ini dapat membantu pelajar menyeimbangkan antara tanggungjawab keluarga dan akademik mereka. Ini tidak hanya menjamin kesejahteraan pelajar tetapi juga menonjolkan UKM sebagai universiti yang inklusif dan sensitif dengan keadaan pelajar.

Untuk mengelakkan pelaksanaan kuliah secara atas talian, pihak Pejabat Dekan FUU telah memberikan beberapa solusi yang membawa lebih banyak masalah kepada pensyarah dan pelajar.

i. Pelaksanaan kuliah pada waktu malam (6pm-8pm)

ii. Pelaksanaan kuliah pada hujung minggu (Sabtu dan Ahad)


Kelas gantian yang dijadualkan pada waktu malam akan bertembung dengan kuliah Program Sarjana (Master). Ini mencetuskan masalah untuk pensyarah dan pelajar yang telah berkomitmen dengan kelas Sarjana mereka. Mengelakkan jadual bertindih ini adalah penting untuk memastikan semua pelajar mendapat manfaat maksima daripada pengajaran mereka.

Kelas gantian pada hujung minggu boleh menjejaskan kesejahteraan bukan sahaja pelajar tetapi juga pensyarah. Akhir minggu adalah masa untuk berehat dan bersedia untuk minggu baru yang produktif. Memulihkan keseimbangan kehidupan kerja melalui jadual kuliah yang lebih fleksibel adalah langkah ke hadapan yang perlu diambil oleh FUU UKM.

Oleh itu, saya menyeru kepada Pejabat Dekan FUU UKM untuk menilai semula dan merangka semula pelaksanaan PdP di FUU UKM, supaya lebih ramai pelajar dapat menikmati pengalaman pembelajaran yang inklusif dan sesuai dengan keperluan mereka. Sertai usaha kami dengan menandatangani petisyen ini untuk menunjukkan sokongan anda terhadap perubahan yang positif dan diperlukan ini. Tandatangan anda sangat penting bagi kami.

BANGKIT WARGA FUU!!!

Share for Success

Comment

25

Signatures