Jawatan Kuasa Bertindak Hak Ulu Balui & Belaga Bahagian Ke - 13 Sarawak Miri, Sarawak 0

KEMBALIKAN ULU BALUI KE DAERAH BELAGA & ISTIHAR BELAGA BAHAGIAN KE-13 SARAWAK

177 signers. Add your name now!
Jawatan Kuasa Bertindak Hak Ulu Balui & Belaga Bahagian Ke - 13 Sarawak Miri, Sarawak 0 Comments
177 signers. Almost there! Add your voice!
89%
Maxine K. signed just now
Adam B. signed just now

Ulu Balui secara tradisinya adalah sebahagian kawasan dalam Daerah Belaga sejak sekian lama. Malah sejak pemerintahan Brooke bermula pada tahun 1841.

Penempatan yang ada di dalam Ulu Balui yang jelas adalah Long Busang, Long Unai, Sang Anau dan Long Jawe. Terdapat juga penempatan lain seperti Batu Keling, Long Ayak, Naha Jalei dan lain-lain.

Ulu Balui telah dipertahankan dengan darah dan nyawa yang telah terkorban semasa era konfrantasi dahulu. Maka sebab itu kekallah Ulu Balui di dalam Daerah Belaga kerana tidak jatuh ke tangan orang luar.

Di bahagian hilir Balui pula iaitu di Sungai Rajang, satu peristiwa penting iaitu Perjanjian Peacemaking Kapit pada 16hb November, 1924 telah diadakan di Kapit untuk menghentikan perang saudara yang dikenali "adat ngayau" antara penduduk dahulu. Peristiwa Peacemaking ini juga untuk menentukan sempadan antara Daerah Belaga (Orang Ulu) dan Iban Kapit di hilir Punan Bah, Belaga.

Tanpa pengetahuan penduduk Belaga, Ulu Balui telah dimasukkan ke dalam satu daerah baharu dipanggil Daerah Bukit Mabong pada 3hb November, 2015 yang dirasmikan oleh Ketua Menteri ketika itu YAB Datuk Patinggi Adenan Hj Satem di Kapit. Kemasukan Long Busang, Long Unai dan Sang Anau tidak diwar-warkan kepada umum walaupun perasmian tersebut berlaku dan berita mengenainya disiarkan di media elektronik dan mungkin dicetak di surat khabar tertentu.

Baru - baru ini setelah gambar sepucuk surat dikeluarkan oleh Pejabat Residen Kapit tular di media sosial, barulah rakyat Daerah Belaga secara tidak sengaja mengetahui berita yang sangat mengejutkan ini.

Oleh itu rakyat Daerah Belaga menuntut agar wilayah Ulu Balui seperti Long Busang, Long Unai, Sang Anau dan Long Jawe' serta Tapak Mega dikembalikan ke Daerah Belaga dengan segera.

Kami rakyat Belaga juga menuntut agar Belaga diangkat menjadi Bahagian Ke-13 Sarawak dengan kadar segera. Ini kerana 58 tahun telah diberi kepada Kerajaan BN/GPS memerintah Belaga khasnya, Sarawak amnya. Pengistiharan ini dapat dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak. Asalkan mahu sahaja.

Kerajaan BN/GPS yang telah meletakkan Ulu Balui ke dalam Bukit Mabong, maka Kerajaan BN/GPS Sarawak jugalah yang perlu mengembalikan Ulu Balui ke Daerah Belaga sebelum Pilihanraya Negeri Sarawak Ke-12 ini.

Oleh kerana Bukit Mabong yang tidak ada kemudahan yang mencukupi boleh diangkat menjadi Daerah penuh, maka kami rakyat Belaga menuntut agar Daerah Belaga diangkat dan diistiharkan sebagai Bahagian Ke-13 Sarawak dengan segera.

Hidroelektrik Mega Bakun dan Murum juga terletak di Daerah Belaga merupakan sumber utama tenaga elektrik Sarawak dan sebahagian boleh dieksport ke Indonesia bagi menjana pendapatan Negeri Sarawak.

Dua perkara ini boleh dilakukan oleh Kerajaan Sarawak sekarang sementara kuasa masih di tangan sebelum dewan undangan negeri dibubarkan.

Sekian.

ISTIHARKAN BELAGA BAHAGIAN KE-13 SARAWAK & KEMBALIKAN LONG BUSANG, LONG UNAI, SANG ANAU, LONG JAWE DAN TAPAK MEGA KE DAERAH BELAGA!

Share for Success

Comment

177

Signatures