Edwin Michael 0

KEKALKAN TAN SRI KHALID IBRAHIM SEBAGAI MENTERI BESAR SELANGOR

Show your support by signing this petition now
Edwin Michael 0 Comments
0 people have signed. Add your voice!
0%

Kami rakyat Malaysia amnya dan rakyat Selangor khasnya menuntut Dato Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum (KetUm) Parti Keadilan Rakyat dan Dr. Wan Azizah Wan Ibrahim selaku Presiden Parti Keadilan Rakyat agar tidak menganggu pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor demi survival politik dan usaha untuk membolot wang rizab kerajaan bernilai RM3 bilion.

Tindakan Dato Seri Anwar Ibrahim yang bermati-matian mahu meletakkan isterinya Dr. Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor adalah melampau dan menyokong nepotisme. Keadaan ini amat mencabuli deklarasi Permatang Pauh. Semangat perjuangan untuk membebaskan Malaysia daripada belenggu UMNO ternyata pesong dengan perebutan kerusi Menteri Besar ini dan menjadikan rakyat sebagai mangsa percaturan.

Sehingga kini Pakatan Rakyat terutamanya Parti Keadilan Rakyat GAGAL membuktikan salah laku Tan Sri Khalid Ibrahim malah apa yang dibongkarkan adalah skandal demi skandal melibatkan pemimpin-pemimpin PKR itu sendiri. Ini adalah sesuatu yang amat memalukan dan memualkan buat sebuah parti yang sering berbicara tentang salah guna kuasa dan wang. Hari ini rakyat Malaysia dan Selangor mendapati para pemimpin PKR hanya pentingkan kuasa dan wang.

'Langkah Kajang' tidak pernah mengambil peduli akan hak rakyat. Perebutan kerusi MB jugak menyaksikan hak rakyat dinafikan. Dan apakah dengan meletakkan isteri sebagai Menteri Besar yang baru maka segala kepincangan ini akan diselesaikan.

Petisyen ini adalah tanda sokongan rakyat kepada Menteri Besar Selangor kini dan hak untuk rakyat bersuara, hak yang dinafikan oleh Pakatan Rakyat khasnya.

Kami berdiri teguh bersama Tan Sri Khalid Ibrahim dan pasukan pentadbiran beliau.

Yang benar,

RAKYAT

Share for Success

Comment

Signature

No signatures yet. Be the first one!