HANYA JKKP SAHAJA LAYAK MEMBUAT PEMERIKSAAN ULANGAN UNTUK BOILER DI MALAYSIA DAN BUKANNYA PIHAK SWASTA
Boiler atau Dandang merupakan jentera yang berisiko tinggi dalam sesebuah premis. Oleh itu di Malaysia dikuatkuasa peraturan dibawah Akta Kilang & Jentera 1967 yang memperuntukkan bahawa setiap boiler yang dipasang di mana-mana premis perlu mendapat kelulusan rekabentuk daripada pihak Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan atau JKKP.
Diperuntukkan juga dalam perundangan yang setiap boiler perlu di selia operasinya oleh Orang Yang Kompeten (OYK) samaada memiliki lesen Enjin Drebar Stim mahupun Jurutera Stim sepertimana diperuntukkan dalam Peraturan Orang Yang Menjaga 2014.
Boiler juga wajar diberhentikan untuk pemeriksaan oleh pegawai pemeriksaan yakni JKKP setiap 6 Bulan berdasarkan peruntukan dibawah Peraturan Pemberitahuan, Perakuan Kelayakkan & Pemeriksaan 1970. Namun bagi premis yang mendapat kelulusan dibawah Special Scheme Inspection, Boiler mereka layak diperiksa setiap 36 Bulan.
Cadangan atau idea untuk menswastakan pemeriksaan jentera oleh JKKP kepada pihak swasta adalah tidak wajar jika tujuannya semata-mata untuk memastikan tiada "inspection backlog" sedangkan kebanyakkan pengandung tekanan takberapi (UPV) juga telah diberi pengecualian sepertimana peruntukan peraturan terkini.
Pihak MSIEA (Malaysian Steam & Internal Combustion Engine Engineer Association) ingin menyeru semua warga boiler samaada Yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung untuk bersama kami menolak penswastaan pemeriksaan ini kepada pihak swasta demi memastikan keselamatan boiler berada pada tahap tertinggi dan penswastaan ini dimanipulasi oleh pihak berkepemtingan.
Tunjukkan sokongan dengan turunkan tandatangan keatas petition ini agar kita boleh sampaikan kepada pihak berkenaan untuk diambil perhatian.
Comment
See More 0