Skip to main content
Gaji JTK FT17 berkelulusan Sijil & DIPLOMA selain Elektronik (Komputer) perlu diberi PERHATIAN!!!

Gaji JTK FT17 berkelulusan Sijil & DIPLOMA selain Elektronik (Komputer) perlu diberi PERHATIAN!!!

634 signatures 116 to reach 750
S
Someone signed
S
Someone signed
S
simin signed
S
Someone signed
F
Fahmi S. signed
K
khairul signed
S
Someone signed
H
HASRUL B. signed
M
Minhat B. signed
H
Hafeezul A. signed
Started by Anonymous 14 years, 7 months ago
Terpanggil saya untuk mewakili rakan Juruteknik Komputer mengutarakan cadangan bagi menaikkan taraf dan membela nasib sejumlah kakitangan awam yang menjawat jawatan Juruteknik. Seperti sedia maklum. Kelayakkan untuk menjawat jawatan Juruteknik adalah memiliki sijil dari politeknik atau sijil dari institusi yang di iktiraf oleh JPA. Selain itu hendaklah lulus Sijil Pelajaran Malaysia mengikut kelayakkan yang ditetapkan. Maka gaji permulaan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2007 untuk Juruteknik yang memenuhi syarat adalah pada tangga P1T9 RM 1254.50. Sepatutnya Juruteknik yang mempunyai sijil berkaitan IT atau DIPLOMA dalam bidang perkomputeran, selain Elektronik (Komputer) sewajarnya menerima faedah yang sama dengan Juruteknik Elektronik (Komputer), di mana kadar gaji adalah sama. Ini berdasarkan fail meja dan tugasan yang tetap sama selagi bergelar Juruteknik Komputer. Ada yang mempunyai sijil dan diploma yang berkaitan, tetapi menerima gaji pada tangga P1T1. Cuba bayangkan bagaimana susah payah belajar selama bertahun-tahun jika bayaran gaji hanya sejumlah atau setaraf SPM. Adakah perlu kami belajar tinggi tapi gaji SPM? Apa yang hendak di nyatakan di sini, bagaimana gaji matrik Juruteknik Komputer dan Juruteknik harus bermula dari P1T1 iaitu RM 843.06, gaji mengikut Sijil Pelajaran Malaysia. Padahal, majoriti Juruteknik memiliki sijil dan ada juga yang memiliki diploma. Untuk memasuki IPT, syarat utama adalah memenuhi syarat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Oleh itu tidak relevan gaji matrik Juruteknik bermula sama dengan gaji SPM. Apa yang hendak saya pohon, agar pihak JPA dapat menyelaraskan tangga gaji matrik Juruteknik Komputer dan Juruteknik. Seperti contoh, gaji permulaan pada tangga gaji P1T1 adalah RM 1254.50 bersamaan tangga gaji P1T8 sekarang ini dan bagi yang mempunyai diploma gaji permulaan RM 1526.77 pada tangga gaji P1T7 bersamaan P1T14 tangga gaji sekarang. Selain itu, bagi gred jawatan Juruteknik Komputer FT17 harus ditukar kepada gred lain, sejajar dengan kelayakkan Juruteknik. Seperti contoh jawatan yang telah dinaik taraf oleh JPA, Setiausaha dari gred N17 ke gred N27, Penolong Pegawai Tanah yang asalnya NT17 ke NT27 dan Pembantu Makmal dari C17 ke C27. Penjumudan Skim Perkhidamatan Pembantu Tadbir Rendah dan Operator Mesin Prosesan Data Serta Perubahan Syarat Lantikan Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir (perkeranian/operasi) melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2009. Oleh demikian, tiada sebab kenapa Jawatan Juruteknik tidak boleh diselaraskan dan dinilai kembali sejajar dengan jawatan lain yang telah dinaikkan. Oleh itu, diharap pihak JPA dapat mempertimbangkan suara Juruteknik FT17. Suara perpaduan kami semua.

Updates

Reached 500 supporters

December 22, 2011

Reached 100 supporters

December 12, 2011

24 Comments

R
Rusnita Bt Mamat
10 years ago Featured

Saya sokong sebab saya juga nak bayar hutang ptptn(diploma),hutang KPM(sijil).Dengan gaji basic spm sekarang ini,saya tidak mampu untuk membayarnya kerana terdapat komitmen lain lg untuk ditanggung setiap bulan.Apa salahnya kalau sijil kjuruteraan elektronik(perhubungan)&diploma kejuruteraan elektronik(perhubungan) dikira sama dengan sijil elektronik(komputer).mendapat gahi yang sama kerana buat kerja yang sama,jd apa nak dibeza-beza kan.kerja saya sekarang ini lagi banyak kena buat kerja F29 & F41.sebab di sini hanya saya seorang sahaja skim F jadi semua yang berkaitan dengan ICT saya yang kena buat walaupun saya hanya FT17.Kesiannya saya ni dahla dapat gaji spm je,macam2 kerja saya kena buat.Memang tidak adil.Fikir2 kan la.sekian terima kasih.

M
Mohd Zubayrie Bin Mohd Kashim
10 years ago Featured

Diharap pihak berkenaan dapat memberi JTK gred FT17 tangga gaji lebih baik bagi JTK yg tidak mendapat tempat bagi maksud opsyen FA29 Pekeliling Perkhidmatan Bil.1 tahun 2016 tetapi mempunyai sijil dan diploma berkaitan Elektrik/Elektronik atau pun setaraf sijil/diploma kejuruteraan

A
Anonymous
9 years ago Featured

Saya sokong untuk pihak kerajaan atau JPA untuk mengkaji semula kenaikan terutamanya yg ada sijil kejuruteraan elektronik (politeknik) adalah setaraf dengan Sijil kejuruteraan (komputer).

H
HASRUL BIN JAMEL
10 years ago Featured

Nilai taraf ini juga sama bagi Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) dan juga Diploma Kejuruteraan Elektronik (perhubungan) di mana ke dua-dua nilai taraf adalah Setaraf Sijil Kejuruteraan.

N
NORSALHA HASHIM
10 years ago Featured

Mohon JPA mengkaji semula bagi yang mempunyai sijil/diploma kejuruteraan elektrik kerana semasa pengajian kami juga ada subjek yang berkaitan pengaturcaraan, kejuruteraan dan subjek komputer yang lain. Mohon kaji semula. Sekian terima kasih.

M
msn
12 years ago Featured

FT17 yg juga berjaya memegang Diploma [ICT].. majoritinya cekap & pantas dalam teknik/skill ICT..kemahiran pemegang Diploma kebanyakannya tidak perlu dipertikai.. tetapi malang kerana "TIADA GAJI DIPLOMA DALAM GRED 17" = gaji SPM... HAD Taraf GRED & GAJI INI DILIHAT SBG sebuah KEKANGAN / ALASAN KOLOT... BUKA MINDA DGN BERIKUT; 1. "pembelajaran sepanjang hayat" 2. "pelan pembangunan pendidikan" > ibarat ketam mengajar anaknya berlari..? RASIONAL ADALAH POSITIF sebaik-baiknya semua kakitangan diberi gaji mengikut kelayakan yg seiring dgn kerjaya.. BUANGLAH ALASAN KEJARLAH KEMAJUAN AKU BUKAN KETAM

A
Anonymous
9 years ago

Sijil Kejuruteraan Elektrik & Elektronik. FT19

S
simin
9 years ago

tk perlu

Help this petition grow

Share it with friends to help reach 750 signatures.

Sign Petition

We never post to your account. Social sign-in is used only to verify your signature.

or sign with Email

Add a comment?

Your signature will be added via . Tell others why you're signing — it's optional.

By signing, you accept iPetitions Terms of Service and Privacy Policy.

Share Petition

Don't stop at signing, share the petition link with friends to multiply our impact

Copy link or share directly

Instagram
QR Code