Skip to main content

Status: Closed — this petition is no longer accepting signatures.

Kami mengutuk laman sosial atau laman web menghina dan berniat jahat terhadap Sarawak, Malaysia

Kami mengutuk laman sosial atau laman web menghina dan berniat jahat terhadap Sarawak, Malaysia

Closed — 76 supporters Verified

Final supporters

G
green m.
A
Abang L.
T
trisdass
S
Salina I.
A
alieyna
S
Someone
S
Someone
E
Easterly M.
S
Someone
S
Sam T.
+66 more
Started by Anonymous 15 years ago
To:  Kerajaan Malaysia, Kerajaan Negeri Sarawak, Kementerian Dalam Negeri Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kami Rakyat Malaysia, amnya dan Rakyat Sarawak, khususnya mengutuk segala bentuk serangan dan ugutan berniat jahat dalam apa jua cara dan bahasa yang boleh mendatangkan ketidakselesaan, gangguan keselamatan dan ketenteraman awam di semua media dan jaringan sosial. 

Kami mengutuk pembukaan laman web dan laman sosial yang berunsur khianat dan menghasut rakyat dengan tujuan menghina dan memalukan mana-mana pihak tanpa mengira latar belakang dalam mana-mana bahasa. 

Kami mahu siasatan terhadap laman sosial seperti mana pada 18 September 2011 sebelum dan selepasnya: 


1.'MUKA BURUK SARAWAKIAN' 
di alamat https://www.facebook.com/pages/MUKA-BURUK-SARAWAKIAN/227718827277151 

2.'KERAJAAN HARUS USIR PENDATANG SARAWAK DARI SEMENANJUNG' 
di alamat http://www.facebook.com/pages/KERAJAAN-HARUS-USIR-PENDATANG-SARAWAK-DARI-SEMENANJUNG/289572681058453 

3.'BUNUH ORANG SARAWAK' 
di alamat http://www.facebook.com/pages/BUNUH-ORANG-SARAWAK/163120287104920 

4. 'SEMENANJUNG ANTI SARAWAK CELAKA' di alamat http://www.facebook.com/pages/SEMENANJUNG-ANTI-SARAWAK-CELAKA/281773431832764


Kami Rakyat Malaysia dan Rakyat Sarawak mengutuk sekeras-kerasnya laman-laman web ini dan mana-mana laman web sosial seperti ini kerana ia boleh merosakkan dan menghancurkan keamanan negeri, negara dan serantaunya. 

Kami Mahu Pihak Keselamatan Negara Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk bertindak mengesan pentadbir atau penaja atau penyokong laman seumpama ini dan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya terhadap mana-mana pihak yang berniat jahat untuk mengganggu gugat keamanan negara dan serantau. 

Kami Rakyat Sarawak khususnya membenci segala bentuk pembulian dan penghinaan dalam apa-apa bahasa terhadap kami, negeri kami, cara hidup kami, agama kami atau kepercayaan kami. 

We, Malaysians and Sarawakians abhor and detest such seditious and malicious act as portrayed especially in the Facebook FanPages mentioned above or web pages and others that have same intentions.

Demi Sarawak.



Updates

September 20, 2011

I really did not think this would take off like it has when I first hit publish honestly but reading how many of you feel exactly the same way about these toxic pages is just overwhelming. Seeing this kind of energy building up is wild because it shows we actually have the power to push back against this kind of hate meant for Sarawakians.

6 Comments

S
Siti Harris
14 years ago Featured

betul tu! rasa sakit hati baca post macam ni. harap pihak berkuasa cepat sekat page tu semua.

N
Nurul Day
14 years ago Featured

Geram betul baca. Jangan bagi muka kat orang yang nak pecah belahkan perpaduan kita.

W
Wilson Wells
14 years ago Featured

We are proud Sarawakians. Nobody has the right to bash us like this. Please block those sites.

R
Roslan Obi
14 years ago Featured

Tak hormat langsung! Tolong la ambil tindakan tegas. Jangan biar orang macam ni bebas hina negeri kami.

A
Ahmad Collins
15 years ago Featured

SEDIH TENGOK ORANG MAKIN BIADAP KAT MEDIA SOSIAL. HARAP PIHAK BERKUASA BERTINDAK SEGERA

D
David Gomez
15 years ago Featured

Kenapa la masih ada orang perangai macam ni. Mcm xde kerja lain nak buat.