Skip to main content

Bebanan Bayaran Tempat Meletak Kenderaan Penjawat Awam di Kompleks E

507 Comments

U
umang
11 years ago

gred sokongan pun perlukan parking juga.harap dapat pertimbangkan hal ini

A
aisyah
11 years ago

mohon pertimbangan dari pihak yang berwajib,kami pernah panjangkan masalah ini kepada Ahli Parlimen Putrajaya namun masih tiada tindakan.

N
Nuraini Rosli
11 years ago

Assalammualaikum, mohon pertimbangan dari pihak terlibat dan sila ambil maklum akan perkara ini dan juga mengambil tindakan segera.. Memandangkan kami sebagai penjawat awam datang ke sini atas niat untuk bekerja dan pendapatan kami bagi golongan yang berpendapatan rendah amatlah terbeban dengan kadar bayaran parkir kereta tersebut dek kerana pendapatan yang kami terima setiap bulan itu akan diagihkan untuk keperluan harian dan anak-anak, sekolah anak-anak, barang dapur, pengasuh anak dan sebagainya. Memandangkan harga barang semakin tinggi dan sekarang kami terpaksa menambah check list ‘parkir kereta’ pula di dalam senarai perbelanjaan kami. Dengan ini, mohon jasa baik pihak-pihak yang terlibat agar prihatin kepada nasib kami sebagai penjawat awam yang berpendapatan rendah. Terima Kasih.

R
Rosmah Mamak Rapi
11 years ago

kadar bayaran yang membebankan kakitangan. Mohon dikurangkan ke paras yang lebih rendah

M
mohamad sauki bin ahmad
11 years ago

mohon tlk parking kereta kompleks e free

H
Hidaya Dahri
11 years ago

Mohon pertimbangan pihak berkuasa. Terima kasih.

N
noorlai lae bt md ramli
11 years ago

sediakan parking yg mencukupi bagi kemudahan kakitangan awam tidak mengira pangkat atau gred

A
ABDUL FATTAH BIN HEDZIR
11 years ago

Assalamualaikum. Parking kenderaan bagi pegawai dan staf adalah keperluan penting di tempat kerja. Terutama bagi staf yang tinggal berjauhan dari tempat kerja, menghantar/mengambil anak ke/dari sekolah. Isu parking kenderaan ini wajar dipandang serius dan tindakan yang relevan harus segera dilakukan demi kebajikan staf. Pihak berkenaan tidak rugi apapun apabila membantu mereka yang memerlukan. Terpulanglah budi bicara & kebijaksanaan pihak berkenaan mencari jalan penyelesaian yang memuaskan hati semua pihak.

Z
zainudin
11 years ago

mohon pertimbangan kadar seringgit sehari kerana kadar sekarang amat membebankan kepada yang terlibat.

S
SAMIRA
11 years ago

Kadar bayaran yang membebankan. Mohon kaji semula kadar bayaran yang ditetapkan. Mohon mewujudkan bayaran per entry dengan bayaran yang setimpal ataupun pass bayaran bulanan dikeluarkan untuk semua penjawatan awam.

I
Irmy Marzita Ibrahim
11 years ago

Mohon pertumbangan & perhatian sewajarnya drpd pihak berkenaan untuk menyelesaikan permasalahan utama kami sebagai penjawat awam di Putrajaya

A
Ainul Farid Ishak
11 years ago

Sangat bersetuju dengan penghapusan bayaran parkir di Parcel E.

H
Halimatussaadiah Hj Md Jan
11 years ago

saya bersetuju dihapuskan bayaran parking. Dipohon kepada pemilik kereta yg parking di blok E*8 dan E7 meletak nombor telefon agar mudah dihubungi kerana menghalang kereta yg di dalam parking keluar.

A
Accik Cen
11 years ago

Perlu ada kemudahan meletak kenderaan yang selesa disediakan untuk kakitangan bawahan sepertimana yang disediakan untuk pegawai atasan memandangkan kita sama-sama buat kerja.

A
Accik Cen
11 years ago

Perlu ada kemudahan meletak kenderaan yang selesa disediakan untuk kakitangan bawahan sepertimana yang disediakan untuk pegawai atasan memandangkan kita sama-sama buat kerja.

W
wawa kamarudin
11 years ago

Mohon pertimbangan dan perhatian sewajarnya..

F
fazlin zarith
11 years ago

cas bayaran yang membebankan.kami pergi kerja bukan pergi shopping.

M
Muhd Muhaymin bin Othman
11 years ago

Setuju untuk dihapuskan terus bayaran meletak kenderaan di parkir berbayar Kompleks E

R
rina zainal
11 years ago

bayaran parking yang terlalu membebankn terutama kakitangan sokongan seperti kami...hari2 pergi ke tempat kerja dlm keadaan stress di sebabkb utk mengejar parking yg x perlu byr...

S
Shina
11 years ago

Setuju sangat