Skip to main content

The parking fee policy has finally been cancelled. This victory belongs to all 327 of you who signed. We will keep monitoring the situation to ensure it stays this way.

June 6, 2015

Bebanan Bayaran Tempat Meletak Kenderaan Penjawat Awam di Kompleks E

Bebanan Bayaran Tempat Meletak Kenderaan Penjawat Awam di Kompleks E

🏆 Won — 312 supporters Verified

Final supporters

M
Mohd S.
S
Someone
S
Solehah
E
Emma
S
Someone
S
Someone
M
mustafa a.
A
Alfred O.
A
Alfred O.
A
AHMAD A.
+302 more
AA
Started by Afrohah Abd Hamid 11 years, 3 months ago
Kompleks E, Putrajaya merupakan antara kompleks pentadbiran awam terbesar berbanding kompleks yang lain di Putrajaya. Ianya menempatkan tiga buah kementerian dan tiga buah jabatan iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia; Kementerian Kesihatan Malaysia; Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air; Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan; Jabatan Waqaf, Zakat dan Haji; dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.


Dengan kapasiti pejabat kerajaan yang melibatkan kakitangan yang ramai di samping pelawat dan pelanggan yang tidak putus-putus, tempat meletak kenderaan menjadi isu utama bukan sahaja kepada pelanggan dan pelawat yang datang ke kompleks E, malahan juga buat penjawat awam yang bertugas. Tempat meletak kenderaan yang tersedia di aras bawah adalah amat terhad dan majoriti diberi kepada pegawai atasan di setiap jabatan dan kementerian sahaja.


Pengwujudan tempat meletak kenderaan yang lebih luas di sekitar kompleks E dilaksanakan dengan tujuan untuk menampung masalah kekurangan tempat meletakkan kenderaan ini. Ia seharusnya dapat menyelesaikan masalah tersebut di kalangan pelanggan dan pelawat di kompleks E.


Walaubagaimanapun, masalah parkir ini masih menjadi beban di kalangan penjawat awam yang bertugas atas sebab-sebab berikut:


1. Bayaran masuk yang dikenakan bagi meletakkan kenderaan di tempat berbayar tersebut iaitu sebanyak RM1 sejam adalah amat membebankan lebih-lebih lagi majoriti pengguna adalah di kalangan kumpulan Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan. Purata jumlah jam sehari adalah sebanyak sembilan jam (8.00 pagi hingga 5.00 petang) yang melibatkan bayaran sebanyak RM9 sehari dan RM225 sebulan (RM9 X 25 hari).


2. Disebabkan caj yang amat tinggi tersebut, kebanyakan parkir percuma yang berdekatan dengan bangunan pejabat telah dipenuhi oleh penjawat awam yang datang lebih awal. Terdapat juga kenderaan yang meletakkan kenderaan yang menghalang laluan kenderaan lain untuk keluar dan ini menyebabkan kesukaran bagi pemilik kenderaan yang terlibat untuk keluar jika terdapat hal kecemasan atau ingin keluar pada waktu tengah hari bagi menjemput anak-anak di sekolah.


3. Hal ini juga menyebabkan peningkatan masalah stress di kalangan penjawat awam yang bertugas yang mungkin menjejaskan prestasi kerja petugas yang terbabit. Ia juga meningkatkan risiko masalah kesihatan kepada penjawat awam yang turut mempunyai masalah lain terutama yang melibatkan kewangan dan kesihatan.


4. Kemudahan pengangkutan awam yang kurang efektif menyukarkan sebahagian besar penjawat awam menggunakan kemudahan tersebut terutama bagi penjawat awam yang perlu menghantar anak-anak ke sekolah atau taska.


5. Isu ini bukanlah isu yang timbul sejak kebelakangan ini tetapi telah sekian lama menjadi keluhan di kalangan penjawat awam dan pelanggan di kompleks E sejak bertahun-tahun lamanya. Oleh yang demikian, satu langkah yang berkesan bagi mengatasi masalah ini haruslah ditangani dengan segera oleh pihak yang mempunyai kuasa terhadap perkara ini. Ia adalah paparan imej pengurusan dan penjagaan kebajikan pentadbiran tertinggi kepada penjawat awam kepada masyarakat umum.


Oleh yang demikian, petisyen ini diwujudkan bagi mendapatkan sokongan penjawat awam bagi memohon pertimbangan pihak yang berkenaan meminimumkan atau menghapuskan terus bayaran parkir kenderaan yang dikenakan kepada penjawat awam tetap yang bertugas di kompleks E yang ternyata membebankan dan mendatangkan pelbagai masalah lain di kalangan mereka yang terlibat.


Diharapkan dengan adanya petisyen ini, pihak yang berkuasa dapat mempertimbangkan keluhan penjawat awam yang sudah sedia terbeban dengan masalah kenaikan kos taraf hidup masa kini. Dengan pertimbangan dan sokongan daripada pihak tuan, diharapkan ianya menjadi motivasi kepada penjawat awam untuk meningkatkan kualiti kerja dengan lebih efektif dan efisien di atas keprihatinan pihak tuan tehadap kebajikan pekerja.


Sekian, terima kasih.

Updates

Reached 250 supporters

April 11, 2015

Reached 100 supporters

April 9, 2015

April 8, 2015

Approaching the first hundred signatures. Keep pushing so our demand cannot be ignored.

507 Comments

R
rafiza binti rahmat
11 years ago Featured

saya sebagai seorang penjawat awam di Kompleks E amat tidak bersetuju dengan bayaran tersebut. Memang betul kata kawan2 lain, yang menggunakan lot parking itu adalah dari golongan sokongan. Saya berharap agar perkara ini di ambil perhatian sewajarnya. Terima Kasih.

M
munirah
11 years ago Featured

mohon pihak berwajib dapat menyelesaikan masalah ini segera.Separuh dari gaji yang kami perolehi setiap bulan terpaksa digunakan untuk membayar wang parking kereta sedangkan wang tersebut boleh digunakan untuk membeli barang keperluan rumah dan anak-anak.

F
faten hamima bt ismail
11 years ago Featured

mohon pihak berkenaan mengkaji semula kadar bayaran. rm1 per jam adalah terlalu tinggi. kami bukan menuntut tempat letak kereta itu diberi percuma, cuma berharap agar kadar bayaran direndahkan, sebagai contoh seperti di putrajaya sentral.

N
NORFILA MOHAMAD RAMLI
11 years ago Featured

Maaf saya membantah kos parkir dilaksanakan di Kompleks E kerana Penjawat Awam sama-sama hendak pergi bekerja. Usahlah di buat sistem kasta di Putrajaya ini. Golongan berpendapatan rendah terpaksa mengeluarkan wang yang banyak semata-mata ingin ke tempat kerja

A
Anonymous
11 years ago Featured

Rata2 kakitangan yang bekerja di parcel e semakin stress memikirkan masalah parking yang meruncing.sangat kritikal dan mungkin akan menggangu emosi untuk datang bekerja.pihak yang bertanggungjawab minta mengambil kira kebajikan orang lain.

N
Nik Fatihah
11 years ago Featured

Mohon pertimbangan sewajarnya dari pihak bertanggungjawab. Bayaran parkir haruslah berpatutan dan sekiranya dapat beri kepada penjawat awam yang bertugas di Parcel E ini pas parkir bulanan dengan bayaran yang munasabah kerana kami beh

M
Mohd Syazwan bin Jaafar sidek
1 year ago

I agreed

S
Solehah
2 years ago

Setuju

Share Petition

Don't stop at signing, share the petition link with friends to multiply our impact

Copy link or share directly

Instagram
QR Code