Skip to main content

Status: Closed — this petition is no longer accepting signatures.

Bantahan kepada yang mencabar undang syariah

Bantahan kepada yang mencabar undang syariah

Closed — 55 supporters Verified

Final supporters

Q
qvlrrjo
R
Ruztamreen J.
M
maryam
H
hakim m.
S
Someone
N
NorRizal O.
R
rp165
S
Someone
S
Someone
M
Muazamir J.
+45 more
Started by Anonymous 16 years, 10 months ago
RESOLUSI PERHIMPUNAN UMAT BERSATU MEMORANDUM BANTAHAN TERHADAP KUMPULAN YANG MENCABAR PERLAKSANAAN UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH d/a Sekretariat TERAS Pengupayaan Melayu, F1014A, Kg.Pondok, Merbok, Kedah Tel : 019-4818687/ 016-473181/ 019-4618851 Menyedari bahawa Undang-undang syariah berdasarkan rujukan sumber dalil dan nas Quran , Al Sunnah dan Ijma Ulama dan ia adalah undang-undang yang dicernakan dari perintah Allah S.W.T. dan setiap umat Islam dan pemerintah Islam yang dimandatkan dengan kuasa oleh umat Islam, wajib melaksanakan undang-undang syariah dengan sesempurna mungkin, Beriman dan menyakini serta menginsafi bahawa undang-undang syariah adalah undang-undang Allah S.W.T yang terbaik dan paling adil dan paling layak dan berkesan untuk menyelesaikan serta menangani segala masalah sosio-ekonomi politik kehidupan umat Islam khususnya dan masyarakat awam keseluruhannya, Menegaskan bahawa undang-undang syariah semada dalam urusan muamalah mahupun jenayah adalah undang-undang yang sah dan berkewajipan di kuatkuasakan oleh agensi-agensi mengikut peruntukan yang jelas dinyatakan secara tersurat seperti yang diperundangkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Mengambil perhatian bahawa hukuman sebat sudah diperuntukkan dalam Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah Syariah) 1965 (pindaan 1984).Akta itu diwujudkan menurut kuasa diberikan mengikut Perlembagaan Persekutuan dalam Jadual Kesembilan Senarai II (Senarai Negeri). Memahami kes Kartika Sari Dewi Shukarno telah dijatuhkan hukuman sabit dengan kesalahan menurut peruntukan Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan dibaca bersama Seksyen 4 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Pindaan) 1987,dan Mahkamah Syariah tersebut berbidangkuasa menjatuhkan hukuman ke atas pesalah yang melakukan kesalahan meminum minuman yang memabukkan, iaitu dengan hukuman denda tidak melebihi RM 5000 atau penjara tidak lebih 3 tahun atau disebat tidak melebihi 6 sebatan. Menegaskan lagi bahawa umat Islam berhak untuk melaksanakan serta mengembangkan undang-undang syariah seperti yang tercakup dalam undang-undang Islam yang meliputi semua aspek kehidupan umat islam. Mengambilkira bahawa perlaksanaan undang-undang syariah di Malaysia maseh memerlukan pemerkasaan yang sewajarnya dengan mempertingkatkan bidangkuasa dan kecekapan agensi-agensi Islam seperti JAKIM, Majlis Agama Islam Negeri , Jabatan Islam Negeri , Majlis Fatwa Negeri dan Majlis Fatwa Kebangsaan , Jabatan Penjara , Jabatan Peguam Negara dan Mahkamah Syariah, Menyedari wujudnya kekeliruan dikalangan masyarakat awam mengenai undang-undang syariah, Mengambil perhatian serius ujudnya kumpulan tertentu yang berusaha menimbulkan kekeliruan serta memburuk-burukkan perlaksanaan undang-undang syariah dan cuba menghapuskan undang-undang syariah di Negara ini Maka , Kami dengan tegas menyatakan pendirian kami membantah dengan keras percubaan sebuah kumpulan yang menamakan diri mereka Joint Action Group For Gender Equality (dianggotai antaranya oleh Sisters in Islam, SUARAM, Selangor Community for Community Awareness ,HAKAM) yang cuba menolak dan menghalang perlaksanaan undang-undang jenayah syariah di negara ini melalui memorandum yang dihantar kepada Perdana Menteri pada 1 hb Oktober 2009. Membantah dengan keras bahawa kumpulan ini telah menyatakan dengan terang dan biadab bahawa hukuman sebat berdasarkan undang-undang syariah seperti yang dijatuhkan ke atas Kartika bersabit kesalahan minum arak sebagai kejam dan menjejaskan imej Negara yang dianggap Negara Islam moderat. Kami juga membantah keras mereka yang berusaha dengan mengguna saluran undang-undang meminta semakan kehakiman (judicial review) dilakukan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan terhadap kes Kartika Sari Dewi Shukarno supaya perlaksanan hukum jenayah syariah seperti yang diperuntukan dalam undang-undang syariah dihalang perlaksanaannya . Kami dengan tegas membantah kenyataan beberapa pemimpin negara yang mempersoalkan wibawa dan autoriti agensi perlaksanaan undang-undang Syariah yang dengan kenyataan mereka berpendirian bahawa hukuman sebat seperti yang diperuntukan dalam Enakmen Undang-undang Jenayah Syariah tidak perlu didilaksanakan. Kenyataan mereka menjejaskan imej dan undang-undang Islam di negara ini sekaligus berimplikasi menghina Mahkamah Syariah. Dengan ini kami mendesak supaya siasatan dan tindakan diambil terhadap kumpulan yang sengaja menimbulkan kemarahan umat Islam dan mencabar kuasa agensi Islam yang diperuntukan dalam undang-undang mengenai status undang-undang Islam di negara ini sekaligus mencabar kuasa Raja-raja yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal Islam. Kami menegaskan lagi bahawa undang-undang syariah di negara ini hendaklah diperkasakan dan semua agensi-agensi yang terlibat seperti JAKIM, Jabatan Agama negeri-negeri, Jabatan Penjara, Polis, Jabatan Peguam Negara, Mahkamah Syariah dan agensi-agensi yang lain hendaklah memberi kerjasama penuh untuk merealisasikan perlaksanaan undang-undang Islam dengan sempurna di negara ini. Kami membantah dan menolak dengan keras sebarang campurtangan pihak luar semada oleh media atau mana-mana kumpulan NGO atau politik dari luar mahupun dari dalam Negara atas nama hak asasi manusia atau gender yang cuba memberi tekanan ke atas Negara khususnya agensi penguatkuasa undang-undang syariah supaya undang-undang syariah tidak dilaksanakan di Negara ini.

Updates

October 14, 2009

tengok je la apa yang jadi dekat luar sana sekarang sebab dorang masih lagi berani nak pertikai benda yang dah terang lagi nyata ada dalam perlembagaan kita. pening kepala fikir kenapa masih ada pihak tak faham asas ni padahal segala dalil pun dah lama jelas. kerja belakang tabir pula makin sibuk sebab kami sekarang tengah susun semua dokumen untuk hantar pada pihak berwajib secepat mungkin.

October 14, 2009

I really did not think this would gain so much speed so quickly but here we are and it is honestly overwhelming to see everyone aligning on this matter. It just feels like people are finally realizing why this matters so much because truthfully the silence before was getting a bit loud and now the conversation is actually happening.

6 Comments

S
Siti Nash
16 years ago Featured

DAULATKAN SYARIAH!! sudah sampai masa kita tegas. jangan biar org yg tak tahu apa2 nak cabar undang2 allah.

M
Mohd Ramos
16 years ago Featured

Sokong penuh tindakan ini. jangan biar golongan liberal pijak kepala kita.

Z
Zulkifli Lloyd
16 years ago Featured

Tingkatkan pelaksanaan. kita ada hak ikut perlembagaan. jgn takut.

A
Ahmad Alvarez
16 years ago Featured

Tolong hormati perlembagaan negara. Jangan biar pihak lain masuk campur urusan agama kita.

N
Nur Russell
16 years ago Featured

Sedih tgk org zaman skrg berani sgt persoal hukum tuhan. harap semua bersatu hati.

F
Farid Gupta
16 years ago Featured

Bagus buat mcm ni. perjelaskan pd mereka yg xfaham tu supaya x keliru.

Share Petition

Don't stop at signing, share the petition link with friends to multiply our impact

Copy link or share directly

Instagram
QR Code