Kembalikan Royalti Petroleum Terengganu

Petroleum merupakan hasil utama negeri Terengganu. Melalui perjanjian Royalti Petroleum pada 22 Mac 1975. Royalti Petroleum menjadi sumber utama kerajaan negeri untuk mengurus dan mentadbir negeri. Pada tahun 2006 belanja mengurus kerajaan negeri adalah sebanyak RM 1.4 billion. Melalui perjanjian tersebut, anugerah Royalti sebanyak 5 % telah diberi kepada kerajaan negeri. Namun bermuala pada 5 September 2000 Royalti Petroleum telah ditukar menjadi Duit Ihsan dan kemudiannya ditukan menjadi Dana Khas. Adalah dijangkakan, jumlah Royalti yang mungkin diperolehi sekiranya Royalti Petroleum sebanyak 5 % di pulangkan kepada Kerajaan Negeri, sebanyak RM 2.5 billion ringgit akan diperolehi setahun. Tunggakan melebihi RM 20 billion dijangka akan diperolehi oleh Kerajaan Negeri sekiranya Royalti dikembalikan kepada Kerajaan Negeri. Dengan tunggakan melebihi RM 20 billion, sekiranya diurus tadbir dengan baik, MAMPAT optimis rakyat negeri Terengganu akan mendapat manfaat yang penuh dan akan terbela. Penubuhan Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu atau ringkasnya MAMPAT, gabungan NGO-NGO di Terengganu adalah bertujuan untuk menerajui isu-isu berkaitan hak rakyat Terengganu. Memandangkan isu terbesar yang dihadapi oleh Rakyat Terengganu adalah bagaimana untuk mendapatkan kembali ROYALTI. MAMPAT dengan ini ingin mengistiharkan bahawa MAMPAT akan mengetuai suatu gerakan memohon dan menuntut agar dikembalikan semuala Hak & Maruah Rakyat Negeri Terengganu iaitu ROYALTI. MAMPAT berpendapat isu ini adalah isu Rakyat. MAMPAT yakin seluruh rakyat Terengganu akan memberi sokongan yang padu kepada MAMPAT untuk menuntut kembali hak ROYALTI kepada kerajaan negeri. Mengikut maklumat yang kami perolehi, rakyat Sabah dan Sarawak sehingga kini masih menikmati hasil ROYALTI sebanyak 5 % dan dijangkakan, kedua-dua rakyat negeri tersebut akan mendapat tambahan sebanyak 5 % lagi dan ini menjadikan mereka akan mendapat nikmat ROYALTI sebanyak 10 %. MAMPAT menjangkakan sekiranya Terengganu berjaya mendapat kembali Royalti dengan kadaran sebanyak 10 %, maka Terengganu akan mendapat sumber kewangan hampir RM 5 billion setahun. Dengan bilangan penduduk negeri Terengganu sebanyak 1.087 juta orang, MAMPAT optimis sekiranya duit Royalti tersebut dikendalikan dengan baik, maka kedudukan Terengganu sebagai negeri termiskin di Semenanjung pasti akan berubah. Yang penting, rakyat Terengganu akan mendapat manfaat. Oleh itu MAMPAT merasakan perlu untuk diadakan satu konvensyen bagi mendapatkan gambaran yang tepat mengenai kedudukan sebenar Royalti kepada Rakyat Terengganu dan akan membawa isu ini kepada Perdana Menteri agar dipertimbangkan hasrat rakyat Terengganu untuk mengembalikan Hak dan Maruah kami.

Discussion

No comments yet.

join the discussion

Recent signatures

  • username

    Redzuan Shah, Malaysia

    2 years ago
  • username

    mohamad azhari bin ghazali, Malaysia

    2 years ago
  • username

    Putera Ismet, Malaysia

    4 years ago
See more

Petition highlights

There are no highlights yet.